Bersediakah kita nanti untuk berhimpun di Padang Mahsyar setelah semuanya bangkit dari tiupan sangka kala kedua? Sudah cukupkah amalan yang dibawa? Tepuk dada tanya selera.

Bayangkan bagaimana sesaknya nanti Padang Mahsyar yang mana dikatakan matahari hanya tinggi sejengkal dari kepala. Sedang di dunia pun jam 10 pagi sudah terasa bahangnya apatah lagi dengan ketinggian sejengkal dari kepala. Bayangkan!
Padang Mahsyar sebagai tempat kita menunggu masa dihisab merupakan hamparan tanah lapang berwarna koko.

Artikel berkaitan: Rebut Buat 10 Sedekah Jariah Ini, Pahalanya Mengalir Hingga Kiamat

Artikel berkaitan: Ini Lima Perkara Yang Dapat Membela Kita Di Mahkamah Perbicaraan Padang Mahsyar

Di manakah tempatnya? Ia adalah di bumi ini juga. Dengan kuasa Allah Maha Pencipta, tanah menjadi rata saujana mata memandang.

Di situ nanti, semua makhluk; manusia, binatang, jin dan lain-lain dalam keadaan tidak berkasut, tanpa pakaian dan tanpa dikhatan.

IKLAN

Di sana nanti akan wujud tiga kumpulan manusia dengan cara jalan berbeza. Perbezaan ini menunjukkan golongan -golongan manusia berdasarkan amalannya di dunia semasa hidup.

Tiga Cara Berjalan Golongan Manusia Di Padang Mahsyar:

IKLAN
  1. Golongan yang berjalan kaki:

Kumpulan manusia ini berjalan tanpa memakai kasut. Golongan ini adalah merupakan orang Islam biasa. Dia melakukan dosa dan masa sama dia juga berbuat kebaikan bagi mengumpul pahala. Dalam erti kata lain apabila ditimbang neracanya tiada yang condong ke kiri atau ke kanan.

2. Golongan beriman:

Kumpulan ini terdiri daripada para nabi, rasul, ulama, wali, orang beramal soleh dan hanya beriman kepada Allah SWT. Mereka akan menaiki haiwan tunggangan yang berbeza-beza. Golongan ini tidak akan berasa letih sewatu di Padang Mahsyar nanti. Mereka ini adalah golongan VIP ketika di Padang Mahsyar nanti. Sesungguhnya untuk termasuk dalam golongan ini lah yang menjadi matlamat kita.

3. Golongan berjalan menggunakan muka:

Tidak dapat dibayangkan kesengsaraan manusia dari kumpulan ini apabila berjalan menggunakan muka manakala kaki naik ke atas.

IKLAN

Kita yang berjalan tanpa kasut berasa sakit dan tidak selesa, apatah lagi jika terpkas berjalan menggunakan muka.

Kumpulan manusia ini adalah mereka yang tidak mempercayai Allah. Manusia kafir dan enggan menerima ajaran Islam. Cara berjalan juga amat menyakitkan apabila mereka kelihatan terlompat-lompat menggunakan muka; pasti sulit, sukar dan perit.

Sekarang kita sudah dapat tahu bayangan golongan manusia di Padang Mahsyar nanti. Cuba tanya pada diri sendiri kumpulan yang mana kah nanti kita ahu dikategorikan? Bersegeralah mempersiapkan diri kerana kita tidak tahu bila malaikat Izrail datang memanggil.

Sumber: Ceramah Ustaz Wadi Anuar

Mahu Artikel Anda Tersiar Dalam Kashoorga?
Kirim tulisan anda yang sekiranya sesuai dengan Kashoorga menerusi emel ini: emma_masri@ideaktiv.com . Kiriman artikel berbentuk nasihat dan perkongsian kisah atau pengalaman hidup sebagai teladan para pembaca.
Hantar artikel antara 300 – 1500 patah perkataan dengan font 12 Times New Roman sebanyak 1- 2 muka surat. Untuk semua tulisan berbentuk pandangan/ komentar harap menyertakan sekali foto diri. Artikel yang disiarkan adalah di bawah tanggungjawab pengirim artikel bukan tanggungjawab redaksi Kashoorga. Sekian harap maklum.