Hidup berumah tangga ada pasang, surutnya. Ibarat kapal yang diketuai oleh nakhodanya, jika tidak dikemudi dengan baik maka kapal akan karam di lautan. Begitulah perumpamaan sesebuah rumah tangga yang tentunya menjadi tanggungjawab oleh seorang suami untuk ‘mengemudinya.
Seperti kisah suami isteri yang dikongsi oleh PU Amin ketika dia mengerjakan ibadah umrah ketika ini, benar-benar menginsafkan. Moga kisah ini dijadikan teladan. Ikuti coretan PU Amin.
Ads
Ads
Sebak saya, menitis air mata melihat dan mendengar kisah pasangan suami isteri ini ketika saya mengerjakan ibadat umrah waktu ini. Kisah nya, Isterinya agak liar, suaminya agak sibuk hal kerja kerja luar..
Hidup keduanya bermasalah, candu dengan dunia, wujud perselisihan bersama suami nya, dia mohon diceraikan, lantas suaminya berkata agar tunggu sehingga kita buat umrah bersama. Pulang dari umrah kita bincangkan hal cerai..
Ketika tawaf suaminya menjaga dan memeliharanya dengan baik, sedikit pun tidak di izinkan berlaku sentuhan dengan lelaki asing lain. Hati wanita ini luntur, lembut dan sebak, rupa rupanya suami yang dianggap tidak peduli akan diri nya adalah seorang lelaki yang sangat menjaga dan melindunginya..
Suaminya berpesan, tenang itu datang dari sangka baik. Pelihara diri dari kemungkaran. Pelihara aurat dengan ikhlas, inshaallah semua gundah gulana, ujian memisahkan kita akan hilang dan pergi..
Bermula itu hingga kini, mereka tidak henti-henti berpegangan tangan, beriktikaf di Masjid, berzikir di Masjidil Haram, saling mengenali kembali. Mengenali Pencipta dan Mengapa Hati hati ini mahu di cinta..
Suaminya mengakui dosa atas tugas yang dia lupa laksana, isterinya mengalirkan air mata atas hidup yang dia leka dan alpa..
Dari kisah ini, saya hasilkan satu coretan, agar semua dari kita menjaga hak Allah, nescaya allah akan melindungi kita..
Setiap orang punya kelemahan dan kesilapan. Maka apabila sudah tersedar dari lamunan maka kembalilah ke pangkal jalan. Perbaiki mana yang kurang dan tinggalkan mana yang salah. In Sha Allah hidup kita akan lebih diberkati oleh Allah.
Sumber kredit: @PU Amin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Bukti kebesaran Allah, ruang solat imam kekal bersih walaupun surau tenggelam banjir. Ternyata kejadian bencana alam terutamanya banjir yang melanda Pantai Timur bukan hanya semata-mata Allah mahu menguji umatnya.
Tetapi dalam masa yang sama, Allah menghantar musibah ini sebagai tanda bukti kekuasaannya supaya manusia faham dan sedar akan kebesarannya dalam menguasai alam semesta.
Baru-baru ini tular, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @yahibrahimkhan di laman TikToknya, ketika dia membersihkan bahagian dalam surau di Padang Kubu selepas ditenggalami air banjir sepenuhnya pada 18 Disember.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah bukti kebesaran Allah apabila tempat solat imam kekal bersih tanpa sebarang lumpur. Allahuakbar, Allah Maha Besar.
“Allahurabbi hebat aturan Allah, sikit pun tempat solat imam tak kena selut padahal kawasan ini 100 peratus masuk air dan berselut.
“Pasukan kakak mengaji bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda banjir besar pada 18 Disember 2022,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Ruang Solat Imam Kekal Bersih
Malahan situasi ini mencetuskan pelbagai reaksi warganet antaranya,
Hidayah Hamzah Faunder
Hebat kekuasaan Allah…
SSB 92
Itu tandanya Dia memberi peringatan kepada kita supaya jangan lalai… Sebab kasih sayangnya tak terhingga.
Mr Utaqa
Dalam kita tak sedar, Allah cuba buktikan bahawa tiada yan g berkuasa dari-Nya. Cuma kita seba gai manusia ini saja belum sedar dan alpa dengan dunia yang fana ini.
Dalam masa yang sama, menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat bukti kepada kebesaran Allah ini. Malahan ada segelintir mereka berkongsi pengalaman.
Ujarnya, dia pernah melalui pengalaman melihat kitab suci Al-Quran di rumah mereka tidak terjejas sedangkan perabot dan harta benda yang lain mengalami kerosakan yang teruk akibat ditenggelami air banjir.
Malah, ada juga individu yang tidak percaya kejadian tersebut dan menuduh pemilik video terbabit meletakkan sejadah tersebut sebaik sahaja surau itu dibersihkan.
Namun begitu, pemilik video terbabit menegaskan insan yang melakukan kerja pembersihan pada ketika itu tidak melakukan perkara tersebut memandangkan kawasan disekeliling sejadah dipenuhi lumpur yang agak tebal.
Kashoorga : Tiada yang tidak mungkin jika Allah berkehendak.
Biar awalnya kita berubah atau terhalang melakukan dosa disebabkan pakaian dulu. Moga akhirnya nanti kita sungguh-sungguh berubah asbab hidayah yang Allah bagi.”
Begitulah. Terima kasih ustaz yang pesan ke saya dulu. Ingat sungguh sampai ke hari ini.
Moga ada kebaikan buat saya dan kawan-kawan yang lain.
Kashoorga: Jangan tunggu sampai seru baru hendak berubah.
Islam memberikan kelonggaran kepada umat-Nya dalam beberapa keadaan tertentu melalui rukhsah (keringanan). Salah satunya adalah mengqasarkan solat ketika dalam perjalanan jauh.Namun, apa hukum jika...