Nikah dulu baru bercinta menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah adalah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya namun tidak berakhir di jenjang pelamin.
Mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.
Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.
Namun pada masa kini istilah bercinta selepas nikah ini lebih kepada hubungan yang dihalalkan dengan cepat tanpa melalui proses cinta yang panjang sebelum bernikah.
Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Salman di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018 lalu.
Tidak seperti pasangan lain yang mengambil masa lama untuk bercinta, Hamidah dan pasangannya mengambil pendekatan bercinta selepas nikah. Kini pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahayamata.
Ads
Dalam kapsyen di Instagramnya, Hamidah sempat meluahkan isi hatinya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)
Ads
Cinta selepas nikah bukan sahaja lebih indah tetapi juga menjadikan pasangan suami isteri bersama-sama menambah pahala. Jika sebelum ini hanya beribadat seorang tetapi apabila sudah berumah tangga, amal ibadat boleh dilakukan bersama.
Tatkala Hamidah kehilangan lelaki yang amat disayangi iaitu ayahnya, Allah hadirkan seorang lelaki yang kini menjadi imamnya. Kehadiran suami dalam hidup Hamidah menyempurnakan kehidupannya.
Da’i Hamidah telah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga, 2015.
Ads
Didoakan moga mahligai yang dibina kekal hingga ke Jannah.
“Finding the right man for marriage is the second challenge. The first challenge is to be the right woman that a right man wants to marry.”
bila dah semakin matang, yuyu selalu impikan lelaki yang baik lagi soleh. tak kisahlah kalau kalau dia pernah nakal dulu. dan yuyu yakin, bukan yuyu saja impikan lelaki macam tu, tapi, mungkin hampir semua perempuan.
tapi, terfikir tak layakkah kita semua (perempuan) untuk lelaki yang kita selama ni idamkan? lelaki baik lagi soleh. lelaki yang pandai menjaga agamanya. pandai pulak jaga nama. hmm. macam nak simpan dalam almari. sayang. takut nanti perempuan lain ambik.
hikhik.
pernah dengar ayat ini dari Surah an-Nur ayat ke 26? Allah S.W.T berfirman: “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
walaupun, ayat ini bukan lah satu janji dari ALLAH, tapi ia adalah satu peringatan dari-Nya, semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik.
quote dan potongan Surah an-Nur atas tu, ada kaitan. sebagaimana yuyu takda la bagus mana sangat dalam bab agama, tapi, yuyu nak sangat kongsi dengan semua, apa yang lecturer yuyu pernah cakap dulu di kelas subject Jurisprudence. Ustaz Yusef Niteh nama ustaz yuyu tu.
Gambar sekadar hiasan.
kata ustaz ;
“kalau nak pilih pasangan, pilih yang yang baik baik. InsyaALLAH selamat dunia akhirat. tapi sebelum mencari pasangan yang baik, diri sendiri pun kena jadi baik. perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.
kalau berubah, berubah kerana ALLAH, jangan kerana “Z” (ustaz suka guna Z untuk ganti nama laki) . kalau kamu berubah sebab Z, Z suruh suka perempuan pakai tudung, kamu pakai tudung, buat baik sebab nak dapat Z, nanti bila tak dapat Z, kamu mula la nak nangis nangis, nak berubah la.
sebab kamu tak ikhlas lagi.
tapi, bila kamu berubah untuk ALLAH, nanti kamu takkan sedih bila ALLAH beri ujian kat kamu kalau dapat lelaki tak berapa baik. insyaALLAH, ALLAh juga jaga kamu dan tolong kamu untuk berubah. pahala pun kamu dapat.
selalunya, lelaki baik akan dapat perempuan baik. tapi kalau kita dah baik, tapi dapat lelaki tak berapa baik tu, anggaplah tu ujian.”
betul bukan? :’)
untuk cari pasangan yang betul memang susah. tapi lagi susah untuk betulkan diri. kalau nak lelaki yang jaga solat, terlebih dahulu, kita sendiri yang patut jaga solat kita. kalau nak lelaki yang pandai jaga duit bagai, sepatutnya, kita sendiri yang betulkan diri kita untuk pandai jaga diri.
yuyu pernah. berubah untuk lelaki. sekali lelaki tu ada perempuan lain, yuyu down sangat sangat. sebab bagi yuyu, dialah lelaki yang paling bagus yuyu pernah jumpa. hampir sempurna kepada ciri ciri lelaki yang yuyu suka. (cis.. -.-‘ terpaksa bagitau semua ni)
tapi, makin lama yuyu cuba betulkan diri yuyu sendiri. ikhlaskan diri berubah kerana ALLAH. bukan senang, sungguh susah. tapi Alhamdulillah. ALLAH akan selalu bantu hamba hambanya yang berubah ke arah kebaikan dan selalu berdoa.
dan yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.
dan yuyu selalu ingatkan diri yuyu, perkahwinan, bukanlah sesuatu yang suka suka. penuh dengan tanggungjawab, amanah, ujian, dan bukanlah untuk jangka masa yang pendek, tapi selama kita hidup dan InsyaALLAH akan diteruskan hingga ke generasi infiniti.
dan yuyu faham, kenapa perkahwinan selalu dikaitkan dengan ‘Bina Masjid’ dan bukan Kem Bina Negara ataupun Bina Rumah bukan juga Bina Supermarket -.-‘
sebab musabab, dengan harapan, dengan berkahwin, kita seperti membina Masjid. yang suatu hari nanti kita akan penuhi masjid kita dengan jemaah yang soleh dan solehah. yang selalu dekatkan diri dengan ALLAH. jemaah kita yang penuhkan masjidkan kita tu adalah Anak Anak kita seterusnya.
sweetkan
semoga kita semua sudah bersedia untuk berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah. dan semoga kita semua akan ditemukan dengan pasangan idaman kita semua. amin
Jodoh itu rahsia ALLAH. dan ALLAH telah pun tertulis jodoh terbaik untuk kita di luh mahuz.
Perempuan selalu dikatakan agak complicated. Sering beri arahan tapi tak sama seperti keinginan hatinya mahukan. Bila lelaki lakukan apa dimahunya ternyata salah pula di matanya. Bahkan ada beberapa arahan dikatakan salah dan perlu dilakukan kembali.
Sebab itulah walau bertahun-tahun hidup berumahtangga, kebanyakan lelaki (bukan semua) jarang memahami apa keinginan sebenar isteri. Dan adakalanya menjadi punca pergaduhan yang awalnya mungkin kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar.
Dalam satu perkongsian Tik Tok dari negara seberang, Fifi Katili @salesheadmaentiktok yang juga ibu kepada tiga anak berkongsi satu video dia mengajak suaminya yang sedang leka mengadap telefon melakukan gaya emoji love.
Tapi tanpa memberi apa-apa arahan agar gaya itu dilakukan, dirinya terus mengangkat tangan kirinya dan mengharapkan suaminya membentuk emoji love itu dengan mengangkat tangan kanannya.
Tapi apa yang agak melucukan, suaminya yang tidak tahu apa-apa terus memberikan tanda “peace” seolah bersedia untuk bergambar tanpa menyedari ia dalam bentuk rakaman video. Tapi dia dilihat menyenggol tubuh suaminya sebelum suaminya mengubah mengikut gerakan tangannya.
Dan seterusnya walau sudah memaklumkan dia mahu lakukan gaya emoji luv itu, suaminya masih tidak dapat menangkap maksud sebenar keinginan dirinya. Dan terus membentuk emoji itu tanpa menyedari maksud sebenar isterinya mahukan.
Dari rata-rata komen khususnya dari Malaysia ramai menyifatkan video ini agak lucu termasuk ada berasa sakit hati (kerana suami tak faham-faham apa dimahukan isterinya). Ada juga berkata, suaminya terlalu lurus bendul dan ternyata ada isteri yang bersetuju kerana suami mereka juga begitu. Malah ada yang mengakui agak tergelak tak berhenti say menonton video ini.
Katanya “kalau maca mini, komunikasi satu hala saja sebab maklumat tak sampai”
Bahkan komen dari seorang pengguna lelaki memaklumkan “very hard for a man to understand” dan diakui oleh lelaki lain mengakui “kita sama bro, alaa cakap la nak buat camner.
Ternyata rumah tangga ini punya 1001 aneka cerita. Ada manis, pahit, tawar, bahagia dan berbagai-bagai lagi tapi itulah kenangan yang tercipta dalam rumahtangga.
Alam perkahwinan adalah satu fasa di mana kita mencurahkan sepenuh kepercayaan kepada bakal suami yang layak untuk membimbing kita hingga ke jannah.
Justeru kalau boleh janganlah sampai tersalah pilih kerana boleh menyebabkan mahligai dibina berantakan sebelum sempat mengecap bahagia.
Untuk elak menjadi wanita yang malang, kita berhak membuat pilihan dan pastikan calon Imam memenuhi kriteria diimpikan.
Gambar sekadar hiasan.
Paling tidak bakal suami kita itu adalah mereka yang mempunyai budi pekerti baik serta menjaga solatnya.
Seperti peringatan lelaki ini di laman sosial Facebook, Encik Matt yang memberitahu sebelum wanita itu berkahwin kena pastikan beberapa perkara terlebih dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari nanti.
Sebelum kahwin ini Biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:
Akan jadi suami BERTANGGUNGJAWAB.
Akan jadi suami PRIHATIN.
Akan jadi suami PENYAYANG.
Akan jadi suami MITHALI.
Betul?
Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.
Mula jadi suami yang PEMARAH.
Mula jadi suami yang abaikan banyak perkara.
Mula jadi suami kaki lepak waktu malam.
Mula jadi suami ikut perangai lama.
Mula jadi suami kaki pukul, kaki maki hamun.
Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tapi Lihatlah waktu malam dia dimana, 5 waktu dia dimana, selepas magrib apa dia buat. Tanya dia satu tahun berapa kali dapat khatam Al-Quran.
“Jangan jadi wanita yang malang”
-EncikMatt- #LelakiBurQk
KREDIT FOTO: INSTAGRAM (UNTUK TOP IMAGE – SEKADAR HIASAN)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Abai solat ketika sakit atau masuk hospital, bila dah sembuh barulah kembali solat. Mungkin ada kalangan kita turut melakukannya namun hakikatya ini bukanlah ajaran...