--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Self-Reward Bagus Untuk Emosi, Namun Ada Batasnya Menurut Islam

Generasi hari ini semakin terbiasa dengan konsep self-reward selepas berjaya menyelesaikan sesuatu perkara. Contohnya, selepas seminggu penat bekerja, lebih-lebih lagi ketika musim raya, ada yang menghadiahkan diri sendiri dengan kasut atau pakaian baharu sebagai tanda menghargai usaha diri.

Secara mudah, self-reward ialah ganjaran yang diberikan kepada diri sendiri atas pencapaian yang telah diraih. 

Pencapaian itu pula bukanlah semestinya sesuatu yang besar. Daripada sekecil-kecil kejayaan seperti berjaya hadir bekerja setiap hari, hinggalah kepada pencapaian besar seperti memiliki rumah sendiri, semuanya boleh diraikan dengan cara tersendiri.

BACA JUGA: Bekerja Dari Rumah? Ini Cara Jaga Amanah Dan Keberkatan Sebagai Seorang Muslim

Dalam Islam, menzahirkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang diperoleh memang dituntut. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia cintakan keindahan. Dan Allah suka untuk melihat kesan-kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.”
Riwayat Ibn Asakir (17/200)

Jelas di sini, Islam tidak melarang seseorang meraikan kejayaan atau menghargai diri sendiri. Namun, di manakah letaknya salah apabila seseorang melakukan self-reward ?

Jawapannya ialah apabila self-reward itu bertukar menjadi pembaziran, berlebihan dan melalaikan.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 27:

Ads

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Masalah mula timbul apabila keinginan untuk menghargai diri sendiri menyebabkan seseorang berbelanja tanpa kawalan.

Akhirnya, duit habis digunakan untuk membeli sesuatu yang tidak perlu, sehingga terpaksa makan mi segera di hujung bulan dan tiada tabungan kecemasan.

Pembaziran juga berlaku apabila kita membeli barangan yang tidak diperlukan atau sudah pun dimiliki, cuma mahu menambah koleksi dengan warna atau rekaan berbeza semata-mata mengikut kehendak nafsu.

Dalam keadaan ini, self-reward bukan lagi penghargaan kepada diri, sebaliknya menjadi ruang menurut hawa nafsu.

Lebih membimbangkan, ada yang kemudian berkongsi pembelian tersebut di media sosial dengan rasa bangga dan mahu menunjuk-nunjuk. 

Ads

Jika timbul riak dalam hati, maka nikmat yang diterima itu boleh bertukar menjadi punca seseorang jauh daripada Allah kerana gagal mensyukuri nikmat dengan cara yang betul.

Hakikatnya, self-reward itu tidak salah. Yang penting, ia dilakukan dengan niat yang betul dan dalam batas yang dibenarkan syarak.

Panduan self-reward patuh syariah: 

Self-Reward Bagus Untuk Emosi, Namun Ada Batasnya Menurut Islam

 Betulkan niat, jadikan ia tanda syukur
Mulakan dengan rasa syukur kepada Allah atas nikmat dan kekuatan yang diberikan. Ucapkan Alhamdulillah atas setiap kejayaan, sama ada kecil atau besar. Rasa syukur ini akan menjadikan hati lebih tenang dan mendorong diri untuk terus berusaha menjadi lebih baik.

Ads

Berbelanja ikut kemampuan
Raikan diri mengikut kadar kemampuan kewangan masing-masing. Jangan sampai terpaksa menggunakan wang simpanan atau duit komitmen semata-mata mahu memuaskan kehendak diri. Keperluan dan tanggungjawab tetap perlu didahulukan.

Self-Reward Bagus Untuk Emosi, Namun Ada Batasnya Menurut Islam

Tidak semestinya dalam bentuk material
Self-reward bukan hanya membeli barangan baharu. Ia juga boleh dilakukan dalam bentuk yang lebih sederhana dan bermanfaat seperti tidur lebih awal, meluangkan masa bersama keluarga atau bersenam .

Kesimpulannya, menghargai diri sendiri tidak salah, malah boleh menjadi satu bentuk motivasi untuk terus melangkah ke hadapan. Namun, jangan sampai ia bertukar menjadi pembaziran, riak dan beban kewangan pada masa hadapan. Berbelanjalah secara sederhana dan berpada-pada.Terapkan ayat al-Quran ini dalam diri sebagai peringatan buat diri sendiri.

Firman Allah SWT:

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.”


Surah al-Furqan, ayat 67

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Healing Dengan Mendaki, Cara Tenangkan Hati Dan Dekatkan Diri Kepada Allah...

Healing dengan mendaki membantu menenangkan jiwa, mengurangkan stres dan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui tadabbur alam serta manfaat kesihatan.