Malas bukan penyakit tapi ia sejenis “penyakit”. Penyakit yang agak kronik jika jiwa kita tidak berusaha bangkit membuangnya.

Penyakit malas ini ada pada semua orang. Sama ada kronik atau tidak sahaja. Malas kita pada banyak perkara, misalnya masih mempercayai orang boleh laburkan wang kita ada menjadi berganda-ganda tapi di akhirnya kita melopong kerana ditipu.

Begitu juga, kita diajar mengasingkan sebahagian gaji untuk simpanan kecemasan tapi kerana suka bertangguh dan malas, kita akhirnya tak punya tabungan sampai ke hari tua.
Kalau dalam bab menjaga kebersihan rumah pula, adakalanya kita lebih selesa berbaring di depan tv dari mengemas rumah. Akhirnya jadilah kita orang miskin yang pemalas hingga viral di media sosial kerana rumah terlalu kotor.

Rasa malas juga turut melingkari pada sosial kehidupan. Kita tahu tubuh tidak sihat, bentuk tubuh berisi, ada kolesterol yang tinggi namun kerana malas untuk bersenam, kita pilih duduk depan tv. Jujurnya rasa malas akan mengakibatkan kerugian dalam hidup kita sendiri. Bahkan ramai yang malas untuk menambah kualiti ibadah dan beranggapan, cukuplah dengan apa dilakukan sekarang hingga kita jauh ketinggalan dalam bab agama.

IKLAN

Begitu juga dalam suasana kerja, kalau malas untuk tingkatkan ilmu dan pelajari yang baru, kita kekallah di posisi lama atau lama-lama dibuang kerana dilihat tak mampu tingkatkan produktiviti syarikat.

Tahukah, malas adalah satu penyakIt yang tercela dalam Islam. Namun islam turut mengajar manusia untuk mengubah dirinya agar beruntung di akhirat kelak.

Bagi yang ada perasaan malas, bacalah doa diajarkan ini. Insya Allah semua penyakit malas kita akan terhindar.

IKLAN

Membuang Rasa Malas, Bacalah Doa IniDoa Mencegah Malas

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الكَسَلِ وَالهَرَمِ، وَالمَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ، وَمِنْ فِتْنَةِ القَبْرِ، وَعَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الغِنَى، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الَمسِيحِ الدَّجَّال

IKLAN

Allahumma inni a’uzubika minal kasali wal harami wal ma’tsami wal maghrami wamin fitantil qobri wamin fitnatin nar wa ‘azabin nar wamin syarri fitnatil ghina wa a’uzubika min fitnatil faqri wa a’uzubika min fitnatil masihid dajjal.

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, perbuatan dosa dan hutang, fitnah kubur dan azab kubur, fitnah neraka dan azab neraka, keburukan fitnah kekayaan, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kemiskinan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Masih Dajjal.”( (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371).

Doa ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Sayidah Aisyah. Doa ini sangat digalakkan baca ketika membaca doa Iftitah setelah takbiratul ihram. Dibaca setelah membaca duduk tahiyad akhir setelah membaca salawat dan salam kepada Nabi SAW. dan keluarganya, dan juga dianjurkan dibaca setelah melaksanakan solat wajib lima waktu.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI