--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

‘Ringan-Ringan’ Dengan Isteri Di Bulan Ramadan, Boleh Atau Tidak & Apakah Hukumnya

Tidak ada hukum yang melarang suami isteri untuk melakukan hubungan suami isteri di bulan Ramadan asalkan ia tidak dilakukan sepanjang tempoh berpuasa iaitu di siang hari.

Hubungan intim yang dilakukan di bulan Ramadan tidak akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu.

Jika Islam melarang hubungan batin di siang hari ketika menunaikan ibadah berpuasa, bagaimana pula dengan aktiviti berciuman dan ringan-ringan yang dilakukan pasangan suami isteri.  Bolehkah berciuman dan ‘ringan-ringan’ dengan isteri?

Ads

'Ringan-Ringan' Dengan Isteri Di Bulan Ramadan, Boleh Atau Tidak & Apakah Hukumnya

Soalan: Bolehkah seseorang yang berpuasa berciuman dan bermesra dengan isterinya yang biasanya dilakukan sebelum persetubuhan tetapi tidak sampai bersetubuh?

Ads

Jawapan: 
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan berciuman dan ‘kemesraan yang lain’.

2. Kata ‘Aishah:
يُقَبِّلُ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ، وَكَانَ أَمْلَكَكُمْ لِإِرْبِهِ
“Nabi s.a.w mencium dan bermesraan dengan isteri sedangkan baginda berpuasa. Baginda itu paling dapat mengawal kemaluannya” (Riwayat al-Bukhari)

Ads

3. Kata Masruq:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ مِنَ امْرَأَتِهِ صَائِمًا؟ قَالَتْ: كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْجِمَاعَ
Aku pernah bertanya A’ishah: “Apakah yang halal untuk lelaki lakukan kepada isterinya semasa berpuasa?”. Jawab ‘Aishah: “Semua perkara kecuali persetubuhan” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanad yang sahih).

Sumber: Dr.MAZA.com

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Anak Istimewa Bukan Beban, Tetapi Amanah Allah Buat Ibu Bapa Yang...

Anak istimewa bukan beban tetapi amanah Allah yang penuh hikmah. Ketahui cara ibu bapa mengurus, mendidik dan melihat ganjaran di sebalik ujian ini.