Nak kahwin tapi duit tak cukup lagi. Alahai. Susah juga ya. Tidak dapat dinafikan antara halangan utama untuk mendirikan rumah tangga ialah masalah kewangan. Oleh itu jika merancang untuk mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik jika tabungan dimulakan seawal mungkin. Ia bagi memudahkan anda untuk merancang majlis perkahwinan serta menyusun kehidupan selepas berumah tangga.
Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan.
Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran. Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti.
Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana? Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan.
Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan. Bakal suami saya ada juga saving setiap bulan. Tapi sikitlah. Sebab komitmen dia tinggi.
Kami pun silap juga sebab tak rancang kewangan awal-awal lagi. Itu sahaja soalan saya. Just minta pendapat En HF. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati En HF sekeluarga. – Cik NH
NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.
➖➖➖➖➖➖
Ads
1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
Ads
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
Ads
11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF
Pengalaman kali pertama duduk di atas tilam kecil untuk akad nikah memang dikatakan sebagai momen mendebarkan jiwa. Berdebar menghadap Tok Kadi dan wali pengantin perempuan satu hal. Tambah berdebar apabila ramainya manusia yang duduk menyaksikan momen akad nikah itu. Semua mata bertumpu pada anda sebagai pengantin lelaki.
Degupan jantung jadi laju. Dahi berpeluh. Kalau tak kena gaya, berkali-kali lafaz akad nikah disuruh ulang supaya sebutannya jelas.
Justeru untuk menghilangkan kegugupan, boleh cuba tip ini:
1) Banyakkan Latihan
Lafaz akad nikah sudah diketahui apa yang bakal disebut nanti. Jadi cuba buat latihan dengan orang terdekat misalnya adik atau abang. Ulang berkali-kali sehingga anda fasih akan susunan ayatnya.
2) Buat Persedian Rapi
Sebelum bersalam dan goncang tangan untuk lafaz akad nikah, selalunya jurunikah akan meminta pengantin memberikan dokumen kebenaran nikah termasuklah kad pengenalan. Siap-siapkan segala dokumen yang diperlukan dengan rapi dan letak di tempat yang mudah untuk anda ambil. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menambah kegugupan anda. Kalau takde penyakit cepat gugup tak apa juga.
3) Betulkan Mind Set
Apabila rasa gugup datang, memang boleh berpeluh dibuatnya. Sediakan tuala kecil untuk mengelap peluh. Positifkan pemikiran dan diri anda. Anggap ini hanya satu hal yang simple sahaja. Bukannya susah. Kalau anda fikir ianya mudah, maka mudahlah jadinya. Betulkan mind set anda.
4) Tenang
Jangan kelam-kabut. Sila tenangkan diri anda. Jika perlu, sediakan sebotol air mineral untuk anda teguk sesekali sementara menunggu jurunikah dan memulakan proses akad nikah.
5) Jaga Pernafasan
Perasaan gemuruh sangat berkait rapat dengan cara anda bernafas. Darah gemuruh menyebabkan nafas menjadi pendek-pendek dan laju. Rileks bro. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Ini membantu melegakan perasaan.
6) Pakai singlet atau kemeja-T nipis di dalam
Baju pengantin selalunya dibuat daripada fabrik yang tidak serap peluh. Justeru usah lupa menyarung singlet atau kemeja-T nipis di dalam baju pengantin untuk menyerap peluh. Pakaian selesa membantu anda lebih tenang.
7) Jangan Banyak Bergerak
Sebagai pengantin lelaki yang bakal diberi 100 peratus tumpuan ketika akad nikah nanti, memang gemuruh tak dapat dielakkan. Tolong jangan banyak bergerak. Anda ada ramai saudara mara yang boleh membantu melancarkan majlis. Tolong beri tumpuan pada proses akad nikah. Jangan bergerak ke sana sini. Duduk setempat dan fokus. Insya-Allah gemuruh hilang.
8) Semangat!
Walaupun gugup dan gemuruh, semangat perlu ada. Jangan sesekali menjadi begitu takut sehingga menjejaskan emosi. Hei, tak seronok ke nak jadi suami? Jadi, tolong semangat ya.
9) Minum air secukupnya
Air mineral perlu jadi teman baik anda ketika ini. Teguk sesekali jika terasa tekak kering kerana perasaan gugup itu datang.
10) Pastikan Cukup Tidur
Pastikan anda dapat rehat sepenuhnya pada hari sebelum majlis pernikahan. Tidur yang cukup membantu tubuh mendapat stamina dan emosi lebih stabil. Jadi, mudahlah untuk anda melawan rasa gugup pada majlis akad nikah nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syukur kepada Allah kerana umur kita disampaikan kepada bulan Syawal. Setelah satu bulan penuh mendekatkan diri kepada Allah SWT, semoga semangat ibadah kita di bulan Syawal ini tidak menurun. Yang fardu dan yang sunah tetap dikerjakan.
Umum mengetahui sunnahnya puasa enam hari di bulan syawal. Walau bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa berkahwin di bulan Syawal juga merupakan amalan sunnah. Pada dasarnya perkahwinan tidak terikat dengan waktu tertentu. Bila-bila sahaja boleh berkahwin, hari apapun dan bulan apapun seseorang boleh berkahwin. Sebab dalam aqidah Islam tidak ada yang namanya hari dan bulan buruk, hari dan bulan sial untuk sebuah perkahwinan. Semua waktu adalah baik.
Adakah Berkahwin Pada Bulan Itu Sunnah Yang Dianjurkan?
1. Ramai yang beranggapan bahawa bernikah pada bulan Syawal merupakan tuntutan sunnah dan ajuran syarak berdasarkan hadis berikut:
قالت عائشة: «تزوَّجني رسول الله صلى الله عليه وسلم في شوال، وبنى بي في شوال، فأيُّ نساءِ رسولِ الله صلى الله عليه وسلم كان أحظى عندهُ منِّي؟»، قال: «وكانت عائشةُ رضي الله عنها تستحبُّ أن تُدخلَ نساءَها في شوالٍ».
Kata ‘Aisyah RA: “Rasulullah SAW menikahiku di bulan Syawal, dan mengadakan malam pertama denganku di bulan Syawal. Isteri manakah yang lebih mendapat perhatian baginda selain dariku?”.
Salah seorang perawi mengatakan: “Aisyah menyukai jika suami melakukan malam pertama di bulan Syawal” [riwayat Muslim].
2. Hakikatnya jika kita melihat teks hadis, tiada tuntutan khas dari Rasulullah SAW sendiri untuk membina rumah tangga pada bulan Syawal mahupun mana-mana bulan lain.
Dalam hadis tersebut, ‘Aisyah RA hanya menceritakan tentang waktu pernikahannya dengan baginda sahaja dan menyukai wanita lain berkahwin pada bulan yang sama beliau dikahwini baginda kerana karakternya yang begitu berbangga akan hubungan eratnya dengan suami tercinta.
3. Sekiranya hanya kerana kelangsungan perkahwinan baginda dengan ‘Aisyah RA pada bulan Syawal boleh dihukum sunnah, nescaya kita perlu mensunnahkan juga perkahwinan pada bulan-bulan lain, kerana perkahwinan baginda dengan para isterinya yang lain tidak terhad pada bulan Syawal semata, bahkan pelbagai bulan lain mengikut persefahaman dan keadaan.
Ada isteri baginda yang dikahwini pada bulan Muharram, Sya’ban dan Dzul Qe’dah.
4. Jika kita melihat konteks hadis pula, masyarakat arab pasca Jahiliyyah dahulu sememangnya dipenuhi unsur khurafat dalam kepercayaan mereka, sehingga mereka tidak menggemari perkahwinan pada bulan Syawal kerana dianggap membawa sial.
Justeru Rasulullah SAW mahu memecahkan tradisi karut ini dengan berkahwin pada bulan Syawal.
5. Maka yang sunnah itu ialah berkahwin di kala sudah memiliki kemampuan, sedangkan berkahwin pada bulan Syawal itu menjadi sunnah jika masih ada di kalangan masyarakat setempat yang memiliki kepercayaan seperti masyarakat Jahiliyyah dahulu.
Dalam erti kata lain, berkahwin pada mana-mana bulan yang dianggap memiliki kepercayaan mengarut oleh masyarakat setempat merupakan anjuran sunnah demi meluruskan tauhid masyarakat.
Jika tiada, maka tiadalah signifikannya.
Anda mungkin sahaja sudah berkahwin dan telah melewati bulan madu yang menyenangkan di awal-awal perkahwinan dahulu. Namun ini bukan bererti berbulan madu tidak ‘diperlukan’ lagi. Seiring dengan tahun-tahun perkahwinan, ramai pasangan yang hanya melewati perkahwinan hanya dengan rutin yang membosankan. Keadaan sebegitulah yang membuatkan bulan madu penting untuk dilakukan. Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh setiap pasangan dengan merencanakan bulan madu.
Berikut perkongsian Raimi al-Banjari tentang bulan madunya yang tertangguh.
HONEYMOON YANG TERTANGGUH
Seingat saya, belum ada official honeymoon semenjak kami berkahwin. Berjalan berdua tu adalah dekat PD dan lain-lain tempat. Lepas kahwin, terpaksa berjauhan dengan isteri. PJJ. Tempoh masa yang perit dan memeritkan.
Kami masih dengan cara lama, ortodoks barangkali, dengan tidak berjalan ke mana-mana selepas bernikah. Hanya ada kesempatan ziarah ke rumah sanak-saudara kedua-dua belah. Itulah paling utama, memandangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
Tatkala melihat teman-teman lain sudah terbang ke seberang bagi honeymoon masing-masing, untuk dibius cinta. Cemburu tu boleh tahan jugak lah ?
Lepas isteri habis belajar, isteri sarat mengandung. Saya berhenti kerja dan menggunakan simpanan yang ada untuk mula berbisnes. Kami mula dengan 0. Makan bercatu. Cuba sedaya upaya berjimat cermat di sini dan sana. Pakai apa adanya. Makan apa yang termampu. Pergerakan di tahap minima. Simpanan kewangan makin menipis.
Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Alhamdulillah. Datangnya Adam Soleh membuka pintu rezeki kami sekeluarga seluasnya.
Pepatah Arab ada mengatakan,
“Barangsiapa tidak merasa, ia tidak akan tahu”
Syukur isteri saya sangat memahami. Beberapa kali tertangguh nak berjalan. Keutamaan diberikan pada perbelanjaan keluarga. Merasa susah di awal perkahwinan adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan. Letih dan lelah menahan emosi dan ego. Peritnya Allah sahaja yang tahu. Kami sedar kami tidak keseorangan. Ramai juga pasangan lain merasa susah pada awal perkahwinan. Ia adalah nikmat yang singkat tapi padat. Terima apa adanya. Bersyukurlah apa yang kita ada, sebelum menangis bila dah tiada.
Isteri kita, menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Isteri kita, menerima kita saat kita tiada apa-apa. Isteri kita, selalu disisi saat tiada siapa mengenali kita. Isteri kita bangga dengan kita walau kita tiada nama. Isteri kita sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Selamat Berbulan Madu Wahai Bidadari Hatiku.
Semoga redha Allah bersama kita Insyaallah.
Suami yang hina dan dina untuk wanita yang mulia seperti kamu.
Fenomena penyusutan air di Laut Galilee atau lebih tepat disebut sebagai Tasik Tabariyyah bukan sekadar isu alam sekitar biasa.Bagi umat Islam yang memahami ilmu...