Siapa yang tidak mengenali Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang sangat dikenali dan viral di media sosial.

Bukan sahaja kerana ketokohan ilmu agama, tetapi personalitinya yang sangat menyenangkan.

Malah beliau lebih menggunakan pendekatan secara berhemah setiap kali menjawab segala persoalan dikemukakan atau diminta memberi pandangan dalam sebarang isu mendatang.

Dr Zulkifli, 51 tahun, dilihat sebagai seorang yang sangat tenang, humble dan sangat menyenangkan orang sekeliling termasuk disukai pelbagai kaum di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on


Justeri tidak hairanlah beliau orang paling layak menjawat jawatan Menteri Agama dalam barisan kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Perdana Menteri sebelum itu memberitahu calon yang dipilih adalah mereka yang bersih dari sebarang kontroversi.

Usai perlantikan, beliau yang gemar menggunakan media sosial sebagai interaksi dua hala kepada mengikutnya memberitahu perlantikan itu sebagai episod baru dalam fasa kehidupannya.

Malah beliau tetap meneruskan aktiviti hariannya dengan menyampaikan kuliah Maghrib bulanannya di Masjid Slim River, Perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on


Mufti Wilayah Persekutuan ini juga memberitahu dengan rasa rendah diri memohon jasa baik semua sahabat agar mendoakan dirinya dikurniakan Allah kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan diberikan sepenuhnya.

Babak Pertama, Episod Baharu⁣

Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣

Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣

لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )).⁣

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣

1) Sebarkanlah salam⁣
2) Berikan makan⁣
3) Sambunglah silaturrahim⁣
4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣

Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣”

Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣

Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on


Ternyata perlantikan beliau diterima baik oleh warganet. Masing-masing mengucapkan tahniah dan berharap Mufti dalam menjalankan tanggungjawab diberikan dengan adil dan saksama.

yatthamzah_suci Ayahanda..kami semua akan terus taat setia pd Allah dan Rasul di bwah pimpinanmu
timmohdali YaAllah permudahkanlah segala urusan DrZul, satu amanah besar, jihad besar. Aamiiin Insyaallah DrZul boleh…
azuramaha Rabbi yasser wala tu asser. Ssmoga Allah permudahkan untuk dato sri. Tahniah atas perlantikan.
farisanuar28 Semoga Dr diberi kekuatan dan ketabahan hati ketika memegang amanah yg diberikan. Amar Maaruf Nahi Mungkar.
lailadiny tahniah dato’ sri.. saya sangat gembira atas perlantikan ini & sy doa kan dato’ sri menjalan kan tugas dgn baik n mendapat redha Allah.. Amiin
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR ZULKIFLI
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI