Tular di media sosial keberkatan sedekah yang dilakukan oleh seorang Ustaz yang juga guru mengaji, Mohd Sofee Mustafa, 39 membelanja sekumpulan empat individu minum pagi.
Nilai sedekahnya hanyalah RM15 sahaja tetapi dia kemudiannya menerima RM500 dalam satu sampul disedekahkan oleh individu dibelanjanya.
Dalam satu perkongsian yang tular di twitter semalam, Ustaz Sofee yang juga pengasas Pertubuhan Geng Ngaji Negeri Sembilan berkongsi kisah dia belanja dua meja senyap-senyap di kedai sarapan kampungnya ketika membeli sarapan buat ibunya.
Rupanya salah seorang perasan.Time nak gerak balik, dia hulur kat aku duit dalam sampul RM500. Aku belanja tadi dalam RM15 lebih je lebih kurang. Tak sampai 15 minit, Allah balas 30 kali ganda, fuhh. Tulisnya di ciapan twitternya.
IKLAN
Ternyata selepas berkongsi ceritanya itu dengan niat untuk berkongsi keberkatan sedekah, ramai mempunyai pandangan berbeza. Ini termasuklah yang mengatakan ia satu strateginya berniaga dan ada yang mengeluarkan pendapat yang bunyinya agak sarkastik. Komen-komen nie datangnya dari kebanyakan mereka yang beragama Islam.
Dalam pada hal ini sudah tular di media dengan masing-masing ada pendapat dan pandangan mengenainya, Ustaz Sofee yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar, Mesir memaklumkan, ada banyak kecaman dan hinaan kepada dirinya kerana mereka menuduhnya mereka-reka cerita sebagai strategi perniagaaan.
Katanya lagi, ini baru RM500 orang infa. Belum lagi saya kongsi yang bagi RM5000. Selamba je.
IKLAN
“Apa pun saya dah maafkan mereka kerana inilah tugas seorang Ustaz. Mendidik masyarakat, bukan menghukum atau menghina.
“Kalau orang kenal aktiviti kami di Geng Ngaji mungkin tak pelik baca kisah orang bg selamba aje kat saya RM500 sebagai infaq. Sebab bukan untuk saya. Semua saya serahkan untuk urusan Allah.
IKLAN
Dalam pada itu seorang dari kenalan Ustaz Sofee atas nama Hamizan Hakim menulis ini di fb Ustaz Sofee.
“Banyak betul pahala yang apak Mohd Sofee Mustafa dapat. Dalam banyak-banyak komen yang den tengok, yang ni memang terasa la dengan den sekali kat sini. “Tanpa usul periksa. Betapa tenatnye pemikiran umat sekarang. Bukan nilai duit yang disampaikan. Tetapi amalan bersedekah. Bertahun apak mengajar mengaji pada penduduk kampung tanpa meminta satu sen pun bayaran. Kepada mereka yang tak tahu tu meh la datang dan tengok sendiri suasana Geng Ngaji di sini. Tenang setenangnya. Confirm tak nak balik.
Begitu juga dengan penyanyi Alyah yang memohon maaf secara terbuka di media sosialnya terhadap apa juga kesilapan yang dilakukannya. Sama ada yang mengenali atau tidak menyukai dirinya.
Menurutnya sebagai manusia biasa yang hari-hari membuat dosa. Jadi menjadi tanggungjawab untuk terus kekal berusaha menjadi terbaik di mata Allah SWT.
Alyah turut mengucapkan selamat hari raya aidladha dan mengingatkan orang ramai untuk terus bersilaturrahim dan menjaganya kerana Allah SWT.
‘Nasib sempat elak.’ Imam diserang lelaki kurang siuman ketika solat subuh di sebuah masjid di Kuantan Pahang semalam. Mujurlah imam sempat elak daripada serangan lelaki tersebut.
Namun solat jemaah terhenti seketika atas tindakan lelaki tersebut, terkini lelaki tersebut teah ditahan untuk siasatan.
Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.
Imam Di Serang Lelaki Kurang
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.
Ketika Solat Subuh
“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.
“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Datangkan mudarat dan sakiti manusia, boleh ke pijak semut sampai mati? Ada pendapat mengatakan bahawa kita diharamkan untuk membunuh semut.
Tetapi jika mendatangkan mudarat kepada manusia, adakah hukumnya masih sama? Ikuti perkongsian Pegawai JAKIM, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini dalam Ustaz Betul Ke?
Jelas Ustaz Hariri, semut adalah haiwan ciptaan Allah SWT bahkan semut juga adalah salah satu daripada nama-nama Al-quran iaitu Surah An-Naml atau Surah Semut iaitu surah yang ke-27. Surah ini mempunyai 93 ayat al-Quran dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah.
Ini bermakna semut ini bukanlah calang-calang binatang tetapi haiwan yang dijadikan nama Al-Quran. Nabi Muhammad saw, bersabda dalam satu hadis Riwayat Abu Daud, sesungguhnya nabi melarang kita membunuh tiga jenis binatang.
