Memang benar berbakti kepada orang kedua ibu bapa adalah kewajiban bagi anak dan derhaka kepada ibu bapa adalah salah satu dosa besar dalam Islam. Tetapi jangan lupa bahawa Islam tidak melihat satu sisi saja lalu melupakan sisi lain.
Islam juga mewajibkan bagi orang tua untuk berbuat baik kepada anak-anaknya.
Jika ibu bapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup Islam masalah anak derhaka dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibu bapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah ini.
DIPETIK SEBUAH KISAH DARI KITAB TANBIHUL GHAFILIN OLEH ABUL-LAITS AS-SAMARQANDI
Pada suatu ketika di zaman Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab r.a, seseorang telah datang menemui Khalifah Islam kedua itu untuk mengadukan hal anaknya;
“Anakku ini benar-benar telah derhaka kepadaku.” kata si bapa.
Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.
“Apakah engkau tidak takut kepada Allah dengan derhaka kepada bapamu? Kerana itu adalah hak orang tua,” kata Umar kepada si anak.
Anak itu menjawab;
Ads
“Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak juga punya hak atas orang tuanya?”
Umar menjawab;
“Benar, haknya adalah memilihkan ibu yang baik, memberi nama yang bagus dan mengajarkan al-Kitab (al-Quran).”
Anak itu berkata;
“Demi Allah, bapaku tidak memilihkan ibu yang baik. Ibuku adalah hamba sahaya berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Ia tidak memberi nama yang baik untukku. Ia menamaiku Ju’al. Dan dia juga tidak mengajarkan Al-Quran kepadaku walau satu huruf pun dari al-Quran.”
(Nota : Ju’al adalah sejenis kumbang berwarna hitam yang selalu bergumul pada najis haiwan. Boleh juga diertikan seorang yang berkulit hitam dan berparas hodoh atau orang yang emosional).
Ads
DERHAKA SEORANG AYAH KEPADA ANAKNYA
Umar Al-Khattab r.a lantas menoleh kepada si bapa dan berkata;
“Engkau telah datang mengadukan anakmu telah derhaka kepadamu tetapi engkau yang telah derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu!”
Iktibar dari kisah di atas, sebagai ibu bapa kita janganlah tergesa-gesa mencela anak sebagai derhaka. Ada banyak hak-hak anak atas ibu bapanya. Bila salah satu sisinya diabaikan, lalu anak menjadi derhaka dan keras kepala, ada kemungkinan ibu bapa tidak memperhatikan sisi tersebut.
Sekarang lebih ramai ibu bapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak. Akibatnya lahirlah generasi lemah iman dan rosak akhlak di zaman moden pada hari ini.
Ads
Oleh itu, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Ibnul Qayyim berkata; “Siapa yang mengabaikan pendidikan yang bermanfaat untuk anaknya dan membiarkannya begitu saja, maka ia telah melakukan tindakan terburuk terhadap anaknya itu. Kerosakan anak-anak itu kebanyakan bersumber dari ibu bapa yang membiarkan mereka dan tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan agama kepada mereka. Mereka (anak-anak) tidak memperhatikan perkara-perkara agama di saat masih kecil, sehingga ketika sudah besar mereka sukar meraih manfaat dari pelajaran agama dan tidak dapat memberikan manfaat bagi ibu bapa mereka.”
KESIMPULAN:
Jika anak kita buat silap, dosa atau kesalahan pada kita maka perkara pertama yang perlu kita lihat dan fikir adalah kesilapan kita dalam mendidik.
Contoh: Seorang anak bersosial hingga terlanjur, adakah anak yang perlu dipersalahkan? Tidak. Tapi kita sebagai ibu bapalah yang perlu dipersalahkan kerana kelemahan dalam mendidik.
Kebebasan yang diberi kepada anak dalam menggunakan teknologi sekarang dan pergaulan. Perangai-perangai kita yang membuatkan si anak terikut-ikut. Anak fikiran mereka masih mentah sedang kita ibu bapa sudah banyak pengalaman dalam kehidupan.
Kesilapan bukan untuk dipersalahkan, tapi untuk diperbaiki, ambil ikhtibar dan nasihat pada masa akan datang.
Sumber kredit: FB: Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru-baru Touch ‘n Go telah memperkenalkan Go+ di aplikasi Touch ‘n Go. Mungkin ramai yang belum sedar akan aplikasi ini atau masih samar-samar mengenai kegunaannya.
Untuk pengetahuan Touch n Go eWallet, ciri GO+ ini diperkenalkan dengan kerjasama pihak Principal Asset Management Berhad, yang membolehkan pengguna untuk menjana dana tambahan melalui baki dalam akaun.
Namun sudah dinyatakan oleh pihak TNG ianya tidak patuh Syariah. Ia menerusi satu kenyataan dari pihak Touch 'n Go di laman webnya.
Dalam satu perkongsian dari Ahmad Sufyan Che Abdullah, ianya haram disertai oleh orang Islam kerana pulangan yang ditawarkan dihasilkan oleh instrumen Principal E-Cash yang merupakan fund yang tak patuh Syariah.
Malah dirinya mengajak umat Islam agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam produk seumpama ini kerana mana-mana pelaburan ada unsur riba, adalah dosa besar untuk umat Islam.
Bagaimana Nak Claim Balik Duit Kalau Dah Masuk Syer?
Dalam itu, seorang pengguna, Basri Husin telah mengajar pengguna untuk mendapatkan semula duit yang telah dimasukkan ke aplikasi Go+ ini agar tidak terus bersyubahah menanggung dosa hasil pelaburan tidak patuh Syariah ini.
Apa perlu buat?
Pergi ke lambang GO+
Sesiapa yang ingin keluarkan balik dari akaun Go, boleh follow tutorial ini. Alhamdulillah saya dah keluarkan walaupun masukkan RM50.
Pergi ke CASH OUT
PERGI SAMA ADA NAK CASH OUT MELALUI AKAUN BANK ATAU DALAM E-WALLET
MASUKKAN SEMUA JUMLAH BAKI DALAM GO+
Dah itu saja dan tunggu duit di kembalikan ke akaun kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.
Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.
“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”
Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.
Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.
Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.
“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”
Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan.
Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia. Boleh tengok dalam gambar, saya ada bulatkan. Nampak? Berbeza kan dengan jenazah lelaki.
Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.
Tidak dinafikan apabila kita sudan berkahwin, segala perbelanjaan atau keperluan diri seorang isteri itu terletak pada bahu suami.
Namun sebenarnya kita diingatkan sebelum berkahwin agar perlu ada duit tabungan sendiri untuk berdepan sebarang kemungkinan yang berlaku.
Tida jatuh ego seorang lelaki itu lika pasangannya mempunyai harta sendiri sebelum berkahwin, malah itu menjadi hak isteri mengumpul harta sebelum berkahwin.
Lelaki ini Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi di laman sosial Facebook dan turut mengingatkan bahawa sebelum berkahwin, bukan sahaja lelaki malah perempuan juga perlu memiliki harta sendiri.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...