Walaupun apa tujuan mereka menyebarkan video sebegitu, segeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Murtad dan hendaklah bertaubat, jika percaya Nabi Muhammad adalah Allah. Begitulah penjelasan Mufti Pulau Pinang ekoran viral beberapa video di media sosial sehari, dua ini.

Video yang memaparkan sekumpulan orang dilihat menggunakan skrip yang sama iaitu mengatakan Nabi Muhammajd saw adalah Allah.

Entah apa tujuan sebenar, video ini dimuatnaik untuk tontotan semua. Tapi perkara yang merisaukan adalah perkara ini akan merosakkan akidah dan juga membuatkan anak-anak muda yang kurang pengetahuan agama terpesong.

Artikel Berkaitan:

Viral Pernikahan Beza Agama, Ustaz Abdul Somad Jelaskan Ia Adalah Perbuatan Zina

Murtad & Hendaklah Bertaubat

Memetik laporan Harian Metro, mana-mana umat Islam yang percaya Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT dianggap murtad dan hendaklah bertaubat.

Dalam masa yang sama, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan bahawa individu itu juga boleh dijatuhi hukuman bunuh menurut syariat Islam.

“Tidak diragui lagi bahawa kepercayaan itu adalah satu lagi ajaran sesat yang perlu diluruskan serta dibendung supaya tidak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

IKLAN

“Sesiapa yang percaya bahawa Nabi Muhammad adalah Allah SWT, sesungguhnya dia sudah terkeluar daripada agama Islam dan menjadi murtad yang boleh dijatuhi hukuman bunuh menurut syariat Islam,” katanya.

Jika Percaya Nabi Muhammad

Beliau mengulas mengenai video tular menunjukkan beberapa individu mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah.

Tambah Wan Salim, dalam ajaran Islam jelas menyebut Nabi Muhammad adalah Rasul yang diutuskan Allah bagi menyampai agama-Nya kepada seluruh manusia.

Katanya, ulama juga sudah ijmak (sepakat) bahawa Rasulullah adalah sebaik-baik makhluk dan pembawa rahmat untuk seluruh alam.

IKLAN

“Hakikat ini difahami daripada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang sahih disertai dengan huraian oleh ulamak muktabar.

“Bagaimanapun kelebihan Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Sayyidul khalqi’ atau sebaik-baik makhluk ini tidak harus membawa kepada kepercayaan yang melampau sehingga ke tahap pemujaan seperti mempertuhankan Baginda,” katanya lagi.

Adalah Allah

Sehubungan itu, Wan Salim menggesa pihak berkuasa agama Persekutuan mahupun negeri menyiasat segera dan mengenal pasti individu yang tular serta meminta mereka bertaubat.

“Sekiranya berdegil, mereka perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

IKLAN

Baca Di Sini:

Ulang Dosa Selepas Bertaubat Ibarat Persendakan Allah. Awas!

Segeralah Bertaubat! Hanya Orang Beriman ‘Mampu’ Rasa Berdosa Dan Ingin Bertaubat

Kashoorga: Walaupun apa tujuan mereka menyebarkan video sebegitu, segeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI