Sedang kita diarahkan untuk kuarantin dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di rumah, tetapi dalam masa sama barisan hadapan kita iaitu petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus bekerja menyelamatkan nyawa mangsa virus COVID-19 ini.

Betapa mereka terpaksa meninggalkan keluarga, tidak mengenal penat, mengetepikan seketika soal ibadah semata-mata rasa tanggungjawab lebih besar kepada negara.

“Paling Tak Tahan Bila Nikmat Solat Pada Waktunya Ditarik. Tiap Hari Tengok Sakarul Maut, Tapi….” Sayunya Permintaan Frontliner Ini
Sumber: Facebook KKM

Dalam satu posting di laman sosial oleh salah seorag pengguna di laman sosial Facebook  Nadiya Ali berkongsi luahan hatinya yang bertugas di hospital.

Menurutnya mereka memang sangat penat, tidak sempat bersolat dan menunaikannya kewajipan ini secara solat jamak.

Bukan itu sahaja, menurutnya makan pun tidak sempat, ada juga antaranya tidak sempat menukar pad dan hanya perasan bocor bila menukar baju.

Dan apabila balik rumah pula risau jika dapat merawat pesakit yang positif.  Tanpa sedar secara tidak sedar air mata mereka mengalir.

IKLAN

Malah mereka juga setiap hari melihat sakaratul maut menyebabkan hero kita yang juga   barisan ‘frontliner’ ini merasa takut.

“Paling Tak Tahan Bila Nikmat Solat Pada Waktunya Ditarik. Tiap Hari Tengok Sakarul Maut, Tapi….” Sayunya Permintaan Frontliner Ini
Sumber: Facebook KKM

Jauh di sudut hati mereka mahu solat memohon kepada Allah sebagai hambaNya tetapi keadaan tidak mengizinkan buat masa ini.

Jadi dia sempat memberi ingatan kepada semua rakyat Malaysia agar jangan bersikap degil, tidak perlu keluar berjalan-jalan dan dia berkata akan mengadu di akhirat kelak jika kes menjadi semakin teruk.

IKLAN

Ini kerana sebab manusia yang degil ini, mereka tidak dapat menikmati nikmat solat pada waktunya.

Dan kepada yang bersatu bersama-sama prihatin dengan saranan kerajaan untuk duduk rumah saja, mereka ucapkan terima kasih dan semoga kita semua terlindung dari wabak bahaya ini.

Dan apa yang diharapkan di hujung luahannya semoga kita semua sama-sama dapat bermarathon menunaikan ibadah sepanjang bulan puasa nanti.

IKLAN

“Paling Tak Tahan Bila Nikmat Solat Pada Waktunya Ditarik. Tiap Hari Tengok Sakarul Maut, Tapi….” Sayunya Permintaan Frontliner Ini

Kami yang jaga corona2 ni penat sgt. Xsempat solat(terpaksa solat jamak),makan, tukar pad- sampai xsedar bocor, bila nak tukar baju baru perasan. Balik lambat 1-2 jam tu semestinya, sbb ada byk bnda utk diselesaikan. Bila balik risau, kut2 dapat pesakit positif. Air mata mengalir xtentu masa. Xfikir pun pasal corona, tiba2 automatik keluar air mata. Taktau kenapa, mungkin burn out. Mungkin la. Tapi yg saya tak tahan adalah bila rasa nikmat ibadah ditarik. Nikmat solat pada waktunya ditarik. Mmg boleh jamak. Tp tetap rasa lain. Kami byk kali tgk seksanya sakratul maut. Kami takut. Kami nak solat. Kami nak memohon kepada Allah, kami nak laksanakan tugas hamba. Tapi bila jadi macam ni, susah. Sblm ni kerja kat dlm kecemasan mmg ada je waktu solat yg xsempat dikejar. Tp bila ada covid ni, makin teruk. So pada rakyat Malaysia yang degil, rs xpe utk keluar jalan2, kalau kes covid makin teruk selepas 31/3, kat akhirat nnt sy akn mengadu pada Allah. Sbb korang, kami xdpt nikmat solat pada waktunya. Pada yg bersatu memberi kerjasama pada kerajaan, terima kasih. Moga kita semua terlindung dari wabak ini. Dan semoga kita dapat maraton ibadah di bulan Ramadhan nanti bersama2.

 

“Paling Tak Tahan Bila Nikmat Solat Pada Waktunya Ditarik. Tiap Hari Tengok Sakarul Maut, Tapi….” Sayunya Permintaan Frontliner Ini

Posting ini turut mendapat respon dari warganet apabila mendapat lebih 100K butang like dan lebih 37K menekan share. Mereka turut turut mendoakan barisan frontliner sentiasa dalam lindungan Allah.

Faiz Faizah Wahab Semoga allah memberi ganjaran yg sebaik2 nye…aamiin.

Ell Ell InsyaAllah…Kami sntsa doakan petugas kesehatan dilindungi Allah subhana WTA…Dan juga semuga semuga in cepat berlalu..aminnnn

Denila Sya Aamiin, ini betul, semoga Allah akan membalas semua jasa bakti kamu penjawat awam KKM, harap kerajaan peka Dan perihatin kepada anggota KKM,dari segi kebajikan

Zainani Hassan Semoga dipermdhkn urusan team di barisan hadapan… Ya Allah Lindungilah mereka…

Mohd Azidi Khairani Selamat bertugas kpd sume staf KKM dan front liner yg sdg #fight dgn COVID-19.Semoga dilindungi & dirahmati Allah selalu…

Nany Nor Kita sama2 berdoa semoga pertugas dilindungi Allah subhana WTA.dan kita sebagai rakyat kenalah ikut perintah menteri dan agong supaya dok di rumah.

Anisah Rosli Aamiin Ya Rabballalaamiin dan selamat menjalankan tugas. Semoga Allah SWT melindungi kelian semua dari dijangkiti olih wabak ini. In Syaa Allah

ARTIKEL BERKAITAN: “Wajah Tampak Penat, Tapi Beliaulah Hero Kita”

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI