‘Suka bersedekah, anak yang taat dan penyayang.’ Kematian pelumba drag kehilangan besar buat keluarga. Malah turut dirasai kenalan terdekat.
Anak yang baik dan taat tentu saja membuatkan kedua ibu, bapa terasa berat untuk menerima takdir ini. Namun sebagai hamba-Nya, seharusnya kita redha dengan setiap Ketentuan Allah SWT.
Pelumba drag, Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi, 22, disifatkan sebagai seorang penyayang, taat pada ibu bapa selain suka bersedekah kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakannya yang baru sahaja dikenali.
Menurut kakak allahyarham, Noor Amalia, 27, sikap berkeras Muhammad Hattem yang bersungguh-sungguh mahu memberikan memberi wang tunai RM1,500 kepadanya untuk membeli hadiah sempena hari lahirnya dan ibu, Munirah Ahmad, 58 pada Julai lalu antara kenangan terakhir bersama adik bongsunya itu.
Di samping itu, jelas Noor Amalia, pada 26 Ogos lalu, Allahyarham mahu membelikan hadiah sempena hari lahir ibu mereka pada 20 Julai dan hari lahirnya pada 13 Julai lalu.
Ads
Anak Yang Taat & Penyayang
“Tarikh lahir kami bertiga kebetulan jatuh pada bulan Julai dan tarikh lahir Hattem pada 22 Julai. Dia kata ambil lah (duit) nanti aku tidak sempat bagi.
“Saya tidak sangka niat baiknya itu membawa petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Malah tambahnya lagi, pada awalnya Allahyarham mahu membuat kejutan untuk membeli cincin emas kepada ibu dan dirinya namun gagal selepas pekerja kedai emas menghubunginya bagi mendapatkan saiz cincin.
Kematian Pelumba Drag
“Dia kalau keluar jumpa kawan-kawan bawa mama. Sesetengah orang malu nak lepak dengan kawan bawa ibu tapi dia tidak. Sebab itu semua kawan-kawan arwah kenal mama,” ujarnya.
Terdahulu, jenazah pelumba drag itu yang meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Star, Kedah.
Ads
Pemergian pelumba yang mewakili pasukan ESR Motor itu bukan sahaja dirasai ahli keluarga malah rakan dan kenalan apabila ribuan hadir mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.
Difahamkan, kira-kira 3,000 sahabat serta peminat menziarahi termasuk mengiringi pengebumian Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang di sini sejauh 250 meter.
Jenazah disembahyangkan di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang pada jam 12 tengah hari pada Selasa.
Kehilangan Besar Buat Keluarga
Menurut Noor Amalia, dia paling rapat dengan Allahyarham dan kehilangannya secara tiba-tiba sangat memberikan kesan, namun dia reda dengan apa yang berlaku.
“Arwah juga seorang yang tidak pernah melawan cakap ibu ayah mahupun abang dan kakak-kakaknya. Bila kita marah dia memang akan diam. Memang kami rasa bagaikan mimpi dan terasa dengan kehilangannya.
Ads
“Paling ketara, anak buah kami, Qaliff Mikael Mohd Fuzairie, 9, yang terlalu rapat dengan arwah kerana sebelum ini sentiasa bersamanya. Dia sering menangis apabila melihat gambar Hateem yang dipanggil ‘Achu’,” ujarnya lagi.
‘Waktu nak gunalah, barang hilang.’ Amalkan doa ini, jangan biarkan waktu solat teringat-ingat di mana kita letak barang yang hilang tersebut. Sebelum solat, puas mencari tak jumpa, time solatlah nak ingat segalanya.
Hilang barang sememangnya buat hari gundah dan tak tenteram, apatah lagi barang yang mempunyai ‘sentimental value’ atau dihadiahkan insan istimewa.
Di sini Ustazah Asma’ Harun kongsikan doa yang boleh kita amalkan apabila menemui jalan buntu bila barang yang dicari tak jumpa.
Kita mesti gelisah ketika ada barang hilang, lagi-lagi barang yang disayangi seperti haiwan peliharaan, barang berharga, barang keperluan, dan lain-lain.
Kerap kali barang itu hilang saat kita benar-benar perlukan, kemudian waktu sedang solatlah asyik teringat mungkin ia di sekian-sekian tempat.
Amalkan Doa Ini
Sebenarnya dalam Islam alim ulama ada mengajarkan satu doa khusus jika ada kehilangan barang.
Antara doa yang boleh dipanjatkan agar Allah menemukan kita dengan barang yang hilang adalah seperti yang disebutkan dalam kitab Maslakul Akhyar fil Ad‘iyah wal Azkar, menurut Sayyid Utsman bin Abdullah:
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang mengumpulkan sekalian orang di hari yang tiada syaknya lagi padanya. Kumpulkanlah antara aku dan barangku yang hilang, kumpulkan dengan kebajikan dan ‘afiyah.”
Jangan Biarkan Waktu Solat Teringat-Ingat
Selain itu boleh berdoa banyakkan menyebut nama Allah ya Wajid yang Maha Menemukan agar Allah memberi kemudahan untuk menemukan barang yang hilang.
Semoga kita dapat beramal dengan doa ini dan menjadi insan yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT.
