Al-Quran adalah kitab mukjizat. Firman Allah S.W.T :-

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad)“, Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”. (Surah Al-Isra’: 88)

Al-Quran, kitab lengkap yang merangkumi seluruh kehidupan manusia. Bahkan Allah juga suka kepada hamba-Nya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan al-Quran mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]

Sudah banyak mukjizat tentang Al-Quran dipertontonkan kepada kita semua. Misalannya dalam banjir besar melanda negara baru-baru ini. Ada Al-Quran tidak basah langsung walau rumah dinaiki air hampir ke bumbung rumah. Bahkan ada bilik yang kering walau banjir sekeliling kerana di dalamnya terdapat ruang solat dan penghuninya sering mengaji.

Terkini, berdasarkan satu perkongsian dari akaun Tik Tok @cikgupjpk, sukarelawan yang mengagihkan Al-Quran untuk mangsa banjir di Bentong dan Karak Jaya menyaksikan satu keanehan ketika mengedarkan kalamullah ini kerana kitab ini sentiasa bertambah-tambah walau sudah banyak diagihkan kepada mangsa banjir.

Lebih aneh, mereka hanya membawa empat kotak sahaja tetapi selepas diedar-edarkan jumlahnya tidak pernah surut sebaliknya kitab ini sentiasa bertambah-tambah.
Menurut seorang sukarelawan dikenali Che Wan Che Azman, dirinya ditugaskan untuk membuat pengedaran senaskah Al-Quran kepada mereka-mereka yang terkena dengan musibah banjir.

“Alhamdulillah, memang saya hari ini bermula dari pagi sampai ke petang mengedarkan Al-Quran ini tapi peliknya Al-Quran ini tak habis-habis. Saya pelik. Saya rasa macam miracle sebab kali terakhir saya disurau tadi, hanya ada empat kotak saja. Tapi bila kita sampai di sini, kita buka ada bertambah empat kotak lagi. Entah berapa banyak kotak yang saya buka tadi, memang tak habis-habis,” kongsinya.

Hal sama dikongsi oleh seorang lagi sukarelawan, Haji Safuan yang memaklumkan mereka berada di Bentong sebelum ke Karak Jaya.

“Sesuatu yang pelik bagi saya dan kawan-kawan di mana kita ditugaskan untuk mengedarkan Al-Quran. Satu untuk setiap rumah atau di surau beri kepada mereka selepas solat.

“Kami dah pergi dua tiga tempat dan kami pasti yang terakhir ada tinggal empat kotak saja lagi tapi anehnya empat kotak itu tetap berisi. Dari mana Quran ini sampai, Allah yang maha Mengetahuinya. Allahuakbar,” jelasnya.

Apa pun yang terjadi, jelasnya kalamullah ini tetap terpelihara hingga akhir zaman dan apa jua Allah izinkan, segalanya terjadi.

https://www.tiktok.com/@cikgupjpk/video/7048964512946605338?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI