Bulan November 2020 menjadi bulan penuh bersejarah buat semua muslim seluruh dunia apabila kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah umrah kepada jemaah antarabangsa dalam kuantiti terhad.

Kebenaran ini merupakan satu berita gembira kepada bakal jemaah kerana pintu Mekah telah ditutup semenjak berlakukan pandemik Covid 19 pada Mac 2020 lalu.

Syukur ke hadrat Allah, akhirnya kegelisahan dan kerinduan terungkai dengan kebenaran ini. Berikutan itu pihak berkuasa Arab Saudi telah menetapkan prosedur baharu sepanjang ibadat umrah dilakukan dan ia mesti dipatuhi oleh jemaah.

Perkongsian Indah Jemaah Umrah Lakukan Tawaf Norma Baharu, “Semuanya Tersusun & Selesa”

Artikel berkaitan: Teruja Rakyat Malaysia Terawal Jadi Tetamu Allah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tunai Umrah Dalam Norma Baru

Artikel berkaitan: Akhirnya Arab Saudi Buka Umrah Bertahap Mulai 4 Oktober

Susulan itu, pastinya perkongsian menarik ustaz Muhammad Shaharuddin dan isteri, ustazah Salima Mat Hashim yang menetap di Arab Saudi bagi melanjutkan pelajaran di sana, mengenai norma baharu sepanjang mereka melakukan ibadah umrah di sana ketika ini boleh memberi sedikit gambaran dan panduan kepada pelayar laman web Kashoorga.

Menurut mereka, masih ramai yang tertanya-tanya, bagaimankah sebenarnya tawaf dilakukan dalam musim Covid-19 ini? Jelas kelihatan segalanya nampak sitematik, tersusun dan tenang. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan.

Berikut adalah bagaimana jemaah melakukan tawaf norma baharu yang diterapkan kepada semua jemaah:

IKLAN

1.PELEKAT UNTUK TREK TAWAF

Kalau anda perasan pada gambar-gambar ini, ada banyak pelekat yang diletak pada bulatan-bulatan Mataf (kawasan tawaf). Pelekat inilah sebenarnya yang memainkan peranan penting agar memastikan para jemaah umrah sentiasa berada dalam trek tawaf yang lurus. Jarak di antara satu bulatan dengan yang lain dalam lebih kurang satu depa.

2.PELEKAT PANJANG DAN PELEKAT PETAK KECIL(Segi Empat Tepat).

  • Pelekat panjang adalah trek untuk berjalan.
  • Pelekat petak-petak kecil menyerong ke kiri menandakan spot untuk ‘corner’ ke bulatan seterusnya yang lebih kecil dan lebih dekat dengan & Ka’bah.

3.PARA PEGAWAI PENJAGA TAWAF

Kalau dahulu kita boleh tawaf sesuka hati, tawaf norma baru ini boleh dikatakan setiap bulatan ada penjaganya iaitu para pegawai, demi memastikan tawaf dilakukan dalam penjarakan fizikal lebih kurang 1.5 hingga 2 meter, dan supaya para jemaah sentiasa berada dalam trek yang betul.

Pantang mereka ini nampak orang terkeluar trek atau rapat-rapat ketika tawaf, pasti akan dilaungkan: “تَبَاعُدْ!!!!” Tabaaud!!! (Jarak!!!)

Perkongsian Indah Jemaah Umrah Lakukan Tawaf Norma Baharu, “Semuanya Tersusun & Selesa”

IKLAN

4.MULA DENGAN BULATAN PALING BESAR, SELESAI DENGAN BULATAN PALING KECIL

Dalam keadaan ramai para jemaah umrah yang sedang bertawaf, para pegawai akan memastikan mereka memulakan tawaf dengan bulatan ketujuh yang ditulis pada pelekat itu dengan “المَسَارُ السَّابِعAl-Masaar as-Saabi (trek yang ke-7).

Kemudian apabila sampai di rukun Syaami (sebelum rukun Yamani), anda akan lihat pelekat petak kecil menyerong ke kiri, di situ pegawai akan memastikan anda ‘corner’ ke bulatan yang ke-6, dan begitulah seterusnya sehingga anda telah sampai pada pusingan tawaf yang ke-7 dan terakhir, anda akan berada pada bulatan yang paling kecil dan paling dekat dengan Ka’bah yang ditulis pada pelekatnya “المَسَارُ الأَوَّل Al-Masaar al-Awwal(trek pertama)

Ini kalau jemaah umrah tengah ramai, kalau dah saki baki yang tawaf tu, pegawai tak kisah pun kalau kita nak tawaf kesemua pusingan pada bulatan yang paling dekat dengan Ka’bah.

5.PELEKAT PETAK-PETAK KECIL UNTUK KELUAR TAWAF

Yang terakhir sekali, apabila anda telah sampai pada pusingan terakhir di buatan yang paling kecil itu, pegawai tahulah ini pusingan terakhir anda dan mereka akan memastikan anda keluar dari tempat tawaf di bahagian sebelum Maqam Ibrahim, yang mana diletakkan pelekat petak-petak menyerong ke kanan memanjang sampai ke arah tempat anda solat sunat lepas tawaf di situ.

Ini agar memastikan tidak berlaku “accident” bila anda nak keluar dari trek tawaf tersebut.

IKLAN

“Ma Sya Allah! Unik kan? Kami pun teruja melihat sistem yang mereka terapkan pada musim Covid-19 ini”

Ada yang pernah bersuara: “Inilah antara hikmah Covid, kalau tak kerana Covid, tak adalah mereka pandai buat sistem seperti ini”

 

“Antara kelebihan tawaf norma baharu mengikut bulatan-bulatan yang ditetapkan ini, kita tidak akan tersalah kira pusingan tawaf, betul tak? Kalau tak, rasanya ramai juga di antara kita yang pernah ‘lost count’ semasa tawaf: “Eh, dah pusingan 6 ke 7 eh?” Banyak betul kes was-was dalam ibadah ini”

Alangkah indahnya kalau perlaksanaan sistematik ini dapat diterapkan juga pada masa akan datang untuk mengucup Hajar Aswad, Multazam dan juga al-Hijr(Hijir Ismail)”, ulas mereka.

InshaAllah, kepada bakal jemaah kita tunggu dan lihat serta alami sendiri nikmat, indah dan syahdunya melakukan tawaf norma baharu ini.

Kashoorga: Sungguh teruja untuk lakukan ibadah umrah ini. Alhamdulillah, walaupun diselubungi kerisauan penularan Covid 19, Insha Allah, Tuhan lindungi semua jemaah yang ke sana. Patuhilah SOP yang ditetapkan.

Banyak hikmahnya pandemik ini terjadi. Jika ada ada ahli keluarga dan kenalan bakal kerjakan umrah, kongsikan cerita ini sebagai gambaran awal buat mereka.

Sumber artikel:Makkah Kenangan Terindah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI