Tidak sah kegembiraan aidilfitri jika tidak dikaitkan dengan bunyian mercun. Tidak hanya kanak-kanak, orang tua juga turut membakar mercun khususnya yang berharga mahal seperti merdeka, papan dan sebagainya.
Namun di sebalik kegembiraan itu, sebenarnya ramai tidak menyedari hukum membakar mercun adalah berdosa khususnya dibakar hingga lewat malam dan mengganggu tidur jiran.
Menurut DaiLuqman di instagramnya, sebulan Ramadan berpenat mengumpul pahala dan amal, akhirnya terlebur dek kerana dentuman mercun yang dibakar. Rugi-rugi,”kongsinya yang menjawap persoalan dihantar kepadanya.
Ads
Jelas Dai’Lukman, ia samalah dengan membela kucing dan kucing pergi berak di rumah orang pun dah dikira berdosa apatah lagi main mercun yang mengganggu seluruh kejiranan. “Yang jual, mak ayah yang bagi duit semua dikira bersubahat,”katanya menjelaskan hal ini.
Ads
Dalam pada itu menjawap satu pertanyaan pengikutnya,@riz_farra, jika anak jiran main kereta yang berbunyi lagu dan dimainkan dengan kuat, ketuk-ketuk pagar dengan sesuatu dan bising adakah itu juga gangguan terhadap jiran?
Ads
Dalam jawapannya, Dai Luqman mengiyakan hal ini dan ia termasuk. Jelasnya membuat sesuatu yang tidak menyenangkan hati jiran adalah dilarang di sisi Islam dan melanggar adab hidup berjiran. Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai di antara kita menggemari suasana hijau di dalam rumah. Malah banyak yang menghiasi rumah dengan tanaman hijau. Sebagaimana kita ketahui, bukan hanya manusia tetapi binatang, tumbuhan dan semua makhluk Allah termasuk gunung ganang berzikir kepada Sang Pencipta, Allah yang maha Agung.
Memandangkan tandas antara tempat digemari syaitan kerana keadaannya yang kotor adakah boleh kita meletakkan pokok di dalam tandas kerana pokok juga berzikir. Dari page Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini adalah pencerahan mengenai bolehkah kita meletak pokok di dalam tandas.
Ringkasan Jawapan
Larangan berzikir di dalam tandas itu hanya tertakluk kepada manusia yang ditaklifkan mengikut hukum syarak. Manakala, tumbuhan pula tidak menerima beban hukum untuk mengikut hukum syarak sepertimana yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia. Oleh itu, jelas bahawa menanam pokok di dalam bilik air adalah diharuskan kerana tumbuhan tidak menerima beban hukum sepertimana manusia. Selain itu, tiada nas atau dalil syarak yang melarangnya.
Huraian Jawapan
Allah SWT telah menciptakan makhluk-Nya tanpa sesuatu yang sia-sia. Penciptaan makhluk seperti tumbuhan, haiwan, langit dan bumi yang sentiasa berzikir memuji-Nya menunjukkan bahawa tanda kebesaran Allah SWT yang tidak dapat diciptakan oleh setiap makhluk. Ini sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran.
Maksudnya: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Surah al-Isra’, 44)
Begitu juga, yang digambarkan di dalam hadis ketika mana para sahabat RAnhum dan Baginda Nabi SAW sedang menjamu selera lalu mendengar makanan sedang bertasbih memuji Allah SWT. Ini sepertimana yang disebut di dalam hadis daripada Abdullah RA berkata:
لَقَدْ كُنَّا نَأْكُلُ الطَّعَامَ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَسْمَعُ تَسْبِيحَ الطَّعَامِ
Maksudnya: Sesungguhnya ketika kami menjamu selera bersama Nabi SAW lalu kami mendengar makanan itu sedang bertasbih (Riwayat al-Tirmizi (3993) Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, larangan berzikir di dalam tandas hanya tertakluk kepada manusia, sebagai makhluk yang ditaklifkan dan dipertanggungjawabkan dengan hukum-hakam syarak. Dalam penjelasan istilah hukum itu sendiri memberi maksud perintah dan larangan Allah SWT yang tertakluk kepada perbuatan mukallaf iaitu mereka yang dipertanggungjawabkan sahaja. Ini seperti yang disebut oleh Imam al-Isnawi di dalam kitabnya:
خطاب الله تعالى المتعلق بأفعال المكلفين بالاقتضاء, أو التخيير
Maksudnya: Khitab (kalam) Allah SWT berkenaan dengan perbuatan mukallaf (orang yang dipertanggungjawabkan) di dalam bentuk iqtida’ (perintah atau tuntutan) atau takhyir (pilihan) (Lihat, Nihayah al-Sul Syarh Minhaj al-Wusul, 1/16)
Oleh itu jelaslah, bahawa setiap sesuatu hukum itu hanya tertakluk dengan perbuatan dan tingkahlaku hamba-Nya yang mukallaf dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan ibadah, dengan mengikut apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT dengan berpandukan apa yang ditetapkan syarak. Ini seperti mana yang disebut di dalam al-Quran Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah al-Zariyat, 56) Dalam hal yang lain, hukum seseorang itu berzikir di dalam tandas adalah makruh, ini seperti yang dinyatakan di dalam kitab al-Futuhat al-Rabbaniah bahawa makruh berkata-kata serta berzikir ketika sedang menunaikan hajat sama ada ketika di padang pasir atau di dalam binaan. Ini termasuk juga berkata-kata dalam hal yang lain melainkan dalam keadaan yang darurat sahaja. Selain itu apabila bersin tidak perlu menjawab Alhamdulillah ketika berada di dalam tandas. Juga tidak perlu menjawab salam dan menjawab azan (Lihat Futuhat al-Rabbaniah ala Al-Azkar Al-Nawawiyah: 1/221)
Selain itu, boleh rujuk artikel di laman sesawang PMWP yang bertajuk AL-KAFI #1022 : MENJAWAB AZAN DALAM TANDAS untuk maklumat yang lebih lanjut.
