--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Masjid al-Aqsa Dibuka Semula Selepas 40 Hari

Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki Israel akhirnya dibuka semula kepada umat Islam pada hari Khamis selepas ditutup selama 40 hari.

Masjid yang terletak di Kota Lama Baitulmuqaddis itu dibuka semula pada waktu Subuh, sekali gus membolehkan ratusan rakyat Palestin kembali menjejakkan kaki ke kompleks Al-Haram al-Sharif.

BACA JUGA: Motjaba Khamenei Diangkat Sebagai Pemimpin Agung Baharu Iran

Sebaik pintu pagar dibuka seiring laungan azan Subuh, orang ramai dilihat bergegas masuk ke kawasan masjid. Suasana penuh sebak apabila ramai jemaah mengalirkan air mata dan melakukan sujud syukur di hadapan masjid berkenaan.

Ads

Solat Subuh hari ini juga menjadi solat berjemaah pertama yang dapat dilaksanakan di Masjid Al-Aqsa sejak ia ditutup oleh pihak berkuasa Israel.

Sebelum ini, Israel menutup sepenuhnya akses ke masjid kedua paling suci bagi umat Islam itu pada 28 Februari, susulan tindakan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

Ads

Sepanjang tempoh penutupan itu, hanya kakitangan masjid serta pegawai Wakaf Islam Baitulmuqaddis dibenarkan menunaikan solat di kawasan berkenaan, manakala rakyat Palestin lain terpaksa bersolat di masjid-masjid kecil di seluruh bandar.

Ads

Pihak berkuasa Israel turut menghalang umat Islam Palestin daripada menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa, yang dilaporkan berlaku buat pertama kali sejak Baitulmuqaddis Timur diduduki pada 1967.

Bukan itu sahaja, Gereja Holy Sepulchre, yang merupakan antara tempat paling suci bagi penganut Kristian, turut ditutup sepanjang tempoh sama.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Penat Jadi ‘People Pleaser’? Ini Cara Berkata Tidak Tanpa Rasa Bersalah

People pleaser sering sukar berkata tidak kerana rasa bersalah dan takut. Ketahui cara berani menolak dengan beradab tanpa menjejaskan diri sendiri.