Sejak semalam, tular di media sosial kebaikan dibuat oleh Ustaz Ebit Lew yang telah membelikan 100 unit tab untuk pelajar kurang berkemampuan.

Di pagenya, Ustaz Ebit Lew yang diangkat sebagai Hero di mata masyarakat atas kebaikan budinya membantu sesiapa saja tanpa mengira darjat dan pangkat termasuk binatang kelaparan di zoo meminta mana-mana pelajar yang memerluakan tab agar hubungi nombor diberikannya untuk memudahkan pelajar mengikuti kelas online. Ini kerana semenjak PKP diperketatkan, buat masa ini pelajar tidak perlu ke sekolah sehingga dimaklumkan kelak.

Bagaimana pun di fbnya sebentar tadi, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sedih hatiny. Ini kerana dalam tempoh separuh hari saja, seramai 43,000 mesej diterimanya meminta tab tersebut sedangkan jumlah yang ada hanyalah 100 buah sahaja.

Tulisnya, sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang oku,tiada pekerjaan,anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri.

Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8 ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya yer tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.

Ya Allah, mulianya hati Ustaz Ebit Lew. Apa pun jangan sedih-sedih Ustaz. Allah lebih tahu niat ustaz dan semoga dipermudahkan urusan untuk ustaz.

“Maafkan Saya Tak Mampu Tolong Ramai Orang”! 43 Ribu Mesej Minta Tab Pada Ustaz Ebit Lew Untuk Anak Belajar

Malaysia ada saja orang kaya tapi….

Banyak netizen memberikan pendapat mereka bahawa mereka cukup menyanjung budi pekerti Ustaz Ebit Lew kerana dirinya sering ke hadapan dalam memberikan sedekah. Ramai membuat perbandingan kenapa hanya Ustaz sahaja ke hadapan menyelesaikan banyak perkara dan di mana pihak-pihak lain.

Sebenarnya bila berbicara bab sedekah, ada sesuatu yang umat kena tahu. Manusia biasanya akan diuji dengan harta kekayaan hingga mereka lupa membayar zakat dan bersedekah. Ini dapat dilihat pada kisah Qarun yang dinyatakan di dalam Al-Quran yang sudah menceritakan hal ini sejak 1400 tahun lalu.

Allah Taala memperincikan kisah Qarun di dalam al-Quran melalui Surah al-Qasas bermula ayat 76 hingga 82. Kisah ini menjadi saksi bahawa kesombongan melalui harta tidak akan kekal lama jika umat Islam tidak memahami konsep kekayaan di dalam hidup ini.

Allah berfirman, “Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah engkau terlalu bangga. Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.’

Masa yang sama, Qarun sangat angkuh kerana dia berbangga terhadap kekayaannya itu disebabkan ilmu yang ada pada dirinya.

Allah berfirman di dalam Surah al-Qasas ayat ke-76, “Dia Qarun berkata, Sesungguhnya aku diberi harta itu semata-mata kerana ilmu yang ada padaku. Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.”

Moga kita bukan tergolong dalam golongan seperti Qarun, ada harta namun kedekut untuk dibelanjakan ke jalan Allah. Dan akhirnya Qarun tenggelam dengan harta-hartanya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI