Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada suara seorang wanita itu aurat ketika solat atau sebaliknya. Bagaimana pula jika mengaminkan bacaan al-Fatihah dengan mengeluarkan suara sepert kaum lelaki lakukan? Entri ini mungkin boleh membantu kemusykilan anda selama ini.
Pada solat jemaah jahriyah (subuh, magrib dan isyak) harus bagi wanita untuk menjaharkan (melantangkan) suara ketika solat bersama mahram mereka. Namun ketika mana mereka solat bersama bukan mahram maka ia hendakhlah dilakukan secara sirr (diam).
Ibnu Qudamah menjelaskan “Seorang wanita melantangkan suaranya ketika solat jahriah. Jika ada lelaki-lelaki asing (bukan mahramnya ) maka dia tidak boleh melantangkan suaranya. Adapun jika yang mendengar adalah lelaki daripada kalangan mahramnya maka dia boleh melantangkan suaranya.” (al-Mughni: 2/202)
Ads
Dalam kitab al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah pada bab bacaan jahar dan sir dalam solat wanita telah dinukilkan bahawa Imam Nawawi berkata :
Ads
“Ada pun wanita maka berkata kebanyakan ulama Shafieyah – apabila dia solat bersendirian tanpa ada orang lain atau bersamanya kaum wanita atau lelaki mahramnya, hendaklah dia melantangkan suara (jahar), sama ada bersendirian atau berjemaah sesama kaum wanita. Ada pun jika solat bersama lelaki ajnabi (bukan mahramnya) maka hendaklah mendiamkan bacaan (sirr)”. (al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah: 1/255, Dr Abd. Karim Zaidan)
Maka dapat difahami bahawa wanita tidak boleh melantangkan bacaan ketika solat bersama bukan mahram sama ada ketika dia menjadi imam, makmum atau bersendirian.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat merupakan satu suruhan dari Allah yang diwajibkan bagi setiap Muslim. Ia wajib dilakukan tidak kira di mana atau dalam apa jua situasi.
Tiada alasan untuk kita tidak mendirikannya lagi-lagi jika keadaan fizikal dan mental
sempurna dia tiada cacat celanya.
Semalam viral menerusi satu perkongsian video diperoleh dari Instagram Ilmfeed memaparkan situasi di mana seorang lelaki yang sedang solat berdiri menggunakan kaki palsu hingga mencuri tumpuan warganet.
Dalam situasi ini, jemaah OKU ini turut bersembahyang berjemaah bersama jemaah normal lain dalam satu saf solat.
Ternyata amalan solat yang dilakukan walaupun menggunakan kaki palsu tetap disempurnakan dengan sebaiknya dan tidak ada alasan untuk meninggalkan suruhan yang satu ini.
Biarpun video itu dirakamkan di luar negara, tetapi telah memberi kesedaran kepada netizen betapa kukuh iman seseorang itu untuk berusaha beribadah walaupun diri serba kekurangan.
Malah kapsyen ditulis juga cukup menyentuh hati apabila mengingatkan kita supaya
menunaikan solat tanpa alasan dan bersyukur kerana dikurniakan tubuh yang sihat
dan memudahkan urusan untuk mengerjakan ibadah.
Video berdurasi 1 minit ini nyata mengundang sebak netizen dan rata-rata memberikan komen yang positif.
fatin.zil Subhanallah. Hope this can motivate us to perfom a better salah
syaefulrizal Mashaa Allah karena selama kita hidup, tidak ada alasan bagi kita untuk meninggalkan Sholat hingga ajal menjemput.
Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3.“apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan
Sumber: JAKIM Cawangan Sabah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Tahajud merupakan solat sunat yang dikerjakan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam. Waktu sepertiga malam merupakan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa (doanya akan terkabul). Pada waktu tersebut para malaikat akan turun ke bumi. Solat sunat Tahajud dilakukan paling sedikit 2 rakaat dan paling banyak tidak ada batasannya dengan diakhiri dengan solat witir sebagai penutup.
Seseorang yang selalu mengamalkan solat Tahajud akan biasa mengawal emosinya kereana mempunyai ketenangan dan kedamaian jiwa. Ketika inilah kita berdoa kepada Allah agar dimakbulkan permintaan. Ajaibnya solat Tahajud ini hanya mereka yang mengamalkannya sahaja yang tahu.
Astaghfirullah Hal Adziim.. sebelum saya bercerita kisah benar ini berkenaan keajaipan solat Tahajud, saya beristighfar terlebih dahulu agar di ampunkan dosa2 saya bercerita hal ini.. saya benar2 ingin memberi perangsang pada anda untuk yakin sebenar-benar yakin akan kekuasaan ALLAH SWT, saya bukan nak riak. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 saya.
Pada usia saya mencapai 50 tahun, saya ingin benar bersolat depan Ka’abah. Waktu itu, saya telah lama tidak bekerja..saya pencen perkhidmatan awam di umur genap 40 tahun. Saya hanya bergantung pada suami dan anak sulung segala perbelanjaan kehidupan. Amat mustahil dalam kemelesetan ekonomi tahun 2011 saya dapat menjejak kaki ke Tanah Suci. Tambahan masalah lagi anak bungsu saya masih bersekolah dan amat payah untuk meninggalkan beliau untuk mengurus diri ke sekolah selama dua minggu semasa ketiadaan saya. Namun sebagai satu usaha saya lazimkan diri berdoa’ dgn bersungguh waktu solat Tahajud.
SELALU SOLAT TAHAJJUD
Suatu pagi.. selepas saya bertahajud kira-kira jam 4 pagi, saya berdoa dengan airmata mohon agar ALLAH permudahkan saya ke Tanah Suci. Selepas berdoa, dengan airmata yang masih ada saya terlena di atas sejadah. Dalam masa saya terlena tersebut saya bermimpi arwah ibu memandang saya tetapi macam berkata “Cikna pergilah dalam bulan September dan bulan November”.. Saya terjaga dari tidur apabila terdengar azan subuh berkumandang. Saya terus melihat kalander rupanya cuti Hari Raya puasa jatuh sama dengan cuti sekolah selama 12 hari dibulan September tahun 2011 tersebut. Tapi saya pelik jugak kenapa arwah sebut juga bulan November?. Saya maklumkan pada anak sulung mimpi tarikh tersebut dan beliau terus menempah tempat untuk saya ke Tanah Suci bulan September kerana di masa yang sama ALLAH murahkan rezeki buat keluarga saya.
JEJAK KAKI KE MAKKAH TUJUH TAHUN BERTURUT-TURUT
Buat pengetahuan anda semua, ALLAH telah menjemput saya menjadi tetamuNYA bukan saja tahun 2011 tapi juga 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 (Haji) dan 2017.. Rupanya bulan November tu maksudnya termasuk pergi haji. Masa tahun 2016 musim hajinya bulan November. Alhamdulillah. ALLAH telah menyediakan ruang pertolongan yang begitu luas. Pada setiap malam ALLAH membuka pintu seluas-luasnya supaya hamba-hambaNya yang bangkit menadah dua tangan berdoa dan meminta kepadaNya.
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon ampun dariku nescaya Aku ampunkan?” (HR Muslim)
Ayuh kita jadikan solat Tahajud sebagai salah satu amalan dalam kehidupan harian kita. Solat Tahajud juga merupakan salah satu terapi jiwa yang paling berkesan selain sebagai satu wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sumber kredit: FB: Hajjah Rohana Saad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.