Pasti siapa yang pernah berpeluang memasuki taman syurga Raudhah akan terasa rindu dengan suasana di dalamnya. Taman syurga ini menempatkan makam junjungan Nabi Muhammad SAW, nabi kesayangan umat. Ia terletak di dalam Masjid Nabawi.
Terkini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf kota Madinah di Arab Saudi menjadi antara bandar paling sihat di dunia.
Kota suci bagi umat Islam itu meraih pengiktirafan tersebut selepas menerima kunjungan daripada sekumpulan pasukan WHO yang menjelaskan ia mematuhi segala standard piawaian global ditetapkan untuk menjadi bandar sihat. Memiliki dua juta penduduk, Madinah menjadi bandar pertama menerima pengiktirafan bandar paling sihat dari WHO.
Pentauliahan itu dilakukan olh 22 agensi kerajaan, masyarakat, badan amal dan sukarelawan yang membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.
Ads
Memetik laporan Berita Harian, Program bersepadu Madinah itu merangkumi perkongsian strategik bersama Universiti Taibah bagi merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bertujuan sebagai kajian WHO.
Ads
Sementara itu, WHO turut memberi cadangan supaya Universiti Taibah menyediakan latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat untuk menyertai program bandar sihat.
Ads
Jawatankuasa terlibat dipengerusikan oleh Presiden universiti berkenaan, Dr Abdul Aziz Assarani yang mengurus seramai 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.
Kriterianya termasuklah memenuhi tujuan ditetapkan oleh Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program ‘Bandar Berperikemanusiaan’ atau ‘Humanising Cities’. Berdasarkan penilaian WHO, ‘kota yang sihat adalah kota yang mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka secara berterusan’.
Justeru itu, kota Madinah memenuhi kriteria yang ditetapkan sekali gus berjaya diiktiraf sebagai antara kota paling sihat di dunia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak mengenakan hijab sekitar Mac lalu, penyanyi popular Ernie Zakri dilihat sangat istiqamah dan penampilannya begitu cantik setiap kali hadir di khalayak.
Malah sebagai seorang yang bijak bergaya, tidak menjadi alasan untuk Ernie Zakri menggayakan busana bersesuaian walaupun berhijab.
Semalam menjadi hari paling bermakna apabila penyanyi kecil molek ini telah disunting oleh ‘teman tapi mesra’, penyanyi Syamel dalam salam majlis ringkas di kediamannya.
Oleh kerana mematuhi operasi standard (SOP) ditetapkan. majlis berlangsung ringkas tetapi meriah dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis berkenaan, Ernie kelihatan sangat anggun menggayakan kurung moden dengan selendang dari rona sama menyerlahkan kejelitaan dirinya.
Dalam posting di laman instagramnya, Ernie mengucapkan syukur kerana segalanya berjalan lancar. Malah dia turut berterima kasih kepada semua mendoakan yang baik-baik untuk merea berdua.
Dia berharap segala urusan selepas ini akan dipermudahkan segala urusan sehingga ke akhir hayat.
Menurutnya juga semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan itu turut diredai dan diberkati.
Alhamdulillah.Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat. Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang serba sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati.
nadnisaa Alololo MasyaAllah cantiknya diaaa.. tahniah adikku Ernie so surprise & happy for the news. Di doakan baik2 saja selamat journey nya sampai ke jinjang pelamin
Sementara itu Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly dalam artikel di Harian Metro berkata agak gementar apabila bertunang, namun bersyukur hajat dia dan Ernie akhirnya termakbul juga.
“Memang gementar memandangkan alam pertunangan ini banyak dugaannya. Namun, Alhamdulillah selamat juga saya bertunang dengan Ernie.
“Kami berjanji akan terus menjaga batas hubungan selepas ini. Doakan hubungan kami berakhir di jenjang pelamin dan terima kasih tidak terhingga atas doa-doa peminat juga,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu bagaimanapun, mendedahkan mereka belum berbincang mengenai tarikh pernikahan.