Kesimpulan
Justeru, dalam membincangkan permasalahan ini, dapat disimpulkan bahawa larangan berzikir di dalam tandas itu hanya tertakluk kepada manusia yang ditaklifkan untuk mengikut hukum syarak. Manakala, tumbuhan pula tidak menerima beban hukum untuk mengikut hukum syarak sepertimana yang diperintahkan kepada manusia. Oleh itu, jelas bahawa menanam pokok di dalam bilik air adalah diharuskan kerana tumbuhan tidak menerima beban hukum sepertimana manusia. Selain itu, tiada nas atau dalil syarak yang melarangnya. Ini seperti yang disebut oleh Imam al-Suyuti di dalam kitabnya:
Esok bermulalah permulaan tahun baru hijrah atau disebut juga Awal Muharram.
Istimewanya Maal Hijrahini ialah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi takwim hijrah.
Banyak peristiwa berlaku dalam Awal Muharram ini, antaranya ialah Hari Nabi Musa AS diselamatkan manakala Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan, diampunkan dosa setahun yang lalu bagi yang berpuasa di 10 Muharrama atau disebut hari Asyura, hari diterimanya taubat Nabi Adam serta lain lagi.
Bermula Asar nanti, segala buku amalan kebaikan dan keburukan do akita lakuakn akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku baru. Dan kerana itulah kita disarankan berdoa pada akhir dan permulaan tahun baru hijrah ini.
Pasti ramai di antara kita tertanya-tanya apakah makna di sebalik doa baca ini. Inilah makna di sebalik doa yang kita baca kelak.
Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa ‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa ‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikramm
An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar
Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.
Maksudnya:-
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.
Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.
Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.
Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung.
Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Kashoorga : Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita setahun yang lalu dan semoga tahun akan datang membawa hidup kita lebih berkat. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Soalan: Apa hukum membasuh kain dengan menggunakan mesin basuh?
Jawapan:
Asal sesuatu pakaian yang bersih dimasukkan oleh seseorang ke dalam mesin basuh tidak dikira bernajis melainkan terbukti kenajisannya.
Pakaian dicuci dengan menggunakan air yang bersih dan bahan-bahan yang boleh membersihkan. Setelah sesuatu pakaian itu dicuci dengan satu proses penyucian sehingga tiada lagi kesan najis sama ada bau, rasa dan warna, maka dikira pakaian itu bersih. Tidak diperintahkan oleh syara’ untuk kita membebani diri meneliti sesuatu proses pembersihan jika sudah terbukti cucian yang berlaku menghilangkan segala kesan najis.
Jika terbukti masih terdapat kesan najis selepas proses pembersihan menggunakan mesin basuh maka pakaian terbabit dikira masih bernajis. Namun jika kesan itu terlalu sukar untuk dihilangkan dan hanya sedikit seperti kesan warna darah atau warna najis yang tidak dapat dihilangkan maka dimaafkan.
Bagi mengelakkan kesan najis di dalam penggunaan mesin basuh maka digalakkan seseorang memastikan pakaian yang dimasukkan itu dihilangkan najis yang jelas yang akan menyebabkan pakaian lain terkena najis tersebut dan memberi kesan kepada bau, warna dan rasa.
Tertelan sisa makanan ketika solat adakah membatalkan solat? Ketahui hukum, penjelasan ulama dan cara mengelakkan gangguan ketika solat supaya lebih khusyuk.