Facebook, Instagram dan sebagainya menjadi medium media sosial yang begitu ‘dekat’ dengan masyarakat kita. Biasanya kita dapat lihat budaya tag kawan-kawan di media sosial. Mungkin ada yang jenis tidak kisah namun ada juga yang merasakan ia satu perkara yang memalukan.
PU Azman sempat memberi pandangan tentang fenomena tag nama rakan-rakan di media sosial.
Ujar PU Azman, hukum tagging nama rakan-rakan di media sosial itu bergantung kepada niat seseorang. Jika tujuan nama rakan itu di tag untuk perkara yang baik-baik dan berfaedah dan tidak memalukan ianya boleh dilakukan.
Ads
Namun jika tujuan tag atau mention itu dilakukan kerana untuk memalukan atau menjatuhkan air muka seseorang maka hukumnya adalah HARAM. Maka berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perbuatan agar tidak mendatangkan dosa. Jika benar mahu memberi nasihat, lebih baik direct message sekiranya tagging itu boleh memalukan diri orang yang di tag.
Ads
TIP DATO’ DR HAJI FADZILAH KAMSAH TENTANG CARA MENEGUR ORANG TANPA MENYAKITKAN HATI
Ads
1.Betulkan niat. Muhasabah diri sendiri terlebih dahulu agar teguran yang kita lakukan tidak akan memalukan orang lain. Fikir semula apa niat anda untuk menegur sama ada untuk menasihati atau mencari kesalahan.
2. Doa ini pernah dibacakan oleh Nabi Musa untuk menlembutkan hati Firaun:-
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”. (surah Taha:25-28)
3. Selitkan pujian
Selitkan teguran dengan pujian bagi mengelakkan rasa kecil hati. Hal ini kerana tidak semua orang memiliki kesabaran dan keterbukaan untuk menerima kritikan dengan sepenuh hati.
4.Fokus kepada perkara yang ditegur
Ketika memberi teguran, berterus-terang itu lebih baik. Elak berdolak-dalik sehingga maksud yang cuba disampaikan itu lari dari tujuan yang sepatutnya. Elak sama sekali mengungkit hal-hal kesalahan orang yang ditegur.
5.Kawal emosi dan intonasi suara
Sesiapa pun terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita.
6. Doa yang baik-baik untuk orang yang ingin diberikan nasihat
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahawasannya Rasulullah SAW bersabda:
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.
Sumber: Instagram PU Azman dan Wanista.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Panggilan kepada pasangan juga memainkan peranan. Menurut saudari Farhana Muhammad , dia tertarik dengan salah satu daripada kuliah Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa berkaitan dengan nada suara isteri kepada suami. Ustazah menceritakan bahawa beliau pernah ditegur oleh suaminya berkenaan nada suara, bukannya pemilihan kata ketika bertutur dengan suami.
Kadang ustazah tidak perasan jika ustazah tertinggikan suara kepada ustaz. Mungkin ada ketikanya tidak bersetuju dengan ustaz, mengeluarkan pendapat, mungkin ada nada suara yang sedikit tinggi ketika berbicara dengan ustaz. Kata ustaz, ibunya bukanlah seorang yang belajar tinggi. Bukanlah seorang ustazah, tiada master dan phd jauh sama sekali.
Seingat suami ustazah, ibunya tidak pernah sekali mengangkat suara di depan ayahnya. Kata ustazah, ustazah terasa amat malu mendengar kata-kata ustaz dan lebih berhati-hati apabila berbicara dengan suami. Ustazah terbayang bagaimana ibu mertuanya menyantuni ayah mertuanya. Dengan manis tutur katanya, lemah-lembut bicaranya apabila berbicara dengan suami.
JANGAN TINGGI SUARA PADA SUAMI
Jadi, adakah langsung tidak boleh marah sama suami? Tidak. Jika langsung tidak marah itu malaikat namanya. Kata ustazah, ada juga ketikanya marah, tetapi berhati-hati supaya suara ustazah tidak tinggi daripada suara suaminya. Itu baharu berkaitan dengan nada, berkaitan dengan intonasi. Nada dan intonasi ketika bercakap dengan suami amatlah penting. Itu belum lagi termasuk dengan pemilihan kata ketika berbicara dengan suami.