“Perbincangan mengenai perkahwinan hanya akan dibuat kemudian. Kalau boleh memang nak dipercepatkan, kerana kami tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya yang menyerahkan tiga dulang hantara berbalas lima dulang dari pihak Ernie.
Rasanya ramai yang belum ‘move on’ dengan kemeriahan majlis perkahwinan Bintang Paling Popular, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar minggu lalu.
Tidak dinafikan ramai terpegun melihat kejelitaan Mira di majlis pernikahannyya. Dengan mengenakan persalinan kurung Pahang rekaan Rizman Ruzaini, sentuhan mekap artis popular Yna Sakinah menyerikan lagi wajah manis Mira.
Yna membertahu dia yang dipertanggungjawabkan untuk menata rias wajah Mira dengan tema Natural Glow untuk majlis pernikahannya berlangsung malam Jumaat lalu di sebuah pusat konvensyen di ibu kota.
Walaupun gementar, Yna Sakinah berjaya menyempurnakan amanah yang diberi. menurutnya dia hanya biasa menyolek Mira sebelum ini membaca ‘Bismillah’ sebelum memulakan tugasan berkenaan.
Ternyata kuasa ‘Bismillah’ ini menjadikan wajah Mira sangat cantik, anggun dan tak puas mata memandang.
“Alhamdulillah.. Selesai Majlis Akad Nikah Mira & Emir 3 Sept 2020 . Kina edit share sikit moment bts persiapan sebelum Nikah khas utk peminat Mira (Kina xlupa permintaan korg request Mira kenyit mata & flying kiss). Bts makeup, Interview with media dgn Kina sekali kena interview. Xkelakar k. Gagap Kina kat situ.
“Few times tukar date akhirnya selamat Ijab Kabul semalam. Rasanya besar tanggungjawab semua team untuk siapkan hari paling bersejarah buat Mira.
“Almost 5 years Kina jadi MUA untuk tatarias apa saja jenis makeup untuk Mira tapi semalam mmg Kina paling nervous so makeup natural glow utk nikah. Sebab ramai suka Mira dgn Natural beauty so makeup ni “Not to more, Not to less”.
“Of course seri bertambah naik bila dikenakan dgn busana RizmanRuzaini dan Kina baca2 sikit (hahaha baca bismillah la)
“Both of you are lucky to have each other. MasyaAllah. Semoga berbahagia hingga ke jannah, mendapat anak yg soleh & solehah. Aminnn
Bulan Ramadan sangat mulia. Pada bulan ini, Al-Quran diturunkan bahkan pada bulan ini juga telah ditetapkan satu malam lebih baik beramal padanya daripada seribu bulan.
Rasulullah SAW turut menjelaskan keistimewaan bulan Ramadan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bahkan di bulan yang sangat istimewa ini juga, Allah memadamkan 60 ribu nama umat Nabi Muhammad daripada neraka jahanam. Justeru janganlah lepaskan peluang untuk memohon kepada Allah SWT agar nama kita terpilih.
Demikian kongsi Ustaz Wadi Annuar dalam satu perkongsiannya. Oleh itu kita digalakkan untuk membaca satu doa yang sangat masyhur ini di bulan Ramadan.
Doa ini pendek namun memberi erti yang cukup besar iaitu membebaskan kita dari azab api neraka.
Doanya berbunyi begini:-
Allahumma Jaaína min utaqo’fi shahri ramadan
Maksudnya; “Wahai Allah, jadikanlah kami, pilihlah nama kami wahai Allah di kalangan mereka yang dibebaskan dari senarai api neraka.
Untuk itu ambillah katanya ambil masa di waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan iaitu beberapa minit sebelum waktu berbuka untuk membaca doa tersebut agar nama kita terpilih.
Dalam pada itu pesannya ketika itu janganlah kita leka membiarkan waktu mustajab itu berlalu begitu saja dengan melihat handphone mahupun memilih makanan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?