Ramai yang rasa risau kalau demam. Lebih risau kalau dialami oleh kanak-kanak yang suhunya mencecah 40 darjah selsius. Jika ke klinik, kita akan dibekalkan dengan antibiotik selain paracetamol untuk meredakan suhu badan yang panas.
Bagaimana kaeadah perubatan orang zaman dahulu kala yang tidak mempunyai klinik dan sebagainya. Bagaimana mereka meredakan suhu panas badan dialami?
Dalam beberapa hadis, Nabi Muhammad SAW ada mengajarkan teknik pengubatan Nabawi dalam meredakan segera suhu badan yang tinggi akibat demam. Baginda mengajarkan kita kaedah paling mudah iaitu hanya perlu mandi air sejuk untuk menurunkan panas demam.
Ads
Bukhari dan Muslim meriwayatkan Aisyah r.a bahawa Nabi bersabda, “Demam adalah bahagian dari keluasan jahanam (neraka). Kerana itu dinginkan ia dengan air. Malah saat akhir sebelum Nabi Muhammad mengalami demam yang mengakibatkan Rasullullah wafat, Baginda meminta agar tubuhnya disriram dengan air sebanyak tujuh kali. Satu lagi hadis mengenai demam turut dinyatakan.
“Apabila salah seorang daripada kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah dia mandi selepas fajar Subuh dan sebelum terbit matahari. Hendaklah dia mengucapkan yang bermaksud “Dengan Namamu Ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu dan benarkan bimbingan RasulMu (Riwayat At Tirmidzi).
Ads
Tetapi hari ini kemajuan sains telah mengambil alih keadah ini di mana apabila sakit kita bertemu doktor dan diberikan antibiotik. Dari sudut sains, demam yang menyerang manusia memiliki beberapa kebaikan. Hal ini terbukti secara ilmiah dan sesuai dengan hadis Nabi. Saat seeorang diserang demam, maka kadar zat endorphin di dalam tubuhnya akan bertambah.
Ads
Zat endorfin ini dihasilkan oleh sel darah putih. Ia dapat membunuh virus atau bakteria yang menyerang tubuh. Endorfin boleh membentuk antibodi melindungi tubuh. Ia tidak hanya menyelamatkan tubuh dari virus dan bakteria tetapi menambah daya tahan dan kekebalan tubuh dari pelbagai penyakit serta membantu menghilangkan sel-sel kanser. Dengan itu, demam dapat mencegah timbulnya sel-sel kanser berpotensi seseorang terkena penyakit kanser.
Bahkan tentang demam juga, saat seseorang demam dia mencaci maki dan Baginda telah bersabda, "Jangan kau mengumpatnya. karena ia dapat menghilangkan dosa, sebagaimana api dapat melembutkan besi yang keras," (HR. Ahmad).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Antara doa golongan yang mustajab doanya adalah daripada orang yang beramal soleh dan solehah. Kita disarankan untuk sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT. Tidak hairanlah apabila setiap apa yang kita hajatkan mempunyai permintaan tertentu.
Namun, waktu yang pasti kita akan panjatkan doa adalah selepas mendirikan solat fardhu. Selesai berwirid dan zikir selepas solat, maka kita panjatkan lah permintaan yang bersesuaian dengan hajat kita.
Ada solat yang dibaca secara umum dan sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.
Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)
Berikut dikongsikan bacaannya selepas solat fardu berserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Ia merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.
‘Rezeki Allah bagi perlu dikongsi.’ Ramai sebak, Anzalna belanja bapa tunggal dan baby beli barangan bayi. Bapa tunggal ini tular di TikTok kerana seringkali berkongsi videonya bersama anakanda tercinta.
Ketabahan bapa tunggal ini menguruskan anaknya tanpa kehadiran seorang isteri membuatkan ramai yang kagum.
Baru-baru ini, pelakon Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet apabila membuat perkongsian dia membantu seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.
Menerusi perkongsian tersebut, Anzalna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia membeli-belah bersama individu bertuah tersebut.
Malah detik itu ternyata lebih bermakna, apabila bapa tunggal ini hadir bersama anak kecilnya ketika bertemu dengan Anzalna.
Perlu Dikongsi
Menerusi video yang dikongsikan, bapa tunggal tersebut sedang sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian bersama anaknya.
Agak tersentuh, bila di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.
Ramai Sebak
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Anzalna Belanja Bapa Tunggal & Baby
Ternyata usaha Anzalna tidak terhenti di situ saja, ibu beranak dua ini turut menyatakan dirinya akan membawa keluarga lain untuk membeli-belah. Terutamanya mereka yang memerlukan.
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.
Beli Barangan Bayi
Melihat ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.
mazlinaisa Semoga Anzalna dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah untuk sekeluarga. Terpancar riak gembira di wajah daddy dan cute girl.
zarith_elena Ya allah sedihnye. Ya allah kau limpahkan rezeki yang tak terduga kepada beliau dan kami semua. Ampunkan kami, cukupkan kami dengan rasa syukur.
fnasoha Kenapa mata saya masuk habuk ini. Bagusnya si ayah dan baiknya hati anzalna berkongsi rezeki.
Dalam satu perkongsian di laman sosial facebook, Ustazah Asma Harun cukup tersentuh dengan catatan suaminya hingga membuatkan dirinya menangis teresak-esak ketika membacanya.