Siapa tidak mengenali jutawan kosmetik Datuk Seri Vida. Bukan sahaja terkenal dengan sifatnya yang peramah dan kelakar, tetapi juga bijak berniaga dalam memperperkembangkan empayar bisnesnya.
Namun, dalam keceriaan sikapnya itu, terselit kisah sedih dan tragis yang tetap terpahat dalam ingatannya sebagai seorang insan bergelar ibu.
Rupanya wanita berjiwa kental ini pernah merasai kehilangan apabila dua anak lelaki kesayangannya, meninggal dunia enam tahun lalu dalam satu kebakaran.
Dalam posting terbarunya, Datuk Seri Vida memberitahu insiden menyayat hati itu berlaku di kediaman pekerjanya yang mengakibatkan dua anak lelaki kesayangannya itu meninggal dunia dek kerana lemas terhidu asap tebal.
Dua anak syurganya itu Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin dan Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, masing berusia 10 dan 11 tahun ketika kemalangan berlaku hingga menyebabkan nyawa mereka terkorban.
Dua anak lelaki DS Vida yang terkorban.
Nukilan seorang ibu yang betapa merindui anak syurga ini yang tak terbakar tetapi lemas kerana asap. Keduanya ditemui terbaring kaku berpelukan dalam tandas.
Walaupun sedih, tetapi Datuk Seri Vida reda dengan ketentuan Illahi. Malah menganggap yang berlaku sebagai sahamnya di akhirat kerana mempunyai dua anak yang menunggunya di syurga nanti.
AL FATIHAH KEPADA 2 PUTERA SY.. YANG SENTIASA SAYA RINDUI…
LATELY SANGAT TERKENANGKAN MEREKA..
KALAU MASAIH ADA DI DUNIA NI.. ABANG EDDIE UMUR 17 ADIK EDRIE UMUR 16.
Dah 6 tahun mereka pergi.. Dalam tragedi Kebakaran rumah staff saya.. Bulan Ramadan.. Mrk tak terbakar..lemas asap.. Berbaring kaku berpelukan dalam tandas.. Bawah sinki..lemas Asap
Masa tu..nyawa saya juga terasa dihujung tanduk.. Terkejut..sedih..sampai ke akhir saya tak tengok wajah mereka dalam kain kapan..tak bole..cukuplah..memori bersama mrk masa masih hidup..pakai baju baru..baju raya..
KALAULAH MRK MASIH HIDUP DAH BOLE TOLONG MAMA NIAGA..
MASA TULIS CAPTIONS NI.. TEKAK RASA CEKIK. TERLALU SAYU..
TANPA SEDAR..AIR MATA MELELEH..
SAHAM MAMA DI AKHIRAT.. TUNGGU MAMA DI SYUGA TERTINGGI YE SAYANG..SEPERTI YG SELALUI DIDOAKAN.
BETAPA BERTUAHNYA KELIARGA YG PUNYA SEMUA AHLI KELUARGA DI DUNIA NI..
Beberapa hari ini, tercetus di media massa perihal majlis perkahwinan Illi Najwa Saddique bersama suaminya yang juga ketua pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar. Majlis dibuat berdasarkan adat agama Punjabi itu menjadi isu kerana ramai mengjatuhkan “hukuman”biarpun tidak mendengar penjelasan tepat dari Illi Najwa sendiri yang belum lagi kembali ke tanahair.
Ternyata apa yang terjadi mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat berita yang bertebaran di media berkaitan seorang wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan yang tidak berdasarkan Hukum Syara’ di India.
Justeru itu Sultan Ibrahim yang juga Ketua Agama Islam Negeri Johor menitahkan agar semua usaha yang perlu dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut.
Ini kerana Baginda mahu sentiasa memastikan kehidupan rakyat Johor dan yang berasal dari negeri ini akan dipayungi peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi dan tiang seri kepada kehidupan di negeri ini.
Masa yang sama, Sultan Johor juga meminta agar semua pihak agar tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam berita yang disebarkan. Jelas Baginda lagi, apa jua berita yang kita terima berkaitan dengan silaturahim sesama umat Islam perlu diteliti tanpa berprasangka buruk. Kita perlu berlapang dada dan bersangka baik. Masa yang sama, kita juga perlu dan mengambil tindakan meneliti berita berkaitan dari sumber yang pasti dan tepat,”titah Baginda sambil menambah wanita itu sedang melalui proses penghakiman melalui platform media, sedangkan beliau tidak pun setakat ini mengisytiharkan ingin keluar dari agama Islam. Jika kita tergesa-gesa dalam tindakan kita menghukum beliau, maka kita akan membina tembok yang tinggi untuk beliau kembali semula ke negara kita dan menjarakkan lagi jurang antara keluarganya di Malaysia dan di India.
"Saya juga ingin menitipkan nasihat buat wanita yang berasal dari negeri Johor bahawa dalam membuat keputusan, pastikan tindakan itu direstui oleh ibu bapa anda dan tidak melanggar norma-norma yang ditetapkan agama Islam," titah baginda lagi.
Sultan Ibrahim juga yakin Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti Negeri Johor akan memberikan semua pertolongan yang diperlukan kepada wanita itu bagi mengekalkan akidahnya dalam lingkungan syariat Islam. Gambar : Royal Press Johor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...