Menghilangkan wang yang diamanahkan untuk infak, wajib ganti semula jika cuai apatah lagi kita dilantik sebagai pemegang amanah seharusnya kita menjaga wang tersebut sebaik mungkin.
Seseorang yang amanah akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan janji mereka, oleh sebab itu memang berat tugas serta tanggungjawab seorang pemegang amanah.
Ikuti kemusykilan tentang isu ini yang diutarakan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan:
Seorang lelaki telah berhutang dengan arwah ayah saya dan melangsaikannya kepada kami sekeluarga sebagai ahli waris. Setelah itu, kami bersepakat untuk memberi bahagian harta pusaka masing-masing daripada jumlah bayaran hutang tersebut untuk disedekahkan bagi pihak ayah saya.
Wang tersebut diamanahkan kepada saya dan berada di dalam simpanan saya, akan tetapi saya telah lupa tentangnya. Setelah lebih setahun, saya dapati wang tersebut hilang dan mengesyaki ia telah dicuri oleh tukang membersih rumah.
Adakah saya wajib mengganti semula bahagian harta setiap adik-beradik saya? Mohon penjelasan?
Diamanahkan Untuk Infak
Jawapan:
Para ulama mendefinisikan harta pusaka sebagai semua yang ditinggalkan oleh si mati daripada jenis harta, hak dan manfaat. Jika seseorang berhutang dengan si mati, maka barangan atau wang yang dipinjam itu adalah termasuk dalam harta si mati walaupun berada di tangan peminjam.
Ads
Justeru ia wajib dikembalikan semula kepada ahli waris sebagai harta pusaka kerana pemilikan si mati sudah beralih kepada para waris.
Seterusnya, jika seseorang ahli waris ingin menyedekahkan harta peninggalan si mati yang merupakan bahagian ahli waris yang lain, dia wajib meminta izin ahli waris tersebut terlebih dahulu kerana harta peninggalan itu merupakan milik pewaris dan dia berhak untuk menyimpan bahagiannya.
Merujuk kepada persoalan di atas, ahli waris bersepakat ingin menyedekahkan bahagian harta pusaka mereka bagi pihak si mati, namun harta tersebut hilang di tangan orang yang diamanahkan sebelum sempat mengagihkannya.
Menurut Imam al-Nawawi, menjaga dan menyimpan harta milik pihak lain adalah merupakan satu amanah dan sekiranya ia rosak atau hilang, maka si penjaga atau penyimpan tidak perlu menggantinya semula kecuali jika ia berlaku atas kecuaian dirinya.
Wajib Ganti Semula
Selain itu, al-Buhuti berkata:
الوكيل أمين، لا ضمان عليه فيما تلف في يده، من ثمن ومثمن وغيرهما، بغير تفريط ولا تعدٍّ) لأنه نائب المالك في اليد والتصرُّف، فكان الهلاك في يده كالهلاك في يد المالك
Maksudnya:
“Tiada ganti rugi yang dikenakan bagi sesuatu yang rosak di tangan seorang wakil yang amanah dan tidak bersikap cuai. Ini kerana dia dikira mengambil tempat pemilik dalam urusan simpanan dan transaksi, sebarang kerosakan di tangannya adalah sama seperti kerosakan yang berlaku di tangan pemilik.”
Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa terdapat beberapa perbuatan yang dianggap kecuaian, antaranya termasuklah:
Ads
1. Meminta orang lain menjaga harta atau barang jagaan tanpa sebarang keperluan dan tanpa izin pemilik harta.
2. Bermusafir dengan membawanya tanpa keperluan.
3. Tidak memulangkan harta atau barang jagaan tersebut kepada pemilik ketika dia tidak mampu menjaganya.
4. Memindah-mindahkan harta atau barang jagaan yang diamanahkan.
5. Menggunakan dan mengambil manfaat daripada harta atau barangan yang dijaga.
6. Tidak menjaga harta atau barang jagaan seperti yang dinasihatkan oleh pemilik. Sebagai contoh, pemilik harta meminta supaya hartanya diletakkan di dalam bekas yang berkunci, namun si penjaga tidak melakukan sedemikian kemudian harta tersebut hilang. Justeru, wajib ke atas si penjaga untuk menggantinya semula.
Ads
7. Berlaku pengabaian yang menyebabkan kehilangan atau kerosakan.
Jika Cuai
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa dalam kes ini, orang yang diamanahkan untuk menyimpan harta tersebut merupakan wakil bagi pihak pemberi sedekah yang lain dan bertanggungjawab melaksanakan apa yang diminta oleh pemilik harta, iaitu menginfakkan bahagian harta mereka bagi pihak ayah mereka yang sudah meninggal.
Namun si penjaga tidak menyegerakan infak tersebut dan kemudiannya lupa bahawa harta yang ingin diinfakkan berada dalam jagaannya dan didapati hilang.
Justeru, wajib ke atas si penjaga untuk menggantikan semula harta yang hilang walaupun ia dicuri melainkan jika pemilik-pemilik harta tersebut memaafkannya. Hal ini kerana jelas berlakunya kecuaian dan pengabaian daripada pihak yang diamanahkan.
Kashoorga: Semoga pemegang amanah ini menemui jalan terbaik untuk menyelesaikan masalahnya.
Boleh ke pakai telekung berwarna? ‘Niat kena betul, pilih warna yang tidak menarik perhatian lelaki ajnabi.’ Terutamanya bila solat di masjid, jika solat di rumah mungkin tidak menjadi masalah.
Sebenarnya zaman sekarang terdapat lambakan pelbagai jenis telekung. Berwarna-warni, boleh pilih ikut warna kegemaran masing-masing.
Namun bolehkah kita memakai telekung yang menarik perhatian, ikuti perkongsian Husna Ghani ini dan hadam baik-baik penerangannya.
Kalau baju pun setiap bulan beli baru, inikan pula pakaian solat yang kita pakai paling kurang lima kali dalam sehari.
Lagi-lagilah perlu ditukar. Kalau satu cuci, kena ada yang lain untuk diguna ganti.
Niat Kena Betul
Habis, tak akan semua nak warna putih kan? Nak la jugak warna – warni. Bila kita selesa,dapat pulak warna kita minat, nak ibadah pun rasa semangat!
Tapi boleh ke pakai telekung berwarna? Atau kita digalakkan untuk memakai telekung berwarna putih sahaja?
Boleh ke tak eh kita nak pakai telekung berwarna yang ada corak-corak pula tu ke warna putih kosong saja?
Kita semua sudah terbiasa telekung mesti terbayang warna putih tapi ada orang kata putih ini lecehlah nak jaga. Kotor sikit pun nampak, nak pakai telekung berwarna hukumnya macam mana pula.
Pilih Warna Yang Tidak
Boleh saja tak ada masalah pun, hukumnya harus cuma pilihlah warna yang sesuai kalau nak pakai ke masjid. Tambah kita nak bulan Ramadan tak lama lagi, memang semua di antara kita tidak melepaskan peluang untuk solat terawih dekat masjid.
Oleh itu, carilah telekung yang warnanya soft, tak terlalu terang sampaikan menarik perhatian lelaki ajnabi ataupun sampai ganggu jemaah wanita lain nak khusyuk dalam solat.
Menarik Perhatian Lelaki
Yelah kalau warna pun sudah macam traffic light dengan corak yang melampau-lampau, manik terlalu banyak. Orang sebelah pun nak solat tak tenang. Habis yang corak sulam, corak minimalist , macam mana pulak?
Boleh, asalkan jangan pakai dengan niat hendak menunjuk. Telekung ini mahal, eksklusif, berjenama, macam-macamlah. Kalau begitu memang tak boleh, hukumnya haram.
Patutnya kita niat pakai telekung ini sebab kita nak tutup aurat, nak lebih khusyuk, nak selesa jumpa Allah. Itulah yang paling baik.
Ramai yang suka bersedekah dan masa yang sama membayar zakat kepada pihak berkuasa yang dilantik untuk pengagihan zakat secara menyeluruh. Masa yang sama, ada sebahagian dari kita membayar zakat sendiri dengan mengenal pasti individu yang layak berdasarkan situasi kehidupannya. Tidak salah membayar pada institusi dan tak salah juga membayarnya sendiri asalkan penerimanya adalah dari lapan kategori ditetapkan oleh hukum syarak.
Adakala kita terlepas pandang tentang adik beradik yang mungkin diuji dengan seribu kepayahan dan ujian kehidupan. Ada setengahnya kehilangan pasangan tempat bergantung, diuji dengan kemiskinan, kesakitan dan banyak lagi.
KASHOORGA kongsikan kemusykilan agama yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Shahridzan Ben-Agil mengenai persoalan memberi zakat kepada adik beradik yang susah.
Salam ustaz, saya ada seorang kakak yang hidupnya susah sebab dia kematian suami dan kakak saya tu ada lima orang anak yang masih belajar. saya ingat nak bayar zakat pada kakak saya, tapi ada yang cakap kakak tak layak terima zakat sebab adik beradik lelaki yang mampu wajib tanggung adik beradik perempuan yang susah. mohon pencerahan dari ustaz betul ke mcam ni?
JAWAPAN: 1) Ulama bersepakat bahawa zakat wajib diagihkan hanya kepada 8 golongan asnaf yang disebut di dalam surah al-Taubah, ayat 60. Asnaf-asnaf yang dimaksudkan ialah fakir, miskin, amil zakat, riqab, muallaf, orang yang berhutang, fi sabilillah dan Ibnu Sabil.
2) Begitu juga para ulama menyatakan bahawa zakat tidak boleh diberi kepada ahli keluarga di bawah tanggungan sebagai contoh, Ali tidak boleh memberi zakat kepada isteri dan anaknya yang masih kecil kerana mereka di bawah tanggungan ali.
3) Manakala adik beradik perempuan yang susah atau miskin tidak termasuk di bawah tanggungan seseorang. Hal ini telah dijelaskan oleh Sheikhul Islam al-Imam Zakaria al-Ansari(ulama mazhab Syafi'ie) di dalam karangannya "Asna al-Matalib Fi Syarh Raudhit Tolib":
وإنما تجب على ذي قرابة بعضية وتجب له، وهم الفروع وإن نزلوا والأصول وإن علوا فقط، أي دون سائر القرابات كالأخ والأخت والعم والعمة، ذكوراً وإناثاً وارثين وغير وارثين.