Beliau tahu suaminya itu sangat tetapi tidak pernah sekalipun mulut berkata penat. Malah sanggup berkorban untuk keluarga demi menjalankan tugas menyampaikan dakwah kepada orang ramai.
Malah pujian yang diberikan oleh suami tercinta terhadap dirinya membuatkan dirinya terasa sangat dihargai.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati.
Suami yang saya muliakan @Tengku Fazli bin Tengku Yahya sangat² jarang menulis panjang, teresak-esak juga saya menangis ketika membacanya. Hakikatnya dialah kekuatan saya, bila ditanya penat tak.. Hampir tidak pernah dia sebut perkataan penat, walaupun saya tahu ketika itu dia sangat penat membawa kereta jauh, menjual dll.
Saya kongsikan semoga ada manfaat untuk sahabat jua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ CNP NILAI SEBUAH SENYUMAN… “Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuat, menguatkan saya untuk terus berdiri hari ini. Kekuatan yang kekadang tidak saya tahu dari mana datangnya. Setelah menjelajah Negeri Kelantan, dan lebih kurang jam 2.30 pagi sampai di Gombak.
Ikutkan hati mahu terus ke Seremban jumpa anak², tapi bimbang tidak sempat untuk saya berada di sini. Ditahan rasa rindu sebagai Ibu Ayah untuk bertemu si kecil dan semua. Semoga Allah menerima pengorbanan ini sebagai ibadah dalam jalan dakwah. Semoga Allah berikan kami keikhlasan dan taqwa sepanjang jalan ini.
Alhamdulillah, kekadang rasa penat itu hilang dan hadirnya kekuatan apabila melihat senyuman ibu-ibu jemaah sekalian, bila kata-kata yang diilhamkan Allah membantu merawat duka ibu-ibu yang sekian lama terpaku. Saya rasa bahagia bilamana ada yang dapat kekuatan untuk meneruskan perjalanan walaupun sukar dan berliku.
Bahagia bila ramai Ibu-ibu boleh berikan kekuatan dan senyuman kepada orang lain pula. Alhamdulillah, semoga senyuman yang diukirkan ibu² sekalian terus menguatkan saya untuk memberikan yang terbaik kepada semua yang memerlukan. Moga saya terus istiqamah selagi Allah mengizinkan dan selagi diperlukan.”
Begitulah UAH memulakan ceramah di Masjid Bandar Baru Sungai Buluh jam 9.00pg dengan bersemangat seperti biasa. Sambil berdiri, lantunan itu seolah-olah tiada kepenatan yang dirasakan. Kekadang tertanya juga, dari mana datangnya semangat beliau untuk menyampaikan walau keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan?
Tidak dapat tidak, diserahkan sepenuhnya kepada Allah yang Maha Kuat untuk menguatkan dan menghilangkan kepenatan. Yang menguatkan jasad untuk berdiri. Yang menguatkan hati untuk menempuhi hari-hari.
UAH telahpun melalui 7 episod kelahiran anak kami, dan 2 kali keguguran. Dengan kelahiran anak yang ke-7, Fatimah melalui pembedahan. Tenaga perempuan, bukan seperti tenaga lelaki.
Namun, dari satu sudut, sejujurnya tenaga dan kekuatan yang ada pada golongan wanita amat luar biasa, mampu mengalahkan kaum lelaki. mereka masih mampu untuk terus menjalankan tugasan sebagai suri rumah setelah pulang daripada pejabat.
Ketika sakit pening dirasakan, masakan istimewa tetap terhidang. Tetapi, memerhatikan diri sendiri dan mungkin ramai kaum lelaki, ianya berbeza. Apabila diuji dengan sakit pening, kaum lelaki lebih banyak terbaring.
Habis semua rancangan tv disaring. Diupdatekan kesakitannya kepada orang sekeliling. Maka, berlalulah masa tanpa ada yang penting. Sakitnya yang sedikit mengalahkan wanita yang melahirkan secara pembedahan. Lemahnya kaum lelaki, di mata isteri-isteri dalam realiti kehidupan.
Alhamdulillah, ceramah sudah berakhir. Semoga UAH terus kuat untuk ke Banting dan menghabiskan satu lagi program sebelum pulang memeluk si bongsu, Fatimah dan anak-anak yang lain. Anak-anak juga sumber kekuatan UAH untuk mengembara. Melihat mereka sangat erat memeluk umminya, terubat kerinduan dan kelelahan yang ada.
Tidak dirasakan berat meninggalkan mereka 2-3 hari seandainya segala pesanan untuk solat di awal waktu, berzikir dan bermathurat diamalkan. Dibacakan Al Quran bersama tafsir secara berjemaah seperti dilakukan kebiasaan, lebih menyejukkan hati dan mendamaikan fikiran.
Selepas ini, ummi boleh berjauhan lagi untuk mengukirkan senyuman kepada semua yang masih memerlukan. Menguatkan lagi senyuman yang sentiasa ternanti-nanti kata-kata yang diilhamkan.
Semoga senyuman yang berseri yang diukirkan akan terus menguatkan UAH untuk sentiasa untuk memberi.
HIDUP HATI DENGAN MEMBERI. Doakan kami sentiasa saling menguatkan Catatan dari seorang suami, Tengku Fazli bin Tengku Yahya. 27.9.2020
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...