Kalau dahan pokok jiran kita masuk ke sempadan rumah kita adakah boleh kita kerat sebab daun yang jatuh banyak jadi kena sapu hari-hari?
Gambar sekadar hiasan.
JAWAPAN :
Hukum berkenaan dahan atau ranting pokok kepunyaan jiran yang masuk ke dalam kawasan rumah kita ada disebut seperti berikut :
Tersebut pada kitab Bughyah Mustarsyidin :
ولوانتشر اغصان شجرة او غروقها الي هواء ملك الجار اخبر صاحبها علي تحويلها فان لم يفعل فللجار تحويلها ثم قطعها ولو بلا اذن حاكم
Ads
Ertinya : “Dan jika tumbuh dahan-dahan pokok atau tumbuh cabang-cabangnya ke udara milik jirannya hendaklah dia beritahu kepada pemilik pokok itu supaya dialihkannya.
Maka jika pemiliknya tidak mengalihnya maka harus bagi jiran itu mengalihnya kemudian harus ia memotongnya sekalipun tanpa kebenaran hakim.”
Berkata Imam Nawawi :
Ads
اذا خرجت اغصان الشجر الي هواء مالك الجار فللجار ان يطالبها بازالتها فان لم يفعل فله تحويلها عن ملكه فان لم يستطع تحويلها فله قطعها
Ertinya : “Apabila keluar oleh ranting pokok kepada ruang udara milik jiran maka harus bagi jiran itu menuntut pemilik pokok itu menghilangkannya. Maka jika pemiliknya tidak melakukannya maka harus bagi jiran itu mengalihnya dari sempadannya. Maka jika tidak mampu mengalihnya maka harus baginya memotong ranting itu.” (Al-Majmu’)
Jika dahan atau ranting pokok jiran tumbuh masuk ke ruang tanahnya samada di atas tanah atau di ruang udara maka jika mahu dia boleh menyuruh tuan pokok mengalih dahan dan ranting itu keluar dari kawasannya. Jika tuan pokok tidak mengalihnya maka harus bagi tuan tanah mengalihnya seperti ditarik ranting tersebut masuk ke dalam kawasan tuan pokok itu semula.
Jika tidak mampu mengalihnya kerana besarnya maka harus tuan tanah memotong dahan dan ranting tersebut sekalipun tidak dipersetujui oleh tuan pokok.
wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru ini media sosial hangat memperkatakan kes pertukaran melihatkan sepasang kembar iaitu Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, “kembarnya” Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20. Kesemuanya hanya menyedari selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tahun lalu.
Ternyata mereka merupakan kembar terpisah akibat kecuaian pihak hospital dan lebih memeritkan bapa kepada Norathirah iaitu Husin meninggal dunia selepas terkesan dengan keputusan tersebut.
Dalam ramai memperkatakan kaedah DNA ini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Fatwa Di Bawah Seksyen 47 merumuskan DNA dibenarkan untuk menentukan nasab anak dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya.
“Namun DNA tidak boleh digunakan untuk menentukan status nasab anak apatah lagi digunakannya mendahului kaedah li’an kerana kaedah li’an telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Berikut adalah fatwa dikeluarkan oleh negeri Selangor mengenai kaedah penentuan nasab ini Bertarikh 17 Julai 2014.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SESKYEN 47 MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.
FATWA MENGGUNAKAN DNA UNTUK MENENTUKAN STATUS NASAB ANAK.
1. DNA dibenarkan untuk menentukan nasab anak dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya.
2. DNA tidak boleh digunakan untuk menentukan status nasab anak apatah lagi digunakannya mendahului kaedah li’an kerana kaedah li’an telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
3. Tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan li’an bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian selepas tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.
4. Garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA tidak boleh dijadikan bukti utama. Sumber : Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
Kepada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Tragedi menyayat hati melibatkan seorang ibu dan lapan anak-anak yang masih kecil maut dirempuh sebuah lori trelar di melibatkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam dalam kejadian hujan lebat malam tadi cukup meruntun jiwa rakyat Malaysia.
Ini kerana kesemua sembilan ahli keluarga ini maut dirempuh lori terbabit selepas kenderaan mereka rosak di tepi lebuhraya berkenaan termasuk seorang individu lain turut menjadi mangsa kejadian.
Dalam pada itu, seorang pengguna lebuhraya berkenaan yang dikenali sebagai Syed Mohamad Al Syahab yang melalui lebuhraya berkenaan sejurus selepas kemalangan ngeri itu berlaku berkongsi bagaimana menggigil tubuhnya menyaksikan banyak mayat terperesuk di bawah trelar berkenaan.
Kemalangan maut ini meragut nyawa 9 beranak sekaligus dan cukup menyayat hatiBomba menggunakan peralatan khas memotong kenderaan kerana kesemua mangsa terperangkap di bawah treler ini
Ini antara perkongsiannya.
Isteri bersama tujuh orang anak meninggal dalam kereta. Kalau kereta rosak, jangan duduk dalam kereta, bahaya. Kongsinya.
Jelas Syed Mohamad, kebetulan malam semalam dia melalui kawasan tragedi. Kemalangan baru berlaku dalam pukul 11.30 malam tadi. Kereta dirempuh lori pasir DI LALUAN KECEMASAN.
“Saya pun berhenti turun nak bantu. Nampak satu orang dah meninggal di bahu jalan. Lepas tu ada perempuan atas jalan, cedera ringan. Abang pergi dekat lori besar nie nampak ada kereta kat bawah dia. Abang tak nampak orang dalam kereta dah hancur. Datang seorang abang ini menangis.
“Abang, tolong abang. Anak dengan isteri 7 orang ada ada bawah kereta ini bang,” katanya.
“Langsung lembik lutut saya dengar. Saya peluk abang tu, saya cakap sabar bang, sabar bang. Sedih sangat-sangat. Saya pujuk abang tu dan perlahan-lahan minta dia duduk tepi. Tenang dan berselawat.
“Namun dirinya tetap bersedih. Dia asyik ulang-ulang cakap anak dan isteri saya abang. Anak dan isteri saya. Jujurnya saya memang tak kuat dah. Saya tanya budak-budak lain yang ada di sekeliling tu, kata mereka dah panggil ambulan, polis dan bomba dah,” kata Syed Mohamad yang terus menambah, selepas dirinya menutup satu dari jenazah yang berada di tepi pembahagian jalan itu, dirinya terus menuju kereta kerana tidak kuat menyaksikan peristiwa amat sedih ini.
“Perasaan saya ketika itu sedih campur marah. Bercampur baur sangat-sangat. Semoga Allah beri kekuatan buat abang yang diuji itu. Sungguh berat ujian di hadapinya.
Tambahnya lagi, pemandu trelar berkenaan ada membawa dua orang anak dan isteri dalam kenderaannya. Malah dia sendiri takut dengan kejadian yang baru menimpa itu.
“Saya suruh dia ambil anak-anaknya duduk di tepi jalan. Entahlah, rasa geram pun ada. Difahamkan ada seorang makenik yang meninggal dari dua orang yang datang baiki kenderaan rosak tu. Meninggal ketika membuat kerja kebajikan, insya Allah khusnul khotimah.
Ini antara kenderaan terlibat dan remuk selepas dirempuh treler berkenaanKemalangan ngeri ini melibatkan empat kenderaan lain di saat dalam keadaan negara dilanda hujan semalam semalamSebahagian kenderaan yang rosak
Semoga Allah tempatkan roh mereka di kalangan orang-orang beriman,” katanya yang mengakui kali ini kakinya lembik menyaksikan kemalangan ngeri ini. Pertamanya satu keluarga dengan anak-anak yang masih kecil meninggal dunia. Habis semuanya dalam sekelip mata.
Tulisnya lagi, jangan lupakan doa berangkat memulakan perjalanan. Mudah-mudahan Allah lindung kita semua. Aamiin humma aamiin.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.
Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.
“Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.
“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.
“Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Menurut Norazam, operasi ditamatkan pada 2.40 pagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...