Cuba muhasabah diri, sepanjang perkahwinan bagaimana kita bercakap dengan suami? Pernahkah kita terjerit kepada suami dari tingkat atas ke tingkat bawah? “Awak kalau nak makan bang, makanlah sudah ada di bawah tudung saji!” Kata si isteri sambil menjerit kepada suami di tingkat bawah.
Ada orang, suka sangat bercakap dengan tinggi nada suara. Apabila ditegur lantas menjawab, “Saya bukannya marah, memang macam ni keturunan saya cakap begini.” Kata ustazah, janganlah menyalahkan keturunan apabila kita bercakap dengan nada yang tinggi. Kita boleh berubah.
Takkan kita mahu gunakan alasan seperti ini, “Nak buat macam mana, memang adik-beradik saya bercakap begini, macam nak berkelahi.” Takkan kita mahu bersandar pada hujah ini sedangkan kita ada potensi untuk memperbaiki diri kita? Apabila bercakap dengan suami, kena ada satu intonasi suara apabila berbicara dengan suami.
INTONASI LEMBUT
Intonasi yang lembut bicaranya. Sepertimana sabda Rasulullah shallahu alaihi wasallam, ‘Apabila kamu pandang isteri kamu, bergaul dengan isteri kamu, bermuamalah dengan isteri kamu, dia akan membahagiakan kamu.’ Penampilan diri, suara, tutur kata, perilaku, bahasa tubuh, akhlak, cara berfikir.
Semua ini datang dalam satu pakej menenangkan suami iaitu isteri solehah. Sambung ustazah lagi, pada awalnya beliau cukup stress memikirkan bagaimana lagi perlu bercakap lembut dengan suami? Tetapi ustazah berfikir secara positif. ‘Ya Allah, sampai begini sekali Engkau mendidik aku istiqamah supaya kelembutan menjadi sikapku.’
Allah memberikan sesuatu kepada orang yang lembut, sesuatu yang Allah tidak berikan kepada orang yang bersikap kasar. Ada sesuatu Allah hanya berikan kepada orang yang bersikap lembut. Salah satu cara bersifat santun ialah, memanggil orang dengan gelaran yang dia gemar, lebih-lebih lagi kepada pasangan kita.
PANGGILAN YANG MENYENANGKAN
Jika bercakap dengan suami, perlu ada panggilan yang menyenangkan. Begitu juga panggilan buat isteri, suami perlulah memanggil dengan panggilan yang menyenangkan hati si isteri. Ustazah meyakini bahawa panggilan kepada pasangan dalam rumah tangga amatlah penting dan memberi kesan yang besar. Kerana.. semakin lama sesebuah perkahwinan, semakin sukar untuk menyuburkan kasih sayang.
Elakkan panggilan saya-awak, I-you dan gantikanlah dengan panggilan yang lebih lunak dan mesra didengar oleh suami kepada isteri ataupun oleh isteri kepada suami. Maka, panggillah pasangan dengan panggilan yang menyenangkan. Dan bertuturlah dengan pasangan dengan tona suara yang sedap didengar oleh pasangan.
Bukan senang bagi setiap pasangan itu untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dibina hingga bertahun-tahun lamanya. Ada yang tidak tahan dengan dugaan dalam perkahwinan menyebabkan hubungan berantakan.
Namun jika kita memilih pasangan seperti yang dipesan Rasulullah iaitu, menikahi seseorang dari empat perkata, kerana hartanya, keturunan, kecantikannya dan agamanya. Dan hendaklah yang diutamakan agamanya, insya-Allah rumah tangga dibina berkekalan higga ke jannah.
Seperti juga perkahwinan pasangan popular Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina cukup bahagia mengecapi alam rumah tangga selama 9 tahun bersama.
