Hukum menceraikan isteri ketika hamil adalah harus.
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, talak boleh saja jatuh pada bila-bila masa.
“Cerai ada waktu harus dan haram. Kalau cerai ketika hamil hukumnya harus dan sah talaknya.
“Tiada tempat tidak jatuh talak kecuali ketika gila.
Ads
“Apa saja, sebab itu orang hendak ceraikan isteri ada waktu haram iaitu ketika haid,” katanya ketika diminta mengulas tindakan seorang pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan.
Beliau berkata, bagaimanapun perceraian itu perlu mengikut prosedur dan persetujuan mahkamah syariah.
Ads
“Cerai perlu ada persetujuan mahkamah kalau tidak ikut peraturan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman,” katanya.
Jumaat lalu, kecoh apabila bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini meluahkan perasaannya di media sosial selepas mendedahkan diceraikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.
Bagaimanapun, PU Abu meminta semua pihak memberi ruang untuknya memberi penjelasan berikutan dia juga mempunyai cerita tersendiri di sebalik kemelut rumah tangga mereka.
Sumber kredit: Harian Metro
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Salam takziah buat kak Noor Fadzilah Razak atas pemergian anak syurga beliau, kakak Iman.
Tahun 2018 adalah yang cukup menguji beliau sekeluarga. Baru sahaja kehilangan Bonda tercinta beberapa bulan lepas, hari ini anak syurga beliau pergi buat selama-lamanya.
Anak ini, aku terasa sungguh rapat dan dekat. Banyak kali aku menziarahi mereka dan menghulur bantuan dari Dana Kita.
Salam takziah kak. Tabah dan terus kuat ya!
Kakak Iman ini tempatnya dijamin syurga oleh Allah taala. Jangan risau kak, janji Tuhan janji yang takkan pernah dimungkiri.
Di harap segala ketabahan akak, setiap belaian kasih sayang, setiap kasih yang dicurah itu menjadi asbab akak dan keluarga ditarik tangan oleh Kakak Iman untuk ke syurga juga.
TAK BOLEH ZIARAH KAKAK IMAN LAGI
“Kakak Iman. Cikgu tak boleh ziarah kakak lagi tau. Cikgu tak boleh kucup dahi kakak Iman lagi ya. Cikgu tak boleh urut-urut tangan dan kaki kakak Iman lagi dah lepas pada ini.
Cikgu akan merindui setiap keletah kakak Iman. Cikgu sangat berharap, hubungan kita tidak sekadar di dunia. Kakak Iman beruntung, kakak Iman dah di janji syurga oleh Allah taala.
Jika banyaknya dosa cikgu sehingga berat mizan cikgu ke kiri, kakak Iman tarik tangan cikgu sama ya masuk dalam syurga.
Moga setiap ihsan, kasih dan belaian cikgu itu kakak Iman ingati dan menjadi asbab Tuhan kurniakan syurga juga buat cikgu.
Kakak Iman tunggu cikgu ya! Janji tau akan tarik tangan cikgu sama nanti. Nanti kat sana kakak Iman dah tak sakit. Nanti kita main sama-sama ya!
HANGAT TANGANNYA MASIH TERASA
Gambar ini diambil 3 minggu lepas masa aku ziarah Kakak Iman untuk sampaikan sedikit barang dapur dan sumbangan buat keluarganya.
Hangat tangannya masih aku terasa.
Malam ini, aku pergi lagi. Tiada lagi Kakak Iman setia menunggu aku di atas katilnya. Yang ada, cuma katil tidak berpenghuni.
Aku tidak boleh merenung katil ini lama-lama. Sebak menyerang dada. Sebelum ada hujan di wajah, aku cepat-cepat alihkan pandangan ke tempat lain.
Ibunya erat memeluk bantal yang sebelum ini digunakan oleh Kakak Iman setiap hari. Dipeluk erat, dicium acap. Kerinduan itu sungguh sarat!
Kakak Iman pergi 5 hari lepas. Perginya sungguh indah. Hanya di dalam tidur sahaja.
Aku di Sabah saat menerima berita duka ini. Terus sebak datang menyerang dada mengenangkan anak ini yang sering aku ziarahi.
Tangannya selalu aku pegang, kepalanya selalu aku usap, dan dahinya akan aku kucup sebelum beredar.
Semua itu kini tinggal kenangan dan memori yang dalam.
SENTIASA BERSIH DAN WANGI
Setiap kali aku singgah berziarah, badan kakak Iman sentiasa bersih dan wangi. Dipakaikan bedak, dimandikan dan dijaga dengan penuh teliti oleh ibunya.
