Umum sudah mengetahui pelakon yang terkenal dengan imej seksi Kilafairy sudah berhijab sepenuhnya minggu lalu.
Ternyata perubahan itu sangat menggembirakan kedua ibu bapanya. Malah keduanya juga selama ini tak henti berdoa agar anak kesayangan mereka ini akan berubah.
Dia yang memiliki hampir sejuta pengikut di medium sosial ini hanya memuat naik foto terkini dirinya serta foto lama memaparkan gambar kucing peliharaan serta aktiviti seni terdahulu.
Ramai yang memuji perubahan dilakukan Kilafairy dan mendoakan agar dia terus kekal istiqamah. Dalam artikel di Berita Harian, Kilafairy memberitahu keputusannya untuk bertudung hadir dengan sendirinya dan bukan paksaan sesiapa.
Masjid dikunci selepas waktu solat, susahkan orang musafir singgah sembahyang dan melepaskan lelah. Masjid adalah rumah Allah, bukankah masjid sepatutnya menjadi hak orang yang ramai.
Sepatutnya masjid perlu menjadi tempat yang mudah diakses, namun jika dikunci selepas waktu solat memang menutup ruang untuk musafir singgah.
Tetapi seharusnya kita tahu bahawa tindakan pihak masjid melakukan perkara ini adalah bersebab dan bukan sewenang-wenangnya mengunci pagar dan pintu masjid.
Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini dan fahami penjelasan yang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sampaikan :
Soalan:
Assalamualaikum, bolehkah pihak masjid menutup masjid pada bukan waktu solat kerana ia akan menyukarkan bagi orang musafir untuk menunaikan solat. Bukankah masjid tu hak orang ramai?
Ringkasan Jawapan:
Hukum mengunci masjid pada bukan waktu solat adalah harus jika ada keperluan tertentu seperti untuk menjaga peralatan masjid dari dicuri.
Namun jika tidak ada keperluan sebaiknya masjid tidak dikunci sebagaimana masjid di zaman Nabi SAW dan ini lebih memberi kemudahan kepada orang ramai.
Pihak masjid boleh menyediakan ruangan khusus seperti beranda masjid yang lengkap dengan kemudahan seperti kipas, lampu dan sejadah untuk memudahkan kegunaan orang ramai, dan mengunci bahagian masjid yang dirasakan perlu seperti dewan solat yang utama.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Huraian Jawapan:
Menjadi kebiasaan orang ramai akan berhenti di mana-mana perhentian atau masjid untuk menunaikan solat. Setengah pihak pengurusan masjid akan mengunci masjid bagi mengelakkan berlaku kecurian atau lainnya ketika tidak ada sesiapa di Masjid.
Meskipun pihak masjid mengunci bahagian dalam masjid namun masih ada kawasan luar masjid yang boleh untuk didirikan solat.
Imam al-Nawawi menjelaskan berkenaan hukum mengunci masjid pada bukan waktu solat dengan katanya:
Maksudnya: “al-Soimari dan selainnya dalam kalangan ulama mazhab Syafi’i; berkata tidak mengapa mengunci masjid pada bukan waktu solat untuk menjaga masjid atau memelihara peralatan yang ada dalam masjid.
Namun begitu ia hanya jika dikhuatiri masjid akan dicemari atau kehilangan peralatan masjid serta tidak ada keperluan (untuk membuka masjid pada bukan waktu solat).
Adapun jika tidak dikhuatiri apa-apa kerosakan atau mencari kehormatan masjid di samping membukanya akan lebih memudahkan orang ramai maka sunnahnya pintu masjid perlu dibuka sebagaimana masjid Nabi SAW pada zaman Baginda dan selepasnya.”
Daripada keterangan Imam al-Nawawi ini dapat disimpulkan bahawa hukum mengunci masjid pada bukan waktu solat adalah harus jika ada keperluan.
Namun jika tidak ada keperluan sebaiknya masjid tidak dikunci sebagaimana masjid di zaman Nabi SAW dan ini lebih memberi kemudahan kepada orang ramai. Memudahkan urusan orang lain adalah suatu yang dituntut dalam agama. Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis:
ومن يسَّرَ على مُعسرٍ في الدُّنيا يسَّرَ اللَّهُ عليهِ في الدُّنيا والآخرةِ
Maksudnya: “Siapa yang memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”- (Riwayat al-Tirmizi)
Kashoorga : Selain masjid, orang musafir sekarang juga boleh singgah di RNR (Rehat dan Rawat) di lebuhraya atau surau di stesen minyak. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Apabila kita sudah memberi sepenuh hati kepada insan tersayang dan bersetuju menjadi isterinya sepenuh masa, bererti cinta kita memang untuk si dia.
Sebagai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, pastinya kita mahu perkahwinan yang dibina ini akan kekal hingga ke jannah. Namun kita hanya merancang tetapi Tuhan jua yang menentukan.
Dan jika sudah tiada kesefahaman, jalan terbaik adalah dengan berpisah. Memang berat untuk mengucapkan kata perpisahan, namun siapalah kita untuk menghalang takdirNya.
Namun begitu, perceraian bukanlah penamat segala-galanya. Mungkin dengan perpisahan ini akan membuatkan kita menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Seperti perkongsian wanita ini Sara Amelia di laman sosial twitter memberitahu pengajaran yang diperoleh selepas berpisah dengan bekas suaminya.
Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui tentang apa yang terjadi pada dirinya terutama rakan-rakan baru.
Memang katanya tidak ada yang mahu masuk ke alam perkahwinan untuk bercerai. Namun dia tidak bernasib baik dan terpaksa berpisah dengan bekas suami.
Dia juga turut berkongi tentang pengajaran yang telah diambil sepanjang usia perkahwinan sebelum itu.
Banyak pelajaran yang dipelajari dari perkahwinan yang singkat ini.
1. Luangkan masa KUALITI bersama, masa di mana anda boleh bercakap tentang apa-apa dan segala-galanya tanpa sebarang gangguan. Tiada telefon, tiada permainan, dsb.
2. Apabila anda berhujah walaupun mengenai perkara-perkara kecil, cubalah untuk berkomunikasi. Ia mungkin kelihatan kecil pada mulanya, tetapi apabila ianya terkumpul – salah seorang daripada anda akan meletup. Dalam kes saya, saya yang meletup.
3. Ya, kerja adalah penting. Sekali lagi, habiskan masa apabila anda boleh. Kami berdua bekerja berlainan shif. Dan ketika bersama di rumah, kami lebih banyak meluangkan masa bersendiri.
Dia akan bermain DOTA, dan saya akan menonton Netflix di bilik tidur. Jadi anda lihat, saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya. Itu adalah kerana kekurangan komunikasi kami.
Sebab itu kena sentiasa berkomunikasi. Berkongsi cerita, berkongsi ketakutan, perkara kecil. Semuanya. Dengar apabila pasangan anda bercakap. Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi percayalah, ia lebih sukar daripada yang kita harapkan. Apabila cinta anda menjadi tanggungjawab, ia menjadi beban. Jadi, carilah kegembiraan dalam berkomunikasi.
Jika segalanya tidak selesai selepas menghadapi pelbagai ujian, jangan bimbang. Percayalah, anda akan baik-baik saja. Anda akan dapat bergerak sendiri. Ya, saya telah kehilangan suami tetapi saya masih mempunyai kawan dan keluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tular di media sosial akan isu sotong ring yang didakwa sebagai rectum babi. Ia menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai khususnya umat islam kerana kita dituntut mencari yang halal kerana setiap makanan menjadi darah daging.
Isu ini sudah lama, sejak 2013 lagi ia mula tersebar dalam satu siaran radio US di mana dj radio buka isu mengenainya. Tapi hingga kini tiada isu berkaitannya kerana ia hanya cakap-cakap kosong sahaja.
Dalam pada itu, Dsemeling Fresh&Frozen Seafood, syarikat Pemborong & peruncit barangan laut segar dan sejuk beku turut berkongsi isu ini di mana katanya, tidak pasti jangan kongsi.
Dalam perkongsiannya, kecoh isu sotong ring yang dikatakan dibuat dari usus babi dan diletakkan perasa sotong. Ada yang meragui cop halal yang dicetak di label pembungkusan. Ada juga yang pertikai sebab rasanya liat tidak seperti sotong biasa.
Berikut penjelasan dari syarikat ini:-
1. Sotong ring liat? Sotong ada banyak spesis dan banyak jenis. Yang kilang pakai untuk buat sotong ring ni adalah jenis illex squid (boleh google nama sotong). Jenis ni tak ada di negara kita, banyak di negara luar. Jadi orang tak kenal sangat sotong jenis ni. Yang di negara kita banyak yang jenis loligo. Sebab itu rasa tak sama dengan sotong yang biasa kita makan dan cara masakan pun lain untuk setiap jenis sotong.
2. Cop halal meragukan? Di malaysia badan yang mengawal status halal haram ni adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di negara lain ada jabatan agama islam mereka sendiri yang menyelia bab ni. Ada cop depa sendiri. Takkan nak pakai cop JAKIM pula untuk negara Thailand/ China? Boleh rujuk gambar dibawah untuk logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
3. MAQIS Kalau bab import export barangan dari luar ke dalam negara diserahkan pada MAQIS. Tugas MAQIS ni untuk chek setiap barang yang masuk ke Malaysia. Ada banyak jabatan yang terlibat antaranya JAKIM. Kalau betul buat dari babi, mesti dah kantoi.
4. Bukti proses dari babi? Setakat ini banyak video yang dibuat dari sotong saja. Tak ada pun video dari babi,”jelasnya.
Isu sama mendapat perhatian dari rakan fb, Daing Fadzil Abd Latif yang berkongsi sijil halal dari Shandong Halal Certificate Service (HSC) tempat sotong ring ini dikeluarkan.
Kongsinya, saya nak ucapkan terima kasih kepada seorang sahabat Eksekutif Halal saya mengambil tindakan proaktif mengemail kepada Badan Pensijilan Halal Logo halal dari Shandong Halal Certificate Service (SHC).
SHC ialah di antara badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.
Email dibalas oleh pihak SHC memperakui produk berkenaan didaftar oleh Fujian Dayou Guowang Bio-tech Co.Ltd Dan PRODUK BERKENAAN IALAH FROZEN SQUID RING.
Jadi tak pasti jangan kongsi kerana ia mendapatkan kepanikan kepada masyarakat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.