Mustahil kita tidak tahu apa itu wuduk. Mengambil wuduk tidak kira lah untuk mendirikan solat atau ibadah lainnya, mempunyai 1001 kelebihan atau fadilat.
Munurut Muhammad Kamil Abd al-Somad, dalam bukunya al-I’jaz al-Ilmi fi al-Islam wa al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan, manfaat dalam wuduk sangat besar untuk tubuh badan manusia.
Mula daripada membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, kemudian membasuh kaki hingga buku lali.
Apa yang Allah perintahkan sebenarnya mempunyai rahsia besar tersembunyi di sebaliknya. Para pakar kesihatan turut memperakui kelebihan berwuduk ini dan menganjurkan agar membersihkan kaki, mulut dan muka sebelum tidur.
Dalam Islam, kelebihan berwuduk tidak semata-mata untuk membersihkan anggota supaya bersih dan kelihatan cantik, hakikat yang lebih besar ialah berwuduk mempunyai nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah.
Ads
Kelebihan Berwuduk
Tanda orang beriman
Apabila berwuduk bermakna kita mementingkan kebersihan diri. Bersih adalah sebahagian daripada iman. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi SAW bersabda:
“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…” (H/R. Muslim, no. 223)
Terhapusnya Dosa-Dosa Kecil
Fadilat ini sepatutnya direbut oleh kita. Bayangkan seharian kita pasti tidak lepas melakukan dosa-dosa kecil, maka perlu ada usaha mensucikan.
Dalam hal ini, mengambil wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimNya solat tetapi ia juga menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148)
Ads
“Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad, 5/252.)
Mengangkat Darjat Kita
Kita sibuk ingin menaikkan darjat di mata manusia, namun tahukah kita bahawa lebih mulia lagi jika kita naikkan darjat di sisi Allah dengan cara yang disukaiNya iaitu berwuduk.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Suka kah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda SAW pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)
Terbukanya Pintu-pintu Syurga
Subhanallah, hanya dengan berwuduk, kita sedang menuju ke pintu syurga Allah. Siapa yang meremehkan hal ini adalah dari golongan yang rugi.
Ads
Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, no: 234),
Wajah Bercahaya Di Akhirat
Setiap anggota badan kita yang terkena air wuduk bakal bercahaya terang akhirat nanti.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” (H/R. Muslim, no: 250)
Membuka Ikatan Syaitan
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah SAW memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda SAW:
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwuduk pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)
Kashoorga: Subhanallah, betapa besarnya nikmat berwuduk, bukan sahaja dari sudut kesihatan malah juga mampu mendapat redha Allah. Maka sentiasalah pastikan kita berada dalam keadaan berwuduk. Semoga kita istikomah selepas ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain berdoa kepada Tuhan, pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghalang penyebaran virus COVID-19 ini.
Ini kerana wabak serius boleh tersebar melalui sentuhan barangan daripada mereka yang mengalami masalah ini.
Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mengelakkan penggunaan duit syiling dan wang kertas.
Seperti perkongsian lelaki ini Mohd Razman Faizal Sulaiman yang juga seorang pengusaha kedai memberitahu cara pencegahan melalui penggunaan duit syiling an wang kertas.
WANG KERTAS DAN COVID-19 ++++++
Tahukah Anda? Hangpa tau atau tak duit kertas dan duit syiling adalah salah satu faktor boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 berskala besar.
Serius cakap aku mula terpikiaq sekarang nie potensi penularan Covid-19 nie boleh tersebar meluas melalui sekeping kertas yang dinamakan duit.
Kenapa aku cakap macam tu?
Ini semua berpunca dari rider aku yang nak hantar makanan ke hospital dia call aku balik masa kastemer tu nak bayar duit caj delivery.
“Bang….duit nie selamat ka kalau saya pegang…”
“Kenapa pulak dah?”
“Saya takut la bang…mana tau duit nie dah terkena virus corona tu ka….dah la yang amik tadi nie bukan doktor….yang nie pesakit….nampak macam tak sihat dengan batuk-batuk…..boleh tak lepas nie abang settle awal-awal caj delivery dengan kastemer bayar online jer…. “
Mana taknya bila rider aku cakap macam tu aku mula terfikir. Ada betul juga apa dia cakap.
Dah la jual beli sentiasa berlaku. Duit syiling dan duit kertas sentiasa silih berganti.
Bayangkan sekiranya seseorang itu adalah pembawa virus. Tak mustahil duit syiling atau duit kertas yang ada pada mereka ini pun telah tercemar dengan Covid-19.
Kita semua tau Covid-19 nie boleh tersebar melalui sentuhan.
Jadi adalah sangat tidak mustahil boleh berlaku penularan secara serius hanya dengan sekeping wang kertas atau duit syiling.
Proses ini boleh jadi penyebab tersebarnya Covid-19 daripada seorang pembawa kepada seorang penerima wang kertas atau syiling tersebut.
Jadi bagaimanakah langkah yang perlu diambil oleh kita semua?
Yang ini akan menjadi satu cabaran sebenarnya.
Macam aku sebagai seorang pengusaha kedai makan, aku sangat risau sebenarnya bila difikirkan pasai isu ini.
Apa yang aku buat setiap kali balik ke rumah, aku terpaksa cuci duit syiling dengan dettol.
Duit kertas pulak aku masukkan dalam plastik dan aku spray dengan antiseptic dettol dalam plastik dan biarkan pada waktu yang lama supaya partikel antiseptic dapat memenuhi ruang dalam plastik dan membunuh segala virus atau partikel merbahaya yang ada pada permukaan duit tersebut.
Ini adalah salah satu langkah yang aku nampak dapat mengurangkan penyebaran virus Covid-19 melalui wang kertas atau syiling.
Langkah pencegahan ini kita sendiri boleh laksanakan di rumah.
Semuanya bergantung kepada kita semua.
Sekiranya hangpa rasa benda ini bermanfaat hangpa boleh bagitau dengan orang lain supaya semua orang boleh amik langkah berjaga-jaga dengan membasmi masalah virus nie bermula dari rumah lagi.
Kalau hangpa nak cuci duit bagitau aku hahaha….aku tolong cuci dan simpankan sehingga masalah virus Covid-19 selesai hahaha.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing.
Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Suami adalah lelaki terbaik allah ciptakan untuk kita. ‘Nak suami macam Hafiz, jadilah Aina.’ Tentu saja apa yang Aina lalu bukan sesuatu yang mudah.
Oleh sebab itu, suaminya amat menghargai Aida. Malahan jika dilihat daripada mata kasar, kasih sayang Hafiz kepada Aina tidak pernah berkurang malah kian bertambah hari demi hari.
Ikuti perkongsian Dr Amalina Nudin mengapa kita harus bersyukur dengan suami yang telah Allah anugerahkan di sisi kita.
Jangan cemburu Aina dapat suami macam Hafiz.
Sebab disebalik gembiranya seseorang sekarang, boleh jadi dia pernah melalui kesakitan dan pengorbanan yang luar biasa.
Hafiz kata, dia menumpang rezeki isteri. Kita jangan cemburu Aina dapat suami macam Hafiz.
Kita cemburulah pada Aina, untuk jadi isteri yang baik macam dia, yang suami hargai.
Isteri yang sentiasa mendoakan suami. Malah menjadi isteri yang memilih suami di saat dia tiada apa-apa.
Isteri yang banyak suami dapat belajar. Dan isteri yang untung siapa jadi suaminya.
Isteri yang lebih berkahwin dengan kita, tenang dan rezeki suami mencurah-curah…
Allah Ciptakan Untuk Kita
Jangan compare suami kita macam Hafiz. Tapi, comparelah diri kita dengan Aina.
Belajar dengan Aina,
‘Apa kebaikan yang Aina buat, yang aku boleh ambil inspirasi dan contohi?’
Lelaki yang baik, hanya untuk perempuan yang baik.
Apabila nampak suami tak menghargai,
Cuba cermin diri,
Adakah kita sudah buat sesuatu dan layak dihargai?
Atau suami sudah berbuat sesuatu, namun masih tak nampak dan kurang kita syukuri?
Nak Suami Macam Hafiz
Mungkin suami kita sudah all out hargai kita, dengan versinya tersendiri.
Doakan kita. Kejut solat subuh. Pejam mata akan kekurangan kita.
Belanja kita, walau tiada pun untuk dia.
Santuni dan banyak bersabar. Memberi telinga dan bahu untuk bersandar.
Dia tunjuk kasih sayang dengan caranya tersendiri. Nak suami macam ‘Hafiz’, jadilah ‘Aina’.
Pasti ada kebaikan yang Aina buat, sehingga dia dapat kebahagian dan dimuliakan suami sebegitu rupa…
Suami awak adalah lelaki terbaik yang Allah ciptakan untuk awak sekarang.
Alhamdulillah.
Ramai lagi tiada suami. Syukur Allah beri suami, itu anugerah terindah. Syurga dunia.
Suka akan analogi cheese cake.
Ada orang, satu keping kek hilang, dia sedih sebab jadi tak sempurna, dia lupa yang dia ada banyak lagi 90 peratus.
Ada orang, dapat sekeping kek pun bahagia sangat, dia hargai walau hanya ada 10 peratus, sebab sebelum ini tiada.
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
(Ibrahim :7)
Kelebihan Orang Bertaubat, Antaranya Dapat Rezeki Berkatmanusia yang sempurna. Malah tiada manusia yang terlepas dari berbuat dosa. Tapi sebagai hamba Allah, kita masih diberi...