baju

Viral baru-baru ini di laman sosial apabila dikatakan bahawa isteri perlu asingkan baju atau pakaian suami dan anak-anak sebagai tanda memuliakan ketika dalam proses membasuh. 

Namun lain pula pandangan yang dikongsi oleh PU Azman, pendakwah selebriti yang sering menjawab persoalan dikemukakan padanya melalui media sosial.

“Suami Isteri Adalah Rakan Kongsi, Jadi Tak Payahlah Asingkan Baju Kecuali Ada Sebab Tertentu…” – PU Azman

Menurut PU Azman mengasingkan pakaian suami dan anak-anak tanpa sebab kukuh seperti disebabkan baju luntur atau najis pada pakaian anak-anak dilihat secara berlebih-lebihan.

Ayuh, dengarkan penjelasannya.

“Bila keluar kenyataan “asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami”, akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami.

IKLAN

Artikel Berkaitan: “Ada Sebab Dia Memperlihatkan Sedekahnya. Untuk Motivasi Orang Lain” – PU Azman Minta Netizen Bersangka Baik Dengan Ustaz Ebit Lew

“Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan.

“Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat “memaksa” orang lain buat atas nama agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on

IKLAN

“Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama.

“Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama.

“Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab. Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal.

IKLAN

“Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami. Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami.

“Suami Isteri Adalah Rakan Kongsi, Jadi Tak Payahlah Asingkan Baju Kecuali Ada Sebab Tertentu…” – PU Azman
Gambar sekadar hiasan.

“Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan.

“Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.

Artikel Berkaitan: Nak Kekalkan Kemesraan Dengan Suami Serta Nak Pastikan Rumah Tangga Bahagia? Ini 10 Tip Yang Boleh Diamalkan!

Kredit Foto: Instagram PU Azman

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI