Kira-kira tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya Aidiladha atau raya korban.
Dan jika berkemampuan kita digalakkan untuk melakukan ibadah korban sempena mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Dan hari ini Selasa bersamaan 21 Julai 2019 sebelum Maghrib nanti adalah hari terakhir untuk memotong rambut, misai dan seumpamanya pada anggota badan serta kuku bagi mereka yang menyertai korban pada tahun ini.
Ini kerana masuk sahaja 1 Zulhijjah kita dilarang secara makruh tanzih untuk melakukan ke semua perbuatan tersebut sehingga haiwan korban selesai disembelih.
Ads
Walaupun dilarang, ia tidak sampai jatuh hukum haram, tetapi kita sangat dimakruhkan (makruh tanzih) seperti Imam Al-Baijuri ada menyatakan, melakukan makruh tanzih akan merosakkan sesuatu ibadat.
Maka, bagi yang sudah berniat untuk berkorban, batas akhir untuk membersihkan diri (memotong kuku dan rambut) adalah pada esok hari yang juga bertepatan dengan 30 Dzulqa’dah 1441 H.
“Apabila telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang dari kalian telah berniat untuk berqurban, maka janganlah ia memotong rambutnya dan kulitnya sedikitpun.” (HR. Muslim).
Ibadah korban pada sambutan Aidiladha.
Bedasarkan sumber yang didapat Tribunnews.com, barang siapa yang melanggar ketentuan ini kerana lupa atau belum tahu hukumnya maka ia tidak berdosa, tidak pula membayar fidyah atau kaffarah.
Ads
Barang siapa yang melanggarnya dengan sengaja maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah ta’ala dan tidak ada kewajiban fidyah atau kaffarah atasnya.
Tular ketika ini, usahawan Nur Sajat yang dikatakan sedang melakukan ibadah umrah tanah suci, tetapi memilih untuk berpakaian seperti seorang wanita Muslim.
Bukan saja bijak pandai tetapi netizen juga turutmengecam tindakannya kerana dikatakan tidak menghormati Kota Suci Mekah yang begitu menitik beratkan soal berpakaian ketika mengerjakan ibadah umrah.
Ramai yang menyuarakan pendapat dan salah seorang adalah penyampai TV Al-Hijrah Finaz Yunus yang lantang menyuarakan pendapat mengenai transgender ini. Dalam satu posting di laman Instagramnya Finaz menegur usahawan ini dengan cara tersendiri.
Menurutnya dia bukan alim ulama, ustazah atau pendakwah Muslimah, tetap menentang tindakan usahawan ini yang dikatakan telah menghina serta mempersendakan imej agama Islam itu sendiri.
Sesungguhnya hati bagai direntap apabila melihat ada yang sanggup melakukan perbuatan sebegitu.
Tambah Finaz lagi, sebelum ini ada juga golongan transgender yang datang mengerjakan umrah tetapi kembali ke fitrah asal sewaktu menunaikan umrah atau haji.
Saya tidak pernah ambil tahu tentang perniagaannya,
Tidak pernah mengikuti Akaun Instagram nya.
Yang saya tahu dia sering memprovokasi netizen menerusi online posting nya.
Pun saya tidak ambil tahu.
Namun sebaik tular gambar, video dia & rakan-rakan bertelekung di Madinah & Makkah, di hadapan Baitullah, video duduk dalam saf wanita siap bertelekung, hati ini bagai direntap.
Saya bukan alim ulama. Saya bukan ustazah malah bukan Pendakwah Muslimah,
namun apa yang dia & rakan-rakan lakukan betul-betul telah menghina, mempersendakan imej Agama Islam, imej Tanah Haram & memperkotak-katikkan Hukum hakam ibadah sewaktu Umrah.
Ramai maknyah lain sebelum ini telah ke Tanah Suci namun mereka kembali ke fitrah asal sewaktu menunaikan Umrah atau Haji.
Tiada yang se’BIADAB’ ini.
Saya amat mengharapkan ada tindakan diambil kepadanya baik daripada Kerajaan Saudi mahupun Kerajaan Malaysia.
Individu sebegini perlu diajar.
Dan buat anda rakyat Malaysia, Anda masih mahu mengikuti Akaun IG atau FB nya?
Tepuk dada, tanya Iman!
#betruthfulnotneutral
Perkongsian Finaz ini turut dipersetujui netizen yang menyokong agar tindakan diambil oleh pihak terbabit ke atas usahawan ini
adylilyali sokong…harap pihak yg berwajib ambil tindakan
iamnorzamira Sila bincangkan pd platform analisis.. Kami sgt kecewa dgn issue permainkan hukum hakam begini
wahidajumaat Betul kak finaz. Org ni memang betul2 mencabar hukum Allah.
iduraaziz Sedih. Tak sangka dia seberani itu. Moga Allah berikannya hidayah sepantas kilat! Allahu..
‘Di mana had wajah yang boleh dibuka?’ Bab aurat jangan dibuat main, dosanya dikira. Jika kita ambil tahu dan ambil berat bab aurat, insyallah Allah akan menjaga kita.
Tidak semua tahu bahawa kawasan dagu sebenarnya aurat selain dada, leher dan bahu. Oleh itu ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi tentang di mana had wajah yang boleh dibuka seseorang wanita.
Wajib ingat ya. Hal aurat bukan boleh buat-buat hilang ingatan. Itu semua menentukan dosa, pahala.
Baik, untuk kali ini kita sambung bab had aurat di wajah atau muka. Mana bahagian muka yang wajib ditutup, dan mana yang tak.
Sebab bukan apa, ada juga yang bertudung tapi sengaja tinggal jambul macam burung belatuk. Ada juga pakai selendang tak pin, dibiar lepas berserabai hingga nampak bawah dagu dan tengkuk. Padahal aurat.
Di mana had wajah atau muka yang boleh dibuka?
Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita fahami dulu maksud wajah secara definasinya menurut pandangan para ulama’ dan ilmuan bahasa. Di mana ukuran wajah itu?
Wajah dalam Bahasa Arab adalah al-Wajh. Ia diambil daripada kalimah (المواجهه) iaitu mendepani setiap sesuatu dan kadangkala diibaratkan wajah sebagai Zat. Dikatakan (وَاجَهْتُهُ) bermaksud apabila aku mengadap wajahnya.
[Rujuk kitab al-Misbah al-Munir]
Manakala menurut al-Raghib al-Asfahani, dia berkata asal wajah ialah anggota sebagaimana firman Allah SWT:
Imam as-Syafie’ rahimahullah dalam kitab al-Umm berkata,
“Wajah menurut bangsa Arab adalah apa yang didapati saat berhadapan.”
Beliau berkata lagi,
“Wajah itu adalah apa yang ada di antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telinga satu lagi.”
Dari sudut istilah pula, terdapat beberapa definisi tentang batasan muka. Antaranya:
1. Muka adalah di antara tempat mula tumbuh rambut pada atas dahi kepala pada kebiasaannya hingga ke bawah dagu secara panjang, dan antara dua cuping telinga secara lebar.
[Lihat Umdat al-Salik, hlm. 12; al-Durr al-Mukhtar dan Hasyiah Ibn Abidin 1/65-66, Al-Syarh al-Saghir 1/104, Mughni al-Muhtaj, 1/20, al-Mahalli ala Matn al-Minhaj 1/48 dan al-Mughni 1/114-115]
2. Muka adalah bahagian tempat mula tumbuh rambut di dahi kepala hingga rahang dan hujung dagu secara panjangnya dan antara cuping telinga secara lebarnya.
[Lihat Al-Umm, 1/40]
3. Muka adalah bahagian di antara tempat tumbuhnya rambut pada kebiasaannya sehingga dua tulang rahang yang disitu tumbuhnya gigi yang bawah. Berhimpun permulaannya di dagu dan berakhir di telinga, secara panjangnya. Secara lebarnya, ia adalah di antara dua telinga.
[Lihat Fath al-Qarib al-Mujib, hlm. 31]
Berdasarkan definisi di atas, maka di sini timbul persoalan berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan sideburns termasuk bahagian wajahkah?
Pertamanya, isu maudhi’ al-tahzif (موضع التحذيف) iaitu tempat tumbuhnya rambut halus antara sideburns dan pelipis (bahagian kepala di antara dahi dengan telinga). Dalam hal ini ada beberapa pandangan antaranya:
Abu Ishak berpendapat, ianya termasuk dalam bahagian kepala kerana Allah menciptakannya daripada kepala maka ianya tidak dikira muka.
[Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, 1/38]
Oleh itu, Jumhur Ulama’ mentashihkan sideburns termasuk daripada bahagian kepala. Ini bertepatan dengan pandangan mazhab Syafie’ pada had atau batas definisi kepala.
Pengarang kitab Kasyf al-Qina’ daripada mazhab Hanbali juga memberi pendapat yang sama di mana ia termasuk dalam anggota kepala.
[Lihat al-Majmu’ 1/416. Ini juga dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin 1/52]
Alhamdulillah, dah jelas di mana letak duduk muka yang boleh didedahkan dan yang mana dikira aurat perlu ditutup bukan? Tak kisahlah rupa wajahnya berbentuk bujur sirih ke, petak spongebob squarepants, sfera ke, flat ke atau jenis macammana pun asalkan ada wajah. Yang tak ada wajah tu ‘lembaga’.
Aik, masih blur lagi?
Baiklah, kalau macam itu… mari kita simpulkan secara mudah. Konklusinya, dagu wanita tidak termasuk aurat. Akan tetapi jika yang dimaksudkan dengan bahagian bawah dagu wanita (dekat dengan tengkuk yang agak lembik) ianya adalah termasuk aurat yang wajib ditutup.
Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. Ingat, biarlah saat ini hati disentap nasihat, dari kelak disentap azab.
Ramai yang mungkin pernah khatam al-Quran. Ada yang berpengalaman khatam ketika di sekolah rendah dan kemudian meninggalkan al-Quran tanpa sebab yang jelas. Malah untuk membuka dan membacanya kembali, kita terasa merangkak-rangkak. Tak mengapa jika tidak lancar kerana pahala orang membaca merangkak dua kali ganda dari mereka yang lancar bacaannya. Lebih baik merangkak dari tidak membacanya langsung.
Sebenarnya untuk menghafal al-Quran, Rasulullah telah mengajar menantu dan juga sahabatnya, Ali bin Ali Thalib satu doa untuk memudahkan menghafal al Quran selepas mengetahui Ali bin Ali Thalib mengalami kesulitan menghafal kitabmullah ini.
Rasulullah SAW lantas memberikan amalan khusus sekaligus doa agar Ali dapat menghafal al Quran dengan mudah.
Berikut adalah doa yang diajarkan Rasulullah kepada Ali bin Thalib tersebut:
Allaahummarhamnii bitarkil ma’aashii abadan maa abqaitanii. War hamnii an atakallafa maa laa ya’niinii, warzuqnii husnan nazhari fiimaa yurdhiika ‘annii.
Allaahumma badii’as samaawati wal ardhi dzal jalaali wal ikraam, wal ‘izzatil latii kaa turaamu. As-aluka yaa allaahu, yaa rahmaanu bi jalaalika wa nuuri wajhika an tulzima qalbii hifzha kitaabika kamaa ‘allamtanii, warzuqnii an atluwahu ‘alan nahwilladzii yurdhiika ‘annii.
Allaahumma badii’as samaawaati wal ardhi, dzal jalaali wal ikraam, wal ‘izzillatii laa turaam, as-aluka yaa Allaahu, yaa Rahmaanu bi jalaalika wa nuuri wajhika an tunawwira bikitaabika basharii wa an tudhliqa bihi lisaanii, wa an tufarrij bihi ‘an qalbii, wa an tasyrah bihi shadrii, wa an taghsil bihi badanii. fainnahu laa yu’iinunii ‘alal haqqi ghairuka, wa laa yu`tiihi illaa anta, wa laa haula wa laa quwwata illaa bika al ‘aliyyil ‘azhiim.
Ertinya :-
“Ya Allah, rahmatilah aku untuk meninggalkan kemaksiatan selamanya selama Engkau masih menghidupkanku, dan rahmatilah aku untuk tidak memperberat diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat bagiku, berilah aku rezeki berupa kenikmatan mencermati perkara yang mendatangkan keridhaanMu kepadaku.
Ya Allah, wahai Pencipta langit dan bumi, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan serta keperkasaan yang tidak mungkin bisa dicapai oleh makhluk.
Aku memohon kepadaMu ya Allah, wahai Dzat yang Mahapengasih, dengan kebesaran-Mu dan cahaya wajah-Mu agar mengawasi hatiku untuk menjaga kitab-Mu, sebagaimana Engkau telah mengajarkannya kepadaku, dan berilah aku rezeki untuk senantiasa membacanya hingga membuat-Mu ridha kepadaku.
Ya Allah, Pencipta langit dan bumi, Dzat yang memiliki kebesaran, kemuliaan dan keperkasaan yang tidak mungkin diinginkan oleh makhluk.
Aku memohon kepada-Mu ya Allah, wahai Dzat yang Mahapengasih, dengan kebesaranMu dan cahaya wajah-Mu agar Engkau menyinari hatiku dan membersihkan badanku, sesungguhnya tidak ada yang dapat membantuku untuk mendapatkan kebenaran selain Engkau, dan juga tidak ada yang bisa memberi kebenaran itu selain-Mu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Mahatinggi dan Maha-agung.”
Doa ini tentunya dapat diamalkan oleh siapapun yang ingin mendapat kemudahan dalam menghafal Alquran.
Sumber : MAWDOO3 / ISLAM POS
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ketahui bahagian lembu makruh dimakan menurut Islam termasuk pundi hempedu, testis, kelenjar dan pundi kencing. Fahami hukum, dalil serta kepentingannya ketika menguruskan daging korban Aidiladha.