Pertama adalah lebah, burung dan seterusnya semut. Tidak ada masalah tiba-tiba pijak atau bunuh semut, sememangnya tidak boleh kerana nabi larang disebabkan semut adalah tentera Nabi Sulaiman a.s.
Namun bagaimana pula jika semut tersebut mendatangkan mudarat atau menyakiti manusia, adakah perlu dibiarkan saja.
Syeikh Wahbah Alzuhaili ada menyebut dalam kitabnya bahawa memang kita dilarang membunuh semut yang melata. Tetapi sekiranya semut tersebut membahayakan, mencederakan kita maka dibolehkan untuk membunuh kerana untuk menjaga keselamatan diri kita.
Sakiti Manusia
Selain daripada itu, terdapat hadis daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Salah seorang nabi singgah di bawah sebatang pokok, lalu dia digigit seekor semut, lantas Baginda memerintahkan agar barang-barangnya dialihkan dari pokok itu, kemudian Baginda memerintahkan agar sarang semut itu dibakar dengan api. Maka Allah mewahyukan kepadanya: ‘Mengapa tidak hanya dibakar semut yang menggigit sahaja?’
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan, terdapat dalam kalangan ulama yang menjadikan hadis ini sebagai dalil bagi mengharuskan perbuatan membakar haiwan yang mengganggu dan memberi mudarat dengan api berdasarkan kaedah syar‘ man qablana, sekiranya tidak ada dalam syariat kita apa yang mengangkatnya.
Namun begitu, terdapat dalam syariat kita larangan untuk menyeksa dengan api. Kemudian, beliau menukilkan pendapat Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini, bahawa hadis ini bermaksud dibolehkan untuk membunuh semut bagi syariat nabi tersebut. Begitu juga, dibolehkan membunuh semut dengan menggunakan api.
Hal ini kerana, asal dalam membunuh dan membakar adalah tidak berlaku kekerasan atau penyeksaan padanya, bahkan ia adalah untuk membakar lebih daripada seekor semut — yakni membakar sarangnya. Adapun di dalam syariat kita tidak dibolehkan membakar haiwan dengan menggunakan api melainkan dalam masalah Qisas dengan syaratnya.
Begitu juga, tidak dibenarkan untuk membunuh semut berdasarkan hadis Ibn Abbas. Begitu juga dinukilkan daripada al-Qadhi ‘Iyadh, beliau berpendapat hadis ini menjadi dalil mengenai keharusan membunuh setiap haiwan yang memberi mudarat dan mengganggu atau menyakiti manusia.
Boleh Ke Pijak
Di samping itu, terdapat juga riwayat daripada Abdullah bin Mas‘ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
“Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu permusafiran, kemudian Baginda SAW pergi untuk menunaikan keperluannya. Kemudian, kami melihat seekor burung bersama dua ekor anaknya. Lalu kami mengambil kedua anaknya dan burung tersebut datang dan mengepak-ngepak sayapnya. Kemudian Nabi SAW datang dan bersabda: ‘Siapakah yang menyakiti burung ini dengan mengambil anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya.’ Setelah itu, Baginda SAW melihat sebuah sarang semut yang telah kami bakar dan Baginda bersabda: ‘Siapakah yang membakar sarang ini?’ Kami menjawab: ‘Kami (yang membakarnya).’ Baginda bersabda lagi: ‘Sesungguhnya tidak layak untuk menyeksa dengan api melainkan Allah SWT kerana Dia ialah Penguasa api.’
Al-Khattabi menyebutkan, hadith ini menunjukkan bahawa membakar sarang serangga adalah makruh. Adapun semut, keuzuran padanya adalah sangat sedikit. Hal ini kerana, kemudaratannya boleh dihilangkan tanpa perlu kepada cara membakarnya dengan api. Sesungguhnya diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Dahulu ada di antara para nabi telah digigit oleh seekor semut, kemudian Nabi itu memerintahkan untuk pergi ke sarang semut tersebut lalu membakarnya. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi tersebut: ‘Adakah kerana seekor semut yang menggigitmu, kemudian kamu menghancurkan umat daripada umat-umat yang bertasbih.’
Semut Sampai Mati?
Kemudian, al-Khattabi menyatakan, semut terbahagi kepada dua jenis. Pertamanya, jenis yang mengganggu dan memudaratkan, maka mencegah kemudaratan atau gangguan daripada semut itu adalah dibolehkan yakni dengan membunuhnya.
Keduanya, jenis yang tidak memberi mudarat iaitu jenis semut yang memiliki kaki yang panjang, dan tidak boleh untuk membunuhnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa sekalipun dibolehkan untuk membunuh semut yang memudaratkan, namun tidak dibenarkan untuk membunuhnya dengan cara membakarnya melainkan jika hal demikian hanya satu-satunya cara untuk membasminya. Maka ketika itu dibolehkan untuk membakarnya bagi membasminya.