Biasa kita mendengar lantangnya suara orang membaca al-Quran ialah semasa pertandingan tilawah al-Quran. Namun ada juga yang gemar membaca kitabullah ini dengan suara yang kuat sehingga boleh terdengar beberapa meter walaupun tanpa pembesar suara.
Bagaimanakah hukumnya jika ada orang yang membaca al-Quran dengan suara kuat? Boleh atau tidak?
Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Tibyan fi Adaab Hamalati al-Qur’an, di saat yang sama ada banyak hadis-hadis tentang kesunahan membaca al-Quran dengan suara keras dan suara perlahan.
Menurut Imam al-Ghazali, cara mengkompromikan antara hadis-hadis dan atsar yang bercanggah pendapat tentang hal ini. Pertama, bahawa memperlahankan suara ketika membaca al-Quran itu lebih utama. Kalau yang melakukannya merasa takut terkena sifat riya’ (ingin dipuji).
Ads
Tetapi, kalau tidak takut terkena sifat ingin dipuji, menguatkan suara itu tidak jadi masalah. Kerana membaca Alquran dengan suara kuat akan memberikan manfaat kepada orang lain, diantara pada yang mendengarnya.
Faedah lainnya adalah bacaan al-Quran dapat mengetuk hati, membuat pendengaran menjadi peka memperhatikan, mendorong untuk memikirkan maknanya, bahkan boleh membuatkan orang yang lupa dan tertidur menjadi tersedar. Ia juga satu bentuk dakwah secara tidak langsung.
Selama tujuan-tujuannya seperti faedah di atas, maka membaca al-Quran dengan suara kuat adalah dibolehkan. Tak ada masalah. Malahan, akan beroleh pahala yang berlipat ganda.
Diantaranya hadis-hadis yang menjadi dalil disunahkan membaca al-Quran dengan kuat, adalah riwayat Shahih al-Bukhari dan Muslim dari Abu Musa al-Asy’ari;
Ads
عن أبي موسى قال النبي صلى الله عليه وسلم إني لأعرف أصوات رفقة الأشعريين بالقرآن حين يدخلون بالليل وأعرف منازلهم من أصواتهم بالقرآن بالليل وإن كنت لم أر منازلهم حين نزلوا بالنهار ومنهم حكيم إذا لقي الخيل أو قال العدو قال لهم إن أصحابي يأمرونكم أن تنظروهمDari Abi Musa Ra., Nabi SAW. bersabda: Sungguh saya mengetahui (kualiti) suara mereka yang berasal dari marga “Asy’ari”, ketika mereka berada di waktu malam. Saya mengetahui kualiti mereka ketika suaranya membaca al-Quran di waktu malam. Dan jika saya tidak melihat rumah-rumah mereka di waktu malam, dapat dilihat di waktu siang. Ada seorang bijak dari mereka, ketika bertemu pasukan kuda atau (mungkin) musuh, ia (tidak lari dan) berkata, “para sahabatku memerintahkan kalian untuk menunggu mereka”
Atau hadis lain yang lebih jelas pernyataannya, diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasa’I dan lainnya dari al-Bara’ bin ‘Azib,
زينوا القرآن بأصواتكم “Hiasilah al-Qquran dengan suara-suaramu (yang indah).
Ads
Sementara itu, hadis yang menjadi dalil kesunahan membaca al-Quran dengan suara perlahan adalah hadis hasan riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud, dari ‘Uqbah bin Amir
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: الجاهر بالقرآن كالجاهر بالصدقة، والمسرّ بالقرآن كالمسرِّ بالصدقة Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang mengeraskan suara membaca al-Quran seperti orang yang terang-terangan bersedekah. Dan orang yang memelankan suaranya seperti orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi.”
Terakhir, Imam al-Nawawi dalam al-Tibyan menyimpulkan bahawa baik bersuara kuat mahupun perlahan, membaca al-Quran itu bergantung keadaan pembacanya. Jika jahr/bersuara kuat menyebabkan dia melakukan yang tidak direstui agama, sebaiknya janganlah membaca dengan suara kuat.
Tetapi jika tidak ada masalah, disunatkan untuk jahr atau bersuara kuat. Apalagi membacanya dalam keadaan berjemaah, disunatkan untuk bersuara kuat. Wallahu A’lam
Bakat seni adalah satu anugerah tidak ternilai dari Yang Maha Esa. Ada orang dikurniakan suara yang sedap, pandai melukis da tidak kurang juga yang berbakat dalam seni tulisan tangan.
Seperti yang viral di media sosial baru-vbaru ini, seorang pengguna Twitter Ahsanul Fikri berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran tahun 2017/2018.
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Tenyata sebaik di muat naik, posting ini mendapat perhatian di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan memuji tulisan tangan berkenaan.
Dalam mengagihkan daging korban di komuniti setempat boleh jadi juga ada kalangan bukan Islam yang menerima sama ada secara sengaja atau tidak.
Dalam hal ini apakah hukumnya? Adakah daging korban ini boleh diberi kepada bukan Islam. Ikuti penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dalam mazhab Syafi’e, yang masyhur daging korban tidak boleh diberi kepada bukan Islam kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Namun begitu di dalam isu ini ia juga hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat.
Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.
Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.
Ini kerana terdapat dalil dari Al-Quran agar berbuat baik kepada orang bukan Islam yang mana Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah: 8)
Memberikan daging korban kepada orang bukan Islam juga adalah termasuk di dalam berbuat baik yang dibenarkan oleh Allah SWT.
Selain itu, terdapat juga hadith yang mengisyaratkan agar berbuat baik kepada jiran meskipun mereka bukan dari kalangan orang Islam.
Daripada Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma yang mana telah menyembelih seekor kambing buat ahli keluarganya lalu beliau berkata: Adakah kamu telah menghadiahkan (daging tersebut) kepada jiran kita Yahudi? (beliau menanyakannya sebanyak dua kali) kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa Jibril AS mengarahkan daripada Allah SWT agar menjadikan mereka sebagai pewaris.” Riwayat Abu Daud (5152) & Al-Tirmizi (1943)
Setiap insan yang hidup itu pastinya akan mati. Cuma waktunya dan bagaimana cara kematian kita tidak tahu.
Sebagai hambaNya kita perlu sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Dan sebagai hamba-Nya kita perlu melakukan segala amalan disuruh dan meninggalkan apa yang di larang oleh Allah.
Sewaktu hidup inilah kita perlu mencari sebanyak mana kebaikan agar diri terus dikenang walaupun sudah meninggal dunia.
Jika baik budi bahasanya pastinya akan menjadi ikutan dan sebutan orang yang masih hidup dan ada di sekeliling.
Seperti perkongsian seorang pengguna laman sosial Facebook, Ustazah Ainon Mardziah Elias yang memberitahu tentang salah seorang anak muridnya yang baik hati tetapi telah dijemput Ilahi dalam usia muda.
Telah pergi dijemput Ilahi menuju akhirat kekal abadi. Ketika hayatnya sangat disayangi semua orang
Telah pergi anak soleh Abdullah Annur meninggalkan kenikmatan dunia menuju kenikmatan akhirat yg kekal abadi. Lah, panggilan usth pdmu sjk 2007 tika usianya 13 thn sewaktu bergelar anak asrama usth.
Semua guru sygkan Lah, semua kawan kasihi Lah, semua makcik pakcik cleaner kenal Lah…sape pun yg berada di asrama SYS tahu sape Lah pd ms Lah di situ.
Perginya pada malam Jumaat mulia. Allah tunjuk awal dan pilih dirinya. Ketika hidupnya penuh dengan aktiviti kebaikan. Giat berdakwah dalam usia muda.