Maksudnya: "Sesungguhnya yang diwajibkan nafkah kepada kaum kerabat yang bersifat punca dan pecahan keturunan(قرابة بعضية) iaitu FURU'(anak, cucu, cicit) dan yang ke bawah dan USUL(bapa, ibu, datuk, nenek) dan yang ke atas sahaja, iaitu tidak termasuk kaum keluarga yang lain seperti adik beradik lelaki, adik beradik perempuan, pakcik, makcik sama ada lelaki mahupun perempuan, yang tergolong daripada pewaris harta atau tidak".
4) Berbalik soalan di atas, adik beradik perempuan yang susah atau tiada penanggung seperti suami dan ayah tidak termasuk dalam golongan yang wajib diberikan nafkah oleh adik beradik yang lain. Maka boleh malah disunatkan beri zakat kepada adik beradik yang susah samaada lelaki mahupun perempuan selagimana mereka tergolongan daripada asnaf-asnaf yang berhak mendapat zakat.
5) Sesungguhnya memberi zakat kepada kaum keluarga dan kerabat yang bukan tanggungan nafkah lebih afdal dari memberi zakat kepada asnaf yang bukan dari kalangan keluarga.
Kelebihan ini dijelaskan oleh Rasulullah ﷺ di dalam sepotong hadis:
الصدقة على المسكين صدقة، وعلى ذى الرحم ثنتان، صدقة وصلة
Maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, manakala sedekah kepada ahli keluarga merupakan dua kebaikan, iaitu sedekah dan silaturrahim". (Hadith riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibn Majah)
6) Hadis di atas menunjukkan bahawa memberi zakat kepada ahli keluarga dan sanak saudara mempunyai dua kebaikan, manakala pada orang miskin hanya satu kebaikan. Dalam sepotong hadis baginda menyebut kelebihan menyambung tali silaturrahim sepertimana sabda Baginda ﷺ:
من سره أن يبسط له في رزقه أو ينسأ له في أثره فليصل رحمه
Maksudnya: "Sesiapa yang suka diluaskan rezeki untuknya atau dipanjangkan umurnya, maka hendak lah dia menyambung tali silaturrahim. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Wallahu A'lam Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Sumber : FB Ustaz Syed Shahrizan Ben-Agil / Gambar : Maya Sugarman/KPCC
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Orang tua meninggal, anak anak bergaduh semasa sendiri kerana berebut harta, tanah yang ditinggal.
Ini realiti yang memang terjadi dalam dunia hari ini. Orang lain yang melihat situasi ini selalunya akan terkeluar kata-kata ‘terseksa ayah dan ibu dalam kubur.
Namun, benarkah itu yang berlaku terhadap roh ibu bapa di dalam kubur jika kita adik-beradik yang masih hidup ini berbalah?
Menurut pendakwah Ustaz Azhar Idrus ketika menjawab persoalan ini katanya pernyataan tersebut sama sekali tidak betul.
Bagaimanapun, jelas beliau, perkara itu boleh jadi benar sekiranya ibu bapa ketika hayatnya meninggalkan pesanan agar anak-anak mereka bergaduh setiap hari.
“(Oleh sebab) ibu bapa yang suruh (ketika masih hidup), maka anak-anak pun berbalahlah. (Maka,) dia turut mendapat kesan kerana dia (ibu bapa) yang suruh (melakukan) benda yang salah.
“Akan tetapi, (jika) ibu bapa sudah ajar benda yang baik dan memberikan tarbiah kepada anak-anak, tetapi cahaya mata mereka tetap juga buat salah, maka dalam situasi itu, anak-anak akan tanggung sendiri (akibat perbuatan dilakukan),” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Dalam hal ini sebaiknya harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang tua diuruskan secepat dan sebaik yang mungkin.
Ada ‘saham’ jika
Menurut PU Syed sekiranya berlaku kelewatan (mengurus harta pusaka ibu bapa), ia tidaklah menyebabkan emak dan ayah kita terseksa di dalam kubur tetap sebaliknya
“Sebenarnya yang terseksa bukan emak atau ayah, tetapi waris di atas dunia yang masih lagi menanti bila hendak dapat pusaka (yang menjadi) hak mereka. Maka, mereka yang akan terseksa,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di akaun YouTube PU Syed Channel.
Meskipun demikian, tambah beliau, ibu bapa tetap boleh menerima tempiasnya sekiranya merekalah yang menjadi punca tercetusnya isu hingga menyebabkan perbalahan dalam kalangan waris yang masih hidup.
“Maka, ada ‘saham’ yang akan mereka terima juga di dalam kubur,” ungkapnya lagi.
Kebelakangan ini kita banyak melihat perkongsian di sosial media yang dikaitkan dengan istidraj. Melakukan dosa terang-terangan dan merasa bangga dengannya kerana hidup masih senang...