Seperti yang kita ketahui, wabak COVID-19 masih lagi ada di sekitar kita. Malah pandemik ini begitu senang menyerang orang tua yang mempunyai tahap ketahanan antibodi rendah.
Baru-baru ini pelakon Daler Yusuf berkongsi berita duka apabila nenek kesayangan yang berada di Uzbekistan telah meninggal dunia setelah disahkan positif COVID-19.
Gempar hari ini dikatakan pasangan popular yang sama cantik sama padan, Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella telahpun mengambil kata sepakat untuk berpisah setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Dalam satu artikel di Astro Awani, Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dipanggil Bella mengakui dan mengesahkan perkara itu.
“Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahwa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” katanya mengesahkan desas-desus rumah tangganya yang berantakan sebelum ini.
Dia yang mengakui sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya dengan Engku Emran.
Bagaimanapun, tegas pelakon tersohor ini, takdir menentukan hal yang sebaliknya buat dia dan Engku Emran.
“Sudah berbagai upaya yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini. Sudah segala proses kami lalui dan saat ini sudah selesai,” dedah Bella lagi seperti dilaporkan media Indonesia.
Selama dua tahun bergelar isteri kepada Engku Emran, Bella mengakui, banyak kenangan yang tersimpan kemas dalam kotak fikirannya.
“Dua tahun beliau menjadi suami saya. Banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.
“Insya-Allah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini, bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk saya menjadi wanita yang Insya-Allah bisa jauh lebih baik lagi, amin,” terang Bella lagi.
Dalam pada itu melihat di laman Instagram Bella, ternyata pelakon ini seperti sudah dapat menerima apa yang berlaku.
Beliau dlihat berkongsi kebaikan bulan Zulkaedah di mana setiap amalan kebaikan akan digandakan di bulan ini.
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (QS. At Taubah: 36)
Di bulan Dzulqa’dah : – Setiap amal soleh pahalanya di lipat gandakan oleh Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. – Setiap dosa pun di lipat gandakan – Disamping kita perbanyak sholat dan puasa dan amal soleh lain nya. amalan hati harus lebih di utamakan. Hati harus bergantung kepada Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. .
Selamat menjalankan ibadah di bulan Dzulqa’dah
Selengkapnya dari kajian: AMALAN & KEUTAMAAN BULAN DZULQA’DAH di YouTube Ustadz Muhammad Nuzul Dzikri حفظه الله
Saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah dilalui oleh rakan sukarelawan sewaktu menghantar jenazah. Di sebalik kisah yang dikongsikan ini pasti akan ada segelintir pihak yang mengatakan ianya sengaja direka. Kononnya untuk menaikkan nama UKVJ atau "Strategy Marketing".
Ini tanggapan sesetengah pihak yang tidak percaya terhadap Kebesaran Yang Maha Esa. Saya tidak perlu mereka satu cerita menarik sebagai modal untuk dikenali. Atau menulis kisah tipu semata mata hendakkan perhatian dari pembaca.
Saya punya satu pendirian. Dan pendirian saya itu masih kekal sehingga kini. Saya mahu UKVJ dikenali disebabkan perkhidmatan pengurusan jenazah yang ditawarkan. Bukan kerana perkara lain.
Memang pencetus UKVJ datangnya dari saya. Tetapi tanpa sokongan rakan rakan yang lain. Tanpa pengorbanan dari semua rakan rakan. Sudah tentu UKVJ tidak akan dikenali seperti yang anda lihat pada hari ini.
Oleh itu siapa Mr Wan Cai Official itu tidak penting. Kewujudan UKVJ dengan bermatlamat.
Pertama kerana mahu memudahkan urusan terakhir jenazah. Kedua kerana Allah Taala. Bagi saya dunia fardhu kifayah bukan platform untuk mengejar "Glamour". Jika saya mahu dikenali.. Rasanya bukan bidang pengurusan jenazah yang akan saya pilih. Tetapi bidang lain. Contohnya masuk pertandingan raja lawak. Ok jom ikuti kisah tentang tajuk penulisan saya diatas.
Pengalaman yang dilalui oleh rakan sukarelawan itu berlaku sewaktu dalam perjalanan menghantar jenazah. Lokasi penghantaran yang dituju ketika itu adalah ke Tanjung Karang.
Kejadian berlaku jam menujukkan pukul 08.35 malam. Bermaksud selepas waktu isyak. Rakan sukarelawan yang sedang memandu. Rakan yang duduk di kerusi bahagian kepala jenazah. Dan rakan yang duduk belakang sekali di bahagian kaki jenazah turut sama terdengar.
Bunyi suara itu boleh didengari dengan agak jelas walaupun sayup sayup. Selepas diamati suara zikir tersebut datangnya dari dalam keranda! Rakan sukarelawan yang mendengar hanya mendiamkan diri.
Suara berzikir sayup sayup itu berterusan sepanjang jalan. Berhenti sebentar kemudian bunyi yang ada kembali kedengaran. Dan bunyi itu hanya berhenti setelah van yang membawa jenazah tiba di sebuah masjid.
Setibanya di masjid rakan sukarelawan terus menurunkan jenazah dan meletakkan di dalam ruang masjid. Tugasan pada malam itu berakhir kerana pengurusan seterusnya diambil alih oleh pihak masjid.