Menurut perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di laman sosial Instagram beliau berkongsi foto bersama isteri tersayang sempena ulang tahun perkahwinan ke 9 mereka dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati.
Beliau memberitahu terbuka hati dan tertarik dengan Dr Halina yang juga merupakan pelajarnya bukan sahaja kerana kepintaran isteri beliau dapat menjawap segala soalan ketika berada dalam kelas, tetapi mahukan lebih dari itu. Bukanlah hanya kerana ‘beauty with brains’.
Bapa kepada 4 cahayamata ini berkata beliau memang mencari seseorang yang memiliki kesemua sifat dimahukan termasuklah agamanya, keluarga, intelektual dan kecantikan itu akan datang sekali.
Malah Dr Sheikh turut menambah bapanya juga ada memberi beberapa tip memilih isteri terbaik iaitu dengan cara berdamping dengan ibu wanita tersebut kerana dari situ beliau akan mengetahui segala-galanya.
But I wasn’t just looking for beauty with brains . I wanted more than that … I knew what I wanted … I was looking for someone who has all the attributes – her faith , family , intellectuality and certainly beauty comes into play too . My Dad told me that if you wanted to marry a woman , date her mother and you will know everything about her .
Ternyata pilihannya memilih ciri wanita dikehendaki sebagai pelengkap dalam melayari kehidupan berumah tangga. Selama 10 tahun usia perkahwinan, mereka bahagia dikurniakan 4 orang anak, Bella, tasya, Adam dan Noah.
Ucapannya yang sangat sweet memberi inspirasi kepada kaum wanita lain yang turut menjadikan pasangan ini idola dalam membina alam perkahwinan supaya kekal till jannah.
Happy Anniversary my love … The Mother of my Children … Continue being patient , for believing in me and being the pillar of my strength …. Love you till Jannah
Rata-rata netizen turut mengucapkan selamat ulang tahun perkawinan dan mendoakan pasangan bahagia ini kekal hingga ke jannah.
has.linahamzah Happy anniversary both of u…marriage is not only about desire and lust but more to complete each other. To fulfill obligations and responsibilities are the important. May your marriage bless with rahmah mawaddah n long lasting until Jannah
nabilatiqahs very sincere! Happy Anniversary lovely couple!
thisisjmj Auwww so sweet @drsheikhmuszaphar@drhalina happy anniversary for both of u ‘LOVE is not about how many days, months or years u have been together, LOVE is how much u love each other every single day’ #tilljannah
nasirnazlina Happy anniversary Dr… Happy to see your beautiful family.. Always give inspiration to me.. I also really hope to have such a happy life like others.. May Allah fulfill my wishes… In sha Allah…
Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha’r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).
Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Baru-baru ini bekas kelahiran program realiti Akademi Fantasia 6, Nubhan Ahamad telah mewarnakan rambutnya. Namun tindakannya itu telah ditegur oleh ibunya. Rentetan daripada itu, Nubhan tertanya-tanya hukum sebenar mewarnakan rambut walaupun pewarna yang digunakan disahkan halal penggunaannya.
HARI2 MAK DEN BEBEL… mmg x nampak sgt kalernya…sbb sya buat light2 je…tetap kantoi kat mak sya ? ada yg kata haram ada yg kata halal…confuse den…tolonglah ustaz2 bg pencerahan…????
Sejurus lps 5 minit sya up video minta pencerah…ustaz @pu_azman terus respon…tq ustz bg pencerahan…skrang rambut sey dah kontot…yg ponting mak den tak memotir ?
Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
(b Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh
(a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
(b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b) Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) orang bukan Islam.
Kesimpulannya kalau kita rasa was-was, eloklah kalau kita tak payah buat.
Sumber kredit: @nubhan.ahamad dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Self-diagnose masalah mental semakin popular akibat video media sosial, namun ia boleh membawa kepada salah rawatan dan salah faham terhadap diri sendiri. Ketahui pandangan Islam serta kepentingan mendapatkan bantuan profesional.