Tidak dinafikan ramai yang mengkagumi keperibadian pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah yang trending dengan drama Sweet Dreams. Ramai mahu menjadikan dirinya sebagai idola dek kerana personalitinya yang jarang dilanda gosip panas.
Malah Mira juga sangat aktif berkongsi apa jua maklumat atau info berguna di media sosial sama ada twitter atau Instagram.
Baru-baru ini ada warga net yang tweet padanya bagaimana untuk mengatasi masalah depresi. Mira yang mempunyai follower di twitter hampir 200K memberitahu cara terbaik dan cadangan untuk mengatasi masalah depresi atau kemurungan ini.
Walaupun bukan kepakarannya untuk bercakap mengenai soal itu (depresi), tetapi pelakon cantik ini memberi cadangan apa yang boleh dilakukan. Mira mencadangkan seseorag itu mengatasinya dengan mengambil wuduk dan kemudian bersolat.
Ads
Bercakap pada Allah apa masalah yang menganggu. Apa yang membuatkan diri seseorang itu sedih minta padaNya untuk memaaafkan diri dan minta diberikan kekuatan.
Ads
Mira turut menyuruh mengerjakan solat sunat banyak-banyak dan juga melakukan solat tabut serta hajat.
Menurutnya lagi seseorang yang melakukan amalan ini insa-Allah akan merasa lega berdepan masalah berkenaan. Cadangan dari Mira ini turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Kos sara hidup yang makin tinggi membuatkan bukan sahaja suami perlu bekerja. Tetapi isteri juga digalakkan untuk keluar bekerja demi untuk membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.
Jadi tugas kaum wanita ini bukan sahaja di pejabat, tetapi berterusan bila balik ke rumah. Meneruskan pula tanggung jawab bukan sahaja sebagai ibu, tetapi juga doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam satu hadis daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasu-lullah bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad).
Ternyata di sebalik kejayaan sebagai hafiz Quran, kisah anak ini, Wan Najran Wan Mohd Noh wajar dijadikan panduan bahawa di sebalik kerjayanya yang hebat, dirinya adalah seorang hafiz.
Baca perkongsian mengenainya:-
Biasanya Hafiz Al-Quran sinonim dengan kerjaya ustaz, imam masjid atau pegawai agama. Tetapi rakan saya Wan Najran Wan Mohd Noh, 39 seorang Hafiz Al-Quran dan berkhidmat sebagai Engineer (jurutera syarikat pembinaan minyak dan gas luar pesisir antarabangsa. Padu teruk lah!
1. Beliau ialah adalah anak kepada Ustaz Wan Noh, guru Al-Quran yang terkenal di Kajang.
2. Wan Najran berkata, pengalamannya mengikuti kursus persijilan tahfiz di Darul Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2001 sesuatu istimewa kerana berjaya menghafaz Al-Quran dalam tempoh 10 bulan sahaja. Hebat! Menurutnya, selepas tamat SPM, beliau menghadiri temuduga dan terpilih mengikuti persijilan tahfiz di Darul Quran Kuala Kubu Bharu pada tahun 2001.
2. “Alhamdulillah saya dapat menghafaz Al-Quran secara fast track dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Pembuatan di UIAM dalam tempoh empat tahun,”.
3. Wan Najran pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang) berkata, pembelajaran tahfiz banyak memberi kelebihan kepadanya dalam mengimbangi keperluan agama dan akademik.
4. Bapa dua anak itu memberitahu, selain memberi tumpuan kepada kerjaya hakiki, beliau turut menyumbang ilmu kepada masyarakat sekeliling.
5. Terlalu banyak kelebihan apabila menjadi hafiz Al-Quran dan dalam masa sama kita belajar pengetahuan akademik.
6.Salah satu pembelajaran yang saya dapat kutip ialah ilmu agama ini mendidik jiwa kita menjadi individu amanah, berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan terpuji kerana kita belajar dan memahami al-Quran,” katanya.
7. Beliau juga imam Surau Ar Raudhah, Saujana Impian Kajang berkata peranannya sebagai hafiz Al-Quran turut membantunya untuk turut sama terlibat secara langsung dalam mendidik dan memberi pengetahuan kepada masyarakat.
8. “Dengan ilmu yang diberi Allah ini saya mendapat tauliah daripada JAIS untuk mengajar tajwid dan al-Quran di masjid dan surau,”
9. Wan Najran yang juga salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid Saujana berkata, “keseimbangan ilmu akademik dan agama penting bagi melahirkan lebih ramai agamawan yang mempunyai pengetahuan tinggi.”
10.“Masalah membelenggu masyarakat Islam pada masa ini ialah kita memisahkan agama dengan kehidupan iaitu kenapa golongan profesional ini tidak dididik dengan nilai agama?
11. “Maka timbul masalah golongan profesional diketuai oleh mereka yang tiada nilai keagamaan hingga berlaku permasalahan sosial, pecah amanah dan salah guna kuasa kerana kita sendiri membiarkan kelompok sebegitu”.
12. Katanya, sejarah membuktikan bahawa ramai tokoh ilmuwan Islam berjaya menerokai pelbagai disiplin ilmu dengan mengimbangi keperluan dunia dan akhirat.
14. Beliau berkata, “Ibu bapa seharusnya membuang perasaan takut menghantar anak mempelajari ilmu agama kerana semata-mata menjadi ustaz.”
15. Kisah Wan Najran menunjukkan mixed dicipline, bidang tahfiz dan profesional bukan satu perkara yang mustahil.
16. Jadi jika berhasrat mahu hafal Al-Quran tetapi tidak masuk sekolah Tahfiz, ia bukan end of the world. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
17. Dalam mengejar impian, jangan berhenti melangkah walaupun terpaksa bernafas dalam lumpur! Salam hormat.
Dr. Abdél Rahmanov
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru dua bulan bernikah, suami dijemput Ilahi. ‘Niat untuk tinggal bersama tidak kesampaian. Luluh hati isteri ini bila suaminya pergi buat selamanya sebelum sempat dia berpindah untuk tinggal bersama suaminya di Melaka.
Al-Fatihah buat allahyarham dan semoga isterinya terus kuat meneruskan kehidupan mendatang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Baru dua bulan melayari bahtera perkahwinan, bak kata orang baru merasa betapa manisnya berumahtangga, namun Nurul Huda Azanan, 20, terpaksa berdamai dengan takdir untuk melepaskan suami tersayang yang dijemput Ilahi, bulan lalu.
Suami Nurul Huda, Azizul Husen, 22, yang juga anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di Melaka meninggal dunia pada 10 Disember lalu.
Allahyarham Azizul meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Seruling Jaya, Masjid Tanah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Ketil, Kedah.
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nurul Huda berkongsi cerita di TikTok dan pengguna media sosial itu turut mendoakannya sentiasa kuat dan tabah.
Berkongsi cerita, Nurul Huda berkata, dia dan suami bernikah pada 26 Oktober tahun lalu dan mereka tinggal berasingan sementara dia menguruskan beberapa urusan sebelum berpindah ke Melaka.
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa suami sebulan sebelum Azizul meninggal dunia ketika pulang ke kampung untuk bercuti, namun mengakui arwah suaminya itu sudah menunjukkan beberapa perubahan.
“Kali terakhir kami berjumpa ketika menghantarnya di stesen bas Sungai Petani untuk pulang ke Melaka. Sebelum naik bas, beberapa kali suami berpatah balik ke arah saya sambil meminta menjaga diri dan tengokkan ibunya jika dia tiada.
“Ketika di kampung dia juga membawa saya meronda di kubur dan selalu memeluk serta mencium ibunya tetapi arwah suami kurang bercakap serta lebih banyak termenung,” katanya yang tinggal di Kuala Ketil, Kedah.
Menurut Nurul Huda, pada hari kejadian dia berbual dengan suaminya di telefon sebelum arwah mengadu pening kepala dan mahu tidur pada jam 1.30 pagi.
“Suami juga ada tanya kenapa darah dia beku dan saya sangka dia bergurau saja dan sangkakan dia pening sebab penat berkerja, tetapi ketika itu suami seperti biasa dan ceria.
“Pada 8 pagi, mak mentua beritahu keadaan suami dan mulanya saya sangka dia hanya pengsan saja. Mak telefon sekali lagi cakap suami sudah tiada,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.
Katanya, ketika itu dia yang dalam perjalanan ke Melaka terkejut dan tidak percaya dengan berita itu sehingga pihak atasan suaminya memaklumkan Azizul sudah meninggal dunia.
“Kebetulan abang ipar ada di rumah suami (di Melaka) jadi dia yang menyedari keadaan suami sebelum menghubungi mak di Kedah.
“Suami tiada penyakit dan kesihatannya juga baik, malah beberapa hari sebelum itu dia membuat pemeriksaan kesihatan dan semuanya baik,” katanya memberitahu hasil bedah siasat juga mendapati keadaan suaminya baik dan tiada penyakit.
Nurul Huda berkata, dia reda dan menerima takdir suaminya pergi dulu, namun sedih kerana perancangan untuk tinggal bersama di Melaka tidak kesampaian dan menyifatkan arwah Azizul sebagai suami dan anak yang baik, disenangi ramai, suka membantu serta bersedekah.
“Kalau mengikut perancangan saya akan berpindah ke Melaka hujung Disember lalu kerana masih ada beberapa urusan perlu diselesaikan, malah suami sudah beria minta saya pindah cepat.
“Keterujaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri pertama bersama juga lenyap dan sebenarnya sedih kerana peluang berbakti sebagai isteri hanya sekejap saja tapi bagi saya hampir dua bulan ini memang bahagia menjadi isterinya.
“Saya memang sudah bersedia menjadi isteri tentera kerana tugas mereka menuntut masa menjaga negara, tetapi kali ini suami saya ‘pergi’ tidak kembali lagi,” katanya.
Menurutnya, dia turut berterima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama Kem Terendak yang banyak membantu dan memudahkan urusan pengebumian suami dari mula hingga akhir.
Kashoorga : Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan, namun sebagai hamba-Nya kita perlu berdamai dengan takdir. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.