Dalam perjalanan pulang barulah seorang dari rakan yang ada didalam van membuka cerita. Rupa rupanya 2 orang lagi rakan sukarelawan turut terdengar. Cumanya mereka tidak mahu bertanya sesama sendiri tentang bunyi suara tersebut.
Pada mulanya masing masing menyangka hanya mereka seorang sahaja terdengar. Sebab itu masing masing hanya berdiam. Jika anda ingin tahu.
Kisah tentang jenazah yang berzikir ini sebenarnya telah saya tulis setelah jenazah selesai dihantar ke masjid pada malam itu. Tetapi di akhir penulisan secara tiba tiba handphone saya termati dengan sendiri. Tidak sempat saya nak tekan butang share.
Alahai. Sakit betul hati masa tu. Part last tup tup handphone jem. Bila on semula paham paham sudah la. Habis hilang apa yang sudah dikarang.
So kisah tentang jenazah itu tidak saya kongsikan pada malam tersebut. Terhenti begitu sahaja. Rupanya baru saya tahu. Ada kisah lebih menarik yang sedang berlaku pada jenazah tersebut. Seperti belum diizinkan untuk saya berkongsi kisah tentang arwah pada malam itu.
Jenazah berzikir dalam perkongsian saya ini adalah seorang lelaki bujang berusia 39 tahun. Arwah meninggal dunia selepas 3 hari dimasukkan ke Hospital Klang kerana strok dan tekanan darah tinggi.
Pada mulanya arwah hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi. Tetapi tidak lama kemudian arwah diserang strok dan mengakibatkan lumpuh dibahagian sebelah badan. Sejak lumpuh arwah hanya mampu terbaring dan dijaga oleh adik beradiknya.
Dikatakan arwah adalah tulang belakang didalam keluarganya. Arwah yang menyara ibu dan 8 orang adik beradiknya ketika masih sihat. Anak kedua dari 9 orang adik beradik itu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya 16 tahun yang lalu.
Arwah berkerja sebagai petani dan membuat kerja kerja kampung demi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya. Jelas arwah adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Ibu dan adik beradiknya ditatang bagai minyak yang penuh. Saya yakin arwah juga korbankan masa remajanya demi untuk menyara keluarga. Apalagi yang arwah lakukan semasa hidup tidak kami ketahui. Tetapi dari pengakhiran yang terlihat pastinya banyak perkara kebaikan yang telah dilakukan ketika hidupnya.. Allah temukan kami dengan arwah untuk di uruskan jasadnya. Jasadnya telah kami mandi dan kafankan sebaik yang mungkin. Kemudian sewaktu perjalanan terakhirnya.
Allah tunjukkan pula Kebesaran-NYA kepada kami. Masya Allah. Betapa hebatnya Allah Yang Satu. "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Share jika posting ini bermanfaat! Sumbangan anda sangat kami perlukan demi kelangsungan operasi Unit Khas Van Jenazah . Salurkan ke nombor akaun seperti yang tertera di bawah :- 8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR
Menurut fb Mr Wan Cai lagi, selepas dirinya berkongsi posting di atas, ahli keluarga kepada waris ada menyatakan tambahan info. Mereka menyifatkan arwah seornag yang baik dan tak pernah berkata tidak pada orang yang meminta pertolongannya. Dan kerana itulah Allah memuliakan dirinya biar sudah tiada.
Sumber / Gambar : Mr Wan Cai Official
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Malam tadi satu lagi pengumuman penting oleh Perdana Menteri berkenaan penularan virus COVID-19 ini yang disiarkan secara langsung di kaca Televisyen.
Dalam ucapannya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu rakyat Malaysia agar sentiasa patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini.
Menurut beliau, tujuan perintah ini dikeluarkan adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dan ia tidak akan berjaya sekiranya berlaku pergerakan rakyat, terutama pergerakan pulang ke kampung.
“Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.
“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.
“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja. Tempoh kawalan dua minggu kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.
“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.
“Saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua,” katanya.
Tambah Muhyiddin lagi, perintah kawalan mungkin dilanjutkan andai wabak itu tidak dapat dikawal dalam tempoh dua minggu ini.
Sehingga kini ini, Malaysia mencatatkan 117 kes baru, termasuk 80 kes berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dan 15 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi, menjadikan keseluruhan 790 kes.
Seramai 11 pesakit sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang dan menjadikan semuanya 60 kes pulih setakat ini.
Dalam pada itu perbuatan orang ramai yang pulang ke kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh menjadi haram dari segi agama jika mendatangkan mudarat kepada ahli keluarga dan masyarakat.
Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata perbuatan itu boleh jatuh haram kerana ia jelas bertentangan dengan arahan daripada kerajaan dan pihak berkuasa yang menuntut orang ramai supaya berada di rumah sepanjang tempoh berkenaan.
“Sehubungan itu, apa yang dilakukan orang awam seperti pulang ke kampung itu boleh memudaratkan orang lain dan ia boleh menjadi haram sebab kita tak tahu apabila kita dijangkiti dan menyebarkan kepada orang lain di kampung.
“Sebelum ini pun, mufti tidak mewajibkan solat Jumaat kerana khuatir ia mendatangkan mudarat kepada orang lain, konsepnya sama sahaja jika kita pulang ke kampung kerana ia turut membuka ruang ke arah itu, ” katanya kepada Berita Harian.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.