Hari ini adalah merupakan hari wuquf di Arafah bagi mereka yang berada di Tanah Suci. Hari Arafah adalah hari yang ke sembilan dalam bulan Zulhijjah. Ia merupakan salah satu daripada hari-hari yang dimuliakan oleh Allah SWT serta mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dan merupakan hari kemuncak ibadah haji.
Puasa sunat pada hari Arafah atau juga dikenali sebagai Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Sabtu, 10 Ogos 2019 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1440 Hijrah. Umat Islam di sunatkan berpuasa sunat Arafah pada tarikh ini memandangkan umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji/Aidiladha pada hari Ahad 11 Ogos 2019 .
NIAT PUASA ARAFAH
ARAFAH
Arafah adalah nama salah satu tempat yang semua jemaah haji diwajibkan berwukuf di situ pada hari dan waktu yang telah ditetapkan oleh syariat Islam sebagai salah satu daripada rukun haji.
Mengikut apa yang disebut dalam Tafsir Al-Qurtubi, terdapat beberapa pendapat ulama mengenai nama tempat itu sebagai Arafah antaranya ialah :-
1. Kerana di tempat itulah manusia berkenal-kenalan di antara satu sama lain pada hari wukuf.
2. Kerana Jibril a.s. telah membawa Nabi Ibrahim a.s. mengelilingi tempat itu dan memperlihatkan kepada baginda segala pemandangannya lalu berkata : “Adakah engkau kenal? Adakah engkau kenal?” Nabi Ibrahim pun menjawab, “Saya kenal. Saya kenal.”
3. Kerana Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa ketika diturunkan dari syurga di tempat yang berasingan, akhirnya mereka bertemu semula dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain di tempat itu.
Ads
KELEBIHAN HARI ARAFAH
Hari Arafah adalah hari yang kesembilan Zulhijjah. Ia merupakan salah satu daripada hari-hari yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang tertentu, di antaranya ialah :-
Ia merupakan hari kemuncak bagi ibadah haji, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Ibadah haji itu (sah dengan berwukuf) di Arafah.” Ertinya, wukuf di Arafah merupakan satu rukun tertentu dalam ibadah haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak sah.
2. Ia merupakan hari keampunan segala dosa dan kemerdekaan dari api neraka serta Allah melahirkan kebanggaanNya kepada para malaikat dengan ramainya orang yang berwukuf di Arafah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Hari yang Allah s.w.t. memerdekakan paling ramai hambaNya daripada api neraka ialah hari Arafah, dan sesungguhnya rahmat dan anugerah Allah mendekati mereka, kemudian Allah melahirkan kebanggaanNya kepada para malaikat dengan ramainya mereka yang berwukuf di Arafah lalu berfirman, “Apakah yang mereka kehendaki?
Dalam riwayat yang lain pula Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah taala melahirkan kebanggaanNya kepada para malaikatNya pada waktu petang hari Arafah dengan ramainya ahli Arafah, lantas berfirman, lihatlah kamu kepada hamba-hambaKu yang telah datang kepada Ku dengan keadaan kusut masai, dan berdebu.” (Riwayat Muslim)
3. Ia merupakan hari Allah menyempurnakan agama dan mencukupkan nikmat untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan menurunkan ayat 3 surah Al-Maidah pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. berada di Arafah, iaitu, “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah mencukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku reda akan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”
Ads
4. Ia merupakan hari Allah mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam a.s. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya seperti biji-bijian.
Kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”, yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” (Riwayat Ahmad)
AMALAN SUNAT HARI ARAFAH
Ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut menggambarkan tentang kemuliaan, kelebihan dan keagungan hari Arafah. Sementara amalan-amalan sunat yang dituntut pada hari Arafah pula antaranya adalah:
1. Berpuasa sunat Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji kerana orang yang berpuasa pada hari itu, akan diampunkan dosanya selama dua tahun. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap bahawa Allah akan mengampunkan dosa pada tahun sebelumnya dan tahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)
Ads
2. Menjaga solat secara berjemaah, memperbanyakkan solat sunat dan qiamulail kerana semua ini merupakan ibadah-ibadah yang paling afdal bagi mendekatkan diri kepada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kerana sesungguhnya tiap-tiap kali engkau bersujud kepada Allah, Allah akan mengangkatkanmu dengan sujud itu satu darjat dan menghapuskan daripadamu satu kesalahan.” (Riwayat Muslim)
3. Memperbanyakkan doa dan zikir, kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah” Oleh itu, perbanyakkanlah doa pada hari itu untuk mendapat keampunan dan kemerdekaan daripada api neraka, serta memperbanyakkan berzikir dengan zikir yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para nabi sebelum baginda sebagaimana yang disebut dalam hadis di atas. Selain itu, rebutlah peluang kemuliaan yang ada pada hari Arafah ini dengan memperbanyakkan tahlil, tasbih dan takbir. Ibnu Umar r.a. berkata yang bermaksud, “Kami bersama dengan Rasulullah s.a.w. pada pagi hari Arafah lalu sebahagian dari kami bertakbir dan sebahagian yang lain bertahlil.” Para muslimin juga disunatkan bertakbir tiap-tiap kali selepas solat, bermula dari solat Subuh hari Arafah 9 Zulhijjah sehingga solat Asar 13 Zulhijjah.
KESIMPULAN
Begitulah sebahagian dari kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aiduladha yang telah disebutkan oleh Baginda Nabi saw. Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur, pulang dengan penuh keinsafan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini, perbanyakanlah amalan pada hari tersebut.
Sumber kredit: [Petikan Khutbah Jumaat Pusat Islam Sultan Mahmud pada 9 September 2016] via canselori.umt.edu.my
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Rezeki itu datangnya dari Allah. Sesukar mana pun kehidupan, DIA berkuasa mengubah segalanya hanya dalam sekelip mata. Konsep rezeki adalah satu konsep yang luas, namun setiap manusia perlu berbuat baik dengan ibu bapa masing-masing untuk dipermudahkan perolehan rezeki.
Apabila kita berkongsi rezeki terutama dengan ibu bapa maka akan lebih banyak barakah yang kita perolehi. Cara Chef Wan berkongsi rezeki harus dijadikan contoh. Malah amalan berkongsi rezeki dengan ibu dan bekas isterinya diamalkan sejak beliau masih muda lagi.
Ikuti perkongsian Chef Wan di laman Instagramnya.
SUKA BELANJA MAK
Getting my mother her Hush Puppies sandal after my cookery show at Atria Damansara Jaya.
I loved to buy my mother fabric, hand bags and shoes dari zaman muda lagi.
Nasib baik my mother tidak berminat all this gold and diamond jewelleries pun as we come from a poor family.
So all this little things like taking her for a good dinner or at so many of my world travel in the past always bring joy to her life.
Dapat saja duit rezeki hari ni terus saya niat minggu ini jika ada masa lapang nak bawa emak beli kain baju dia at Jakel pulak.
CEPAT-CEPAT SEDEKAH BILA DAPAT REZEKI
Bila Allah beri kita rezeki cepat2 kita ingat nak sedekah sebahagian dari rezeki itu pada Ibu dan Janda saya too.
Saya selalu berfikir harta dunia ini tak boleh kita bawa mati pun.
Jika kita tak belanja kan terutama pada ibu dan bapa kita masa di dunia lagi yg pasti di akhirat nanti kita kerugian besar.
JANGAN KEDEKUT
Over in my life i have seen many people including my own circle and extended fanilies pun yg jenis tangkai jering atau jenis tak peduli langsung.
Bila kita tegur ada yg sentap.
That is why saya selalu noticed dari muda sampai ke tua rezeki saya ada sahaja yg datang.
BUKAN NAK PUJI DIRI SENDIRI
Sharing this true story is not about nak memuji diri saya but only to inspire others to also follow my food step especially kepada anak2 muda generasi yg baru.
Jangan la kita berkira kira atau pun bersifat kedekut dgn kedua ibu bapa kita, adik beradik mau pun saudara mara kita.
I want to leave this world not by remembering that i have accumulated berapa banyak harta, anugerah2 , pangkat dan darjat or being famous except all my sedekah dan kebaikan i have done to others that will put a smile on my face.
Infact yg Allah selalu pesan kita pun itu la juga.
Patutlah rezeki Chef Wan tidak pernah putus dan datang mencurah-curah. Ini rupanya rahsia yang diamalkan. Moga dijadikan contoh kepada golongan anak muda. Santunilah ibu bapamu dengan semulia yang mungkin.
Sumber kredit: @chef wan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Antara doa golongan yang mustajab doanya adalah daripada orang yang beramal soleh dan solehah. Kita disarankan untuk sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT. Tidak hairanlah apabila setiap apa yang kita hajatkan mempunyai permintaan tertentu.
Namun, waktu yang pasti kita akan panjatkan doa adalah selepas mendirikan solat fardhu. Selesai berwirid dan zikir selepas solat, maka kita panjatkan lah permintaan yang bersesuaian dengan hajat kita.
Ada solat yang dibaca secara umum dan sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.
Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)
Berikut dikongsikan bacaannya selepas solat fardu berserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Ia merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin. Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.
Walau bagaimanapun menurut seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32, melalui perkongsian video di laman Facebooknya, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu. Ini kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Muhamad Firdaus sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.
TERUSKAN PERJALANAN DI KAWASAN SELAMAT DAN BERHENTI SOLAT
“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.
“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.
“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit.”
Ujar Muhamad Firdaus, mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, apa yang boleh dilakukan ialah meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.
Dalam situasi begini, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.
“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.
“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.
Apa nak buat kalau nampak entiti ghaib di lebuhraya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...