Kasih ibu ayahnya pada anak ini tidak tergambar kata-kata. Hari raya, kakak Iman turut berbaju baru. Sambutan hari lahir, ada kek dan lilin untuk meraikannya.
Walau kakak Iman tidak pandai meniup api itu, walau kakak Iman tidak pandai berkata-kata, namun dia dijaga dengan penuh rasa cinta.
Dalam sebak, hikmah Tuhan itu jelas tergambar. Anak ini pergi dengan damai dan tenang. Sudah sampai masanya Tuhan panggil kakak Iman pulang.
Andai kata umurnya panjang sehingga 20-30 tahun lagi, dan ibu ayahnya yang dijemput dahulu, siapa akan menjaga Kakak Iman seperti mana ibu dan ayahnya menjaga penuh rasa cinta?
Takkan sama jagaan orang lain berbanding jaga ibu bapa kandung yang sarat dengan kasih dan sayang. Percaturan Tuhan itu kena dan sempurna. Yakinlah kak Ila, abang Azmi dan anak-anak.
Kakak Iman sedang menunggu kita di syurga sana. Menunggu untuk menarik tangan kita bersama.
‘HERET’ CIKGU BERSAMA KE SYURGA
Nanti kakak Iman tolong tarik tangan cikgu sama ya. Cikgu banyak dosa. Tidak seperti kakak Iman yang terpilih terus tanpa hisab untuk ke syurga penuh nikmat.
Jika ada sedikit kasih cikgu yang Kakak Iman pernah rasai, pulangkanlah kembali dengan menanti cikgu di alam sana.
Kat sana Kakak Iman boleh berjalan, bermain, bercakap dan berlari. Sama macam anak-anak lain yang sihat dan sempurna.
Larilah ke arah cikgu laju-laju. Heretlah tangan cikgu kuat-kuat untuk menyertai kakak Iman di syurga abadi.
Janji ya!
Sumber kredit: FB: Mohd Fadli Salleh
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga. Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Imbau dan rasai kembali kasih sayang yang menyatukan perasaan anda dan pasangan selama hidup bersama. Anda dan pasangan juga dapat mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam ikatan perkahwinan anda dan pasangan agar kelemahan yang ada mampu diperbetulkan. Melakukan refleksi bersama dengan pasangan akan menyedarkan anda seberapa jauh hubungan perkahwinan ini bermula.
Usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5, 10 bahkan 20 tahun bukanlah alasan pudarnya api cinta dalam perkahwinan. Justeru pada momen ulang tahun perkahwinan, anda dan pasangan bolehlah merencanakan makan malam romantik mahupun percutian bersama.
Rencanakan aktiviti atau liburan yang sesuai dengan keinginan anda dan pasangan untuk mengisi agenda ulang tahun perkahwinan. Ini sangat bermanfaat untuk ‘menggebukan’ kembali perasaan cinta antara anda dan pasangan.
Penting untuk melakukan refleksi sejenak untuk menyedari betapa berharganya hubungan perkahwinan anda. Ambil juga sedikit masa untuk merangka masa hadapan dan impian anda bersama pasangan untuk masa depan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berpijaklah di bumi yang nyata. Itulah sebenarnya realiti sebuah alam perkahwinan. Apabila sudah hidup bersama maka dari situlah bermulanya kehidupan suami isteri yang sebenar. Kena banyak sabar, baik suami atau isteri.
Ada banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah dari segi kewangan. Maka sebab itulah amat penting perlu wujud persefahaman antara suami isteri tentang soal yang satu ini.
Aduhai adik manis.. tak ada lah terus nak hidup senang.
Mak dulu pun makan nasi dengan telur mata sapi je tau..
kecuali ko kawin tu jutawan itu pilihan ko lah kan..
bak kata orang, siapa banyak duit dia berkuasa..ha ha ha rasa-rasa best tak.. tapi terpaksa la kan sebab nak hidup senang..
setiap perkahwinan tu ada pakej dia.. kawin dengan yang kaya begini kawin dengan yang sederhana begini..
tak ada perkahwinan tu semudah yang kau tengok kat drama. tipu je drama tu, jangan ko caya!
Perkahwinan itu ikatan 2 jiwa saling cuba memahami, bukan ko je nak memang.
Pastu si isteri boleh tak jangan nak jadi ratu lah sangat. ko sendiri kena bijak urus anak-anak, kau sendiri tentukan ke manakah arah keluarga ko.
jangan nak harap kat suami lah sangat!
Walaupun dia PM, bila balik umah mesti Tun Hasmah lebih berkuasa!
#makbawang
Apabila dapat berkongsi pahit manis bersama barulah masing-masing dapat merasai erti sebenar kehidupan berumah tangga,
Sumber kredit: FB: Zamara Buang
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.