Pergi pd mlm Jumaat, hari yg semua umat Islam inginkan. Betapa kerdilnya usth di sisi Allah berbanding dgn Lah. Allah tunjukkan awal, Allah pilih Lah.
Hidup Lah penuh dgn aktiviti kebaikan. Dr zaman sek hingga skrg malah bertambah giat berdakwah bila sudah bgelar menantu pd seorg murabbi. Tidak tau erti penat, dakwahnya diutamakan. Menjadi Pengerusi satu NGO islam mggerakkan lg aktiviti dakwahnya. Usia Lah muda tapi kebajikan yg dia laksanakan berpuluh kali ganda kebajikan yg usth buat wpun usth dh tua.
Meninggalkan seorang isteri yang soleh dan amat dikagumi serta dua orang anak
Lah ditakdirkan kahwin awal, perancangan Allah terbaik. Umur 26 thn sudah punyai 2 anak dan seorg isteri yg soleh. Yg usth amat kagumi. Tiada setitis airmata d pipi isterinya spjg diujiNya. Dia lah yg menenangkan ibu dan mertua serta adik beradik. Sntiasa menuturkan kata2 penguat smgt. Usth kalah….
2 anak kecil kini sudah yatim. Tapi kelak mrk pasti gembira bila tau ayahnya kini dlm golongan para syuhada’ yg dijanjikan syurga.Tapi hakikat anak kecil, tetap bertanya di mana abi. Mrk tidak bertemu abi sjk abi sakit dirawat kwsn rawatan kritikal.
56262520_2085934424775428_1767378256324984832_o-1
Tiada lagi akan menerima kiriman mesej bertanya khabar atau video call berkongsi cerita tentang anak-anaknya. Juga panggilan ucapan hari lahir, hari guru atau hari raya
Kini…tiada lg mesej bertanya khabar, tiada lg wasap bercerita kisahnya, tiada lg video call menayangkan wajah anak2nya, tiada lg panggilan sekadar utk mgucapkan ucapan hari lahir, hari guru dan hari raya.
Sgl mesej yg masih tersimpan, usth akan baca semula apabila tiba hari lahir, hari guru dan hari raya… Lah tetap hidup di hati usth.
Selamat beristirehat anak solehku ABDULLAH ANNUR.
Selamat dikebumikan sebentar tadi. Dlm jangkamasa 4 jam dari saat nafasnya terhenti, sgl urusan selesai. Mudahnya…Wajah tersenyum manis melembutkan hati semua yg hadir hingga membuatkan semua redha.
Usth pasti akan menyusul…
Posting sebelum itu
Sebaik azan maghrib, anak soleh Abdullah AnNur telah pergi. Jantung berhenti sebaik laungan azan. Kekuatanmu bertahan utk menunggu masuknya hari Jumaat. Itulah jwpn knp kau masih berusaha bernafas bila doktor cuba buka ventilator. Kami semua masing2 tertanya2 apakah yg Lah tunggu hingga berusaha mcm tu.
Kau anak soleh…kau anak syurga Azan d kwsn hospital bersahutan tiap waktu dr masjid berdekatan..
Dikeluarkan daripada jalan Ibnu Juraij daripada ‘Ata’ bahawa Rasulullah saw bersabda: مَا مِنْ مُسْلِمٍ أَوْ مُسْلِمَةٍ يَمُوتُ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةِ الْجُمْعَةِ إِلَّا وُقِيَ عَذَابَ الْقَبْرِ، وَفِتْنَةَ الْقَبْرِ وَلَقِيَ اللَّهَ وَلَا حِسَابَ عَلَيْهِ، وَجَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَعَهُ شُهُودٌ يَشْهَدُونَ لَهُ أَوْ طَابَعٌ” Maksudnya: “Mana-mana orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat pasti dipelihara daripada azab kubur dan fitnah kubur dan dia bertemu Allah dalam keadaan tiada hisab dan dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan bersamanya saksi-saksi atau pemberi pengesahan yang memberikan kesaksian.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...