Hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa permohonan Rosliza Ibrahim yang mengisytiharkan dirinya bukan Islam dibenarkan.

Jika melihat kepada nama dan tidak membaca dengan lebih mendalam, kita pasti menzahirkan rasa terkejut kerana bila mengisytiharkan diri bukan Muslim bermakna seseorang itu sudah terkeluar dari agamanya.

Apa pun keraguan pembaca akan terungkai apabila membaca penjelasan diberikan oleh peguam syarie terkenal yang juga Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mengulas mengenai kes Rosliza Ibrahim ini.

Peguam Syarie Jelaskan Kenapa Kes Rosliza Ibrahim Berbeza Dengan Lina Joy Walau Bapa Melayu

Berikut adalah pandangan Datuk Zainul Rijal di fbnya:-

Keputusan kes Rosliza Ibrahim pada hari ini Mahkamah Persekutuan sebulat suara membezakan antara frasa 'bukan lagi beragama Islam' dan 'tidak pernah beragama Islam'.

Bagi kes bukan lagi beragama Islam mahkamah berbidangkuasa adalah mahkamah syariah manakala bagi tidak pernah beragama Islam (ab initio never a Muslim) mahkamah berbidangkuasa ialah mahkamah sivil.

IKLAN

Hal ini diputuskan oleh Ketua Hakim YAA Tun Tengku Maimun dan dipersetujui oleh Hakim yang lain.

Rosliza diputuskan tidak pernah beragama Islam. Walau bagaimanapun YAA Tan Sr Azahar memutuskan selanjutnya bahawa isu mengenai nasab Mahkamah Sivil perlu mendapatkan keterangan pakar dari Jawatankuasa Fatwa berkenaan atau pakar perundangan Islam untuk membantu mahkamah sivil. YA Dato Hasnah bersetuju dengan YAA Tan Sri Azhar membenarkan permohonan Rosliza di perenggan 1 sahaja tetapi tidak di perenggan 2 dan 3.

Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Rosliza bahawa beliau tidak pernah beragama Islam. Kes ini diputuskan berbeza dari penghakiman kes Lina Joy.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, seorang wanita yang dilahirkan luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

IKLAN

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim dalam penghakimaan dengan keputusan majoriti 7-2 itu membenarkan rayuan Rosliza Ibrahim serta permohonannya.

Beliau memutuskan bahawa Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.

Tengku Maimun berkata Rosliza dan ibunya tidak pernah menjadi seorang Muslim.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang bersetuju dengan Tengku Maimun.

IKLAN

Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim setuju dengan Tengku Maimun berhubung dua persoalan undang-undang itu namun berpendapat tidak boleh membuat sebarang perintah berhubung pengisytiharan yang diminta Rosliza kerana tidak mempunyai pandangan jawatankuasa fatwa.

Rosliza, 38, memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau telah dilahirkan sebelum bapanya, yang beragama Islam dan mendiang ibunya, penganut Buddha, berkahwin.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu atas alasan bukti yang dikemukakan pemohon hanya menunjukkan bahawa tiada pendaftaran perkahwinan dibuat dan perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak berlaku.

Wanita itu kemudiannya merayu namun gagal setelah rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Jan tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI