Kebelakangan ini ramai memuji keperibadian Mizz Nina yang tidak pernah mencipta sebarang kontoversi di sebalik hijab dipakainya. Tampil islamik mengikut saranan agama, Mizz Nina dan suaminya, Noh terus berbakti kepada masyarakat luar khususnya di Syria dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan.
Ekoran dirinya menjadi pujian masyarakat kerana meletakkan syariat terkehadapan dalam kehidupannya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dijemput dalam rancangan Malaysia Hari Ini beberapa hari lalu. Saat diajukan pertanyaan ramai yang memuji-mujinya kerana kebaikan dakwah dan usaha kebajikannya, Mizz Nina tampil dengan jawaban sangat merendah diri.
Dikongsikan oleh seorang peminatnya di fb, Waridah Lothpi, bekas pelantun lagu Kurnia ini mengakui amat takut dengan pujian dunia. Berikut adalah temubualnya dalam MH.
Apa perasaan Nina apabila orang glorify dan memuji-muji Nina?
Ads
"Saya rasa takut sangat. I am nobody to be idolized.
Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat, atau ummul mukminin.
Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan dan harapan tinggi.
Ads
Saya rasa, 'Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu?'
Setiap kali saya baca komen memuji-muji, "Ya Allah please forgive them for what they say about me. They don't know the real me. Forgive me, and help me to become better than what they said.
Forgive me as well for my shortcomings, because I do not live up to many of the things that people said.
Menjelang ketibaan Ramadan yang penuh keberkatan, dunia sukan antarabangsa dikejutkan dengan perkhabaran menyentuh hati apabila pemain bola sepak wanita Brazil, Kathleen Souza dilaporkan telah memeluk Islam.
Kisah penghijrahan atlet yang kini beraksi bersama kelab Al Nassr Women itu pantas menjadi perhatian ramai, khususnya dalam kalangan umat Islam yang menyambut berita tersebut dengan rasa syukur dan ucapan yang sangat positif.
Momen istimewa itu dikongsikan oleh kelabnya sendiri menerusi media sosial, memperlihatkan Kathleen mengucapkan syahadah dalam suasana sederhana namun penuh emosi.
Wajahnya jelas menampakkan ketenangan seolah-olah menemukan sesuatu yang telah lama dicari. Dalam perkongsian tersebut, beliau menyatakan keputusannya lahir daripada pencarian spiritual dan keinginan untuk menjadi insan yang lebih baik.
Pemain tengah Brazil itu turut memuat naik foto perjalanan ke Mekah serta momen menunaikan ibadah umrah di akaun Instagram peribadinya dengan menulis, “Langkah kecil, mencari jalan yang benar, mengharapkan perubahan, bersyukur atas anugerah kehidupan.”
Perjalanan penghijrahan Kathleen tidak terhenti setakat pengislamannya sahaja. Tidak lama selepas itu, beliau dilaporkan berpeluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Pengalaman pertama sebagai Muslimah di hadapan Kaabah menjadi detik yang cukup bermakna buat dirinya, apatah lagi ia berlaku hanya beberapa hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan.
Kisah ini turut mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan peminat serta rakan sepasukan yang memberikan sokongan moral kepadanya. Ramai melihat penghijrahan Kathleen sebagai bukti bahawa hidayah Allah SWT hadir kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun profesion.
Hakikatnya, hidayah merupakan kurniaan terbesar daripada Allah SWT yang tidak mampu dinilai dengan apa jua ukuran dunia.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qasas ayat 56 bermaksud, “Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” Ayat ini mengingatkan bahawa perjalanan iman setiap manusia adalah rahsia dan aturan Allah yang penuh hikmah.
Semoga penghijrahan Kathleen Souza menjadi inspirasi kepada umat Islam untuk terus mensyukuri nikmat iman yang dimiliki serta memperbaharui hubungan dengan Allah SWT, khususnya dalam bulan Ramadan kini.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Baru-baru ini Datuk Prof Dr Muhaya, 62 tahun telah diundang ke program Next To Neelofa sebagai tetamu jemputan.
Ternyata perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Doktor Pakar Bedah Mata ini sahaja telah mengundang sebak pengacara popular ini, tetapi juga penonton yang menyaksikan di kaca televisyen.
Assalammualaikum semua pembaca. Aku baru ja habis tengok talk show Next to Neelofa tadi. Minggu ni Neelofa berbual dengan professor Dr Muhaya.
MASHA ALLAH FIRST TIME AKU MENANGIS YE TENGOK RANCANGAN INI, SEBAB SEBELUM-SEBELUM INI TAKDELAH SEBAK SANGAT TAPI TAK TAHU LAH KENAPA AYAT-AYAT DR MUHAYA NI BETUL-BETUL MENUSUK DI DADA. MUNGKIN SANGAT RELATABLE DENGAN HIDUP SENDIRI KUT.
Aku rasa nak kongsi sangat dengan semua orang sebab bagi aku, kebelakangan ini ramai sangat di kalangan kita yang tertekan stress Dan sebagainya sehingga kita tak tahu macam mana nak atasi dan nak bantu kawan kita.
Tapi lepas dengar ilmu yang di kongsi Dr Muhaya, hopefully dapat bantu kita. Selain itu dia ada juga kongsi tips- tips parenting yang kita boleh buat kepada anak-anak kita.
Dia kata aura ni ada 3 aspek. Spiritual, hati Dan fizikal. Nak dapat aura positive ketiga-tiga ni mesti di jaga. Kalau kita ni hanya pandai berfashion Tetapi spiritual Dan hati zero, tetap kita tak terpancar aura positive tu.
Apa yang penting sangat aura positive ni? Supaya orang senang dengan kita, Orang buat baik dengan kita, Rezeki senang dapat Dan bermacam-macam lagi benda yang baik.
Kalau hati pula, kita kena bersihkan hati kita. Macam mana? Kita Jangan judge orang. Kita layan semua orang baik-baik kerana mereka ini Makhluk Allah sama macam kita. Zikir selalu kerana ini makanan untuk hati kita dan Rohani kita.
Dan hal ini berkait rapat dengan spiritual, kita set kan dalam otak kita, kita hidup hendak dapatkan keredhaan Dan Rahmat Allah. Kita kena tanam goal kita, kita nak di pengakhiran kita itu SYURGA Allah.
So, of course bila cerita macam ni mesti ada yang kata, “cakap boleh lah Cuba kau duduk tempat aku baru kau tahu rasa”. Faham, aku pun macam ni tadi. Walaupun kita tengok hidup orang itu nampak bahagia, Jangan di sangka tiada ujian besar menimpanya.
Dr Muhaya ada cerita, masa dia nak Tingkatkan 5 nak ambil SPM, 3 bulan sebelum SPM parents dia bercerai. Ayah dia poligami.
Masa tu dia sangat down. Kotak habis, dekat asrama dia menangis tak berhenti Tetapi, dia cepat-cepat fikir rasional. Kalau dia layan kan sedihnya Dan tak fokus belajar, Ibu dia akan Bertambah lagi kecewa kalau dia tak berjaya.
So, nak tak nak dia paksa diri dia fokus belajar, set dalam otak demi Ibunya. Demi maruah Ibu Agar tidak di kecam orang kampung sebab belajar dekat sekolah Tun Fatimah, sekolah pandai.
Masa ayah dia kahwin lain, dia anak pertama yang boleh terima mak tiri dia sebab dia cuba maafkan ayah dia. Dia kata ibarat tangan digigit racun, tak kan kita nak biar kan racun tu merosakkan seluruh badan kita?
Mesti kita cepat-cepat nak buang racun tu. Sama juga dengan dendam Dan kemaafan. Kalau kita tak maafkan, sampai bila-bila kenangan itu akan meracuni diri kita yang akan Menjadikan diri kita seorang yang sangat negative dan toksik.
Part ini aku dah start menangis sebab aku pun memang ada isu dengan parents dan kenalan aku. Aku tak boleh nak maafkan mereka, walaupun tak berdendam tapi memang betul, tetap merasa diri ini terlalu negative, tak tenang Dan stress.
Next, pasal anak dia. Rupanya ada anak dia sorang yang meninggal dunia masa umur 11 tahun tanpa sebab. Cuma collapsed sahaja. Post mortem pun kata tak ada punca.
Masa tu dia memang sedih, yelah anak dah tak ada. Tapi pada masa yang sama dia ingat pesan arwah tok guru Nik Aziz, kita hidup nak khusnul khotimah dan syurga Allah.
So, dia cuba kuatkan diri dia Dan sempat mengatakan pada jenazah anaknya, “Ibu hantar ke syurga ye, nanti jemput Ibu”. Part ni nangis jugak la.
Dalam setiap ujian-ujian yang di lalui, kita kena ingat kat otak kita, kita kena sabar, Syukur dan nak dapatkan redha Allah ja. Kalau kita fokus akhirat, in shaa Allah dunia ini tak ada apa.
Setiap Pagi atau sebelum tidur, kita pandang cermin. Kita kena cakap “(nama), saya sayang awak, saya minyak maaf kalau saya sakit kan hati awak. Saya janji saya akan usahakan untuk tidak menyakiti awak lagi”.
Just keep on ulang-ulang benda tu. Memang first – first tu kekok tapi lama-lama memang jadi. You will be the better version of yourself. Kita nak latih minda tak sedar kita.
Lepas tu apa yang kita nak, tulis dalam buku. Ataupun cakap hari-hari. Walaupun nampak mustahil, tapi Cuba buat ja. In shaa Allah you will be surprised to achieve those things. Sebab Neelofa buat benda yang sama jugak. Look at her now.
Trending hari ini di laman sosial berkenaan siapakah bakal pengganti Perdana Menteri setelah Tun Dr Mahathir dikatakan meletak jawatan.
Malah sejak semalam lagi para pengamal media berkampung di beberapa lokasi untuk mendapatkan cerita sahih.
Dan petang tadi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, memberitahu bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baharu dibentuk.
Walaupun usia Tun Dr Mahathir kini sudah mencapai 95 tahun, tetapi beliau masih lagi sihat, cergas dan berupaya untuk menguruskan sebuah negara berbekalkan pengalaman selama 22 tahun memerintah.
Dan hari ini melihat pada usianya beliau tetap aktif dan cergas menjalankan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.
Jika orang lain pada umur begini, mungkin pergerakan tidak begitu aktif, nyanyuk ataupun hanya duduk sahaja di rumah.
Tetapi perwatakan Tun Dr Mahathir jauh berbeza. Beliau kelihatannya masih punya karisma, cukup sihat, aktif dan mempunyai daya fikiran yang sangat tajam.
Agaknya apa rahsia Tun Mahathir kekal begitu biarpun sudah berada di penghujung usia.
Dalam satu temubual bersama Sinar Harian Online, Tun Dr Mahathir berkata tiada rahsia diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Tiga perkara yang diamalkan adalah tidak merokok, tidak minum arak dan jangan makan terlalu banyak.
Selain itu beliau juga turut menjaga soal pemakanannya. Tun Mahathir juga akan pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut mudah jadi besar.
Selain itu beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan lebih mudah untk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi, katanya.
Tun Dr Mahathir yang turun padang sekali lagi dalam kancah politik selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke empat sebelum ini, turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dulu.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.