Mizz Nina bawa anak tunai umrah. ‘Bagi pendedahan awal, Musa banyak tonton & dengar tentang ibadat haji.’
Menerusi perkongsian Mizz Nina, dirinya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan idadah umrah bersama anaknya iaitu Musa.
Jelas Mizz Nina, dia telah memberi pendedahan awal kepada Musa beberapa bulan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah. Kongsinya,
‘Alhamdulillah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk ke sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah dia dapat melihat perkara yang sebenar, katanya.
Ads
Tunai Umrah
Dalam masa yan sama, Mizz Nina turut menitipkan doa buat anaknya agar menjadi insan yang baik akhlaknya serta beriman kepada Allah SWT.
‘Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keimanan sebagai teras hidup, takwa dan kebenaran.
Kurniakan dia tarbiyyah yang baik dan semoga al-Quran mengajar segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidup di dunia dan akhirat,’ katanya lagi.
Bagi Pendedahan Awal
Sebelum itu, Mizz Nina turut menjadi salah seorang antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), beberapa hari lalu.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.
Ads
Difahamkan Mizz Nina aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 dan sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017.
Terdahulu pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya ada mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan program bual bicara.
Tidak hanya itu, Mizz Nina juga komited untuk berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat menerusi jalinan kerjasama dibuat dengan pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan Into Taqwa Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik.
Pada Mei tahun lalu, menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.
Kashoorga : Tahniah buat Mizz Nina. Semoga ibadah umrah Mizz Nina dan anaknya Musa dipermudahkan.
Sepanjang mengandung, bakal ibu dinasihatkan membaca surah tertentu bagi memudahkan proses bersalin selain mendoakan anak yang dilahirkan nanti sihat dan membesar jadi anak soleh solehah.
Tapi lain ceritanya pada anak kelima yang baru dilahirkan isteri kepada pelakon drama bersiri. Gerek Khas, Mohd Zamri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Z Zamri.
Menurutnya di laman Instagram bayi kelima dilahirkan seberat 2.8 kg ini begitu mencuri perhatian apabila kedua-dua telinga bayi berkenaan mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah.
Dalam artikel di Harian Metro, Zamri memberitahu perkara unik ini disedari oleh isterinya Fazilawati sehari selepas permata hati ini dilahirkan.
Katanya, bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 21 Julai lalu dan diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Zamri pada awalnya dia mahupun isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.
Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata, sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengaamalkan surah al- Fatihah dan ayat Kursi. Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu memperdengarkan selawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama. Program ini bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.
Pada permulaannya, program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang terkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah bagi pencegahan penularan wabak Covid-19.
Al-Quran menjadi penawar duka kepada rakyat, pemimpin dan negara yang kemurungan akibat pandemik Covid-19, tekanan politik, ekonomi dan bencana alam dalam tempoh musim PKP selama dua tahun tersebut bermula 18 Mac 2020.
Pada waktu itu, Malaysia #QuranTime mentadabburi ayat-ayat dan surah pilihan yang dilihat telah menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia di mana orang ramai mula tertarik dengan pengisiannya serta sentiasa ternanti-nantikan program ini bersiaran ke udara.
Hasil sokongan dan permintaan tinggi daripada kalangan rakyat Malaysia kini yang semakin ketagih untuk mempelajari al-Quran, maka pihak WUIF dan TV AlHijrah meneruskan kerjasama untuk menerbitkan program My #QuranTime.
Bakal Jadi Fenomena
Program tersebut memberi pendekatan bertadabbur serta baca, faham dan amal seluruh isi kandungan al-Quran bermula dari muka surat 1 hingga muka surat 604.
My #QuranTime dijayakan dengan penglibatan asatizah daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Ia bersiaran langsung dari studio TV AlHijrah, bahkan orang ramai juga boleh mengikuti secara atas talian di platform Facebook My #Qurantime dan YouTube My #QuranTime Official.
Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My #QuranTime di TV AlHijrah dan media sosial.
My #QuranTime merupakan program tadabbur al-Quran tahap asas agar mudah difahami oleh masyarakat umum. Selain itu, ia menjadi pemangkin masyarakat untuk mendekati al-Quran pada tahap tahap lebih tinggi.
My #Qurantime Sasar
Program sejam bersama al-Quran (Baca, Faham & Amal) setiap hari amat penting dalam memupuk kerangka fikir dan sistem operasi diri berlandaskan al-Quran dan Hadis. Ini selari dengan misi WUIF, “MengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah” pada 1500H.
Selain itu, program ini dilihat satu kejayaan besar hingga wujudnya budaya ketagih al-Quran: baca, faham & amal al-Quran. Uniknya, ia dilakukan di Malaysia dan bukan dari negara-negara Arab.
Bahkan program ini merentasi pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, warga emas, pekerja, peniaga, tidak bekerja mahupun pesara.
Tambahan ramai peminat setia My #QuranTime yang berada di luar negara mengikuti program ini secara konsisten bermula halaman pertama sehingga halaman terakhir al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime telah mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
5,000 Peserta
Tanggal 7 Oktober 2022 merupakan hari dan surah terakhir ditadabbur pada My #QuranTime Episod 838 (Malaysia #QuranTime 69 episod & My #Qurantime 769 episod) program ini bersiaran.
Dengan berakhir episod My #QuranTime 1.0, WUIF dan TV AlHijrah menganjurkan program khas bagi menghargai pengikut setia My #QuranTime iaitu Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang julung kali diadakan pada 8 Oktober 2022.
Seramai 5 ribu peserta dijangkakan menyertai acara khatam yang bertemakan “Kerinduan & Kenangan terindah bersama al-Quran”, menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Ia menjadi platform penyatuan para asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
Sertai Majlis Konvokesyen
ALLAH SWT berfirman: “Dan telah sempurna firman Tuhanmu (al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: 115)
Ayat al-Quran tersebut sering dibacakan ketika majlis khatam al-Quran. Ia bermaksud al-Quran terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian. Jika kita menjaga al-Quran dan bawa al-Quran dalam kehidupan, ALLAH SWT akan menjaga kita.
Khatam berasal daripada perkataan Bahasa Arab ‘khotama’ (ختم) yang bermaksud menutup. Justeru, khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk sama ada secara bacaan atau melalui tadabbur.
Amalan berhimpun ketika majlis khatam al-Quran adalah disunatkan oleh para ulama iaitu dengan menghimpunkan ahli keluarga atau sahabat-handai ketika majlis tersebut. Hal ini berdasarkan kepada amalan para salaf terdahulu.
Antaranya, sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai Anas bin Malik RA, “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” (Riwayat Al-Darimi, 3517)
Melalui My #Qurantime, orang ramai kini semakin memahami isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab. Ia membawa perubahan kehidupan bagi pencinta al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Impak program My #QuranTime kepada masyarakat antaranya sebanyak 19,664,240 naskhah al-Quran wakaf telah diagihkan dan lebih 6,000 Quran Corner di pelbagai organisasi seperti hospital, agensi kerajaan, syarikat swasta, balai polis, kolej, universiti, sekolah, rumah ngaji, pusat tahfiz, dan masjid.
Sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada dana Tabung Gerakan Al-Quran turut diagihkan kepada Rumah Ngaji di seluruh negeri setiap bulan bagi membantu penggerak menjalankan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Kashoorga : Semoga majlis ini menjadi platform penyatuan para seluruh umat Islam yang datang dari pelbagai latar belakang.
Setiap hari hari kita melihat wajahnya di kaca televisyen memberi perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19. Beliau dilihat begitu tenang menjawab setiap pertanyaan dari pihak media.
Itulah keperibadian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak pernah jemu bekerja bersama barisan frontliner dalam menangangi wabak pandemik ini.
Kredit Foto: KKM
Semalam beliau telah disenaraikan dalam tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak ini di negara ini.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Kredit Foto: KKM
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Abai solat ketika sakit atau masuk hospital, bila dah sembuh barulah kembali solat. Mungkin ada kalangan kita turut melakukannya namun hakikatya ini bukanlah ajaran...