Ketika kita masih kecil dan belum aqil baligh, segala keputusan yang dibuat terletak di tangan ibu dan ayah. Apa sahaja pilihan mereka kita akan ikut kerana menghormati kedua-duanya.
Tetapi apabila dewasa dan sudha mencapai usia sepatutnya. seorang anak itu boleh memilih haluannya sendiri termasuk agama yang menjadi pilihannya.
Dan bagi keluarga, berhak menentang kehendak mereka. Namun jika si anak memilih Islam sebagai agama barunya, itu dianggap sebagai pilihan terbaik dan wajar untuk dihormati.
Walaupun berlainan agama, hubungan kekeluargaan tetap kekal terjalin. Ibarat air dicincang takkan akan putus.
Begitulah kisah perkongsian seorang ibu ini yang dikenali dengan nama Anty Kilin yang mana dua anak perempuannya berlainan agama tetapi sedikitpun tidak meretakkan ikatan persaudaraan.
Dan paling penting kasih sayang seorang ibu itu tidak akan berubah walaupun berbeza agama.
Tidak kisah sama ada Muslim atau kristian, mereka tetap dari rahim yang sama dan ibu adalah syurga pertama bagi mereka.
Ads
Ibu ini juga turut memberi nasihat kepada kedua-duanya agar sentiasa menghormati satu sama lain dan sebagai ibu doa serta restu akan sentiasa bersama anak-anaknya.
Sumandak sy yg sya sayang..
Mungkin kamu terpisah oleh dua Agama yg berbeza tapi sedikit pun tidak akan meretakkan hubungan dan ikatan persaudaraan dan paling penting Kasih Sayang seorang Ibu ini tidak akan berubah walau mcmana pun. Sama ada kau Muslim atau Kristian, asal kamu adalah dari Rahim yg sama, susu gantung yg sama.. keluar dari tempat yg sama, pindik kata Ibulah SYURGA pertama kamu dan jangan sesakali saling bermusuh atau mengasiburuk antara satu sama lain. Hormati dia sebagai kaka dan dia akan menghormati kau sebagai adik.
Restu dan Doa ibu untuk anak, akan sentiasa bersama kamu walau di mana pun kamu berada, dalam situasi kamu mcmana..
Ads
Anak Sulung *Saat dia memilih untuk Memeluk Agama Islam, Sy telah memberikan restu seikhlasnya dan Meminta Bakal Suaminya untuk menjadikannya sebaik baiknya wanita Muslimah..
Anak Kedua *Mami.. sy mau masuk sekola AlKitab.. Sy mau memberikan tumpuan pada Gereja, supaya sy boleh mendoakan semua orang… “
Apa lagi yg sy boleh katakan.. selain dpd memberikan restu kepada apa yg diurang suda pilih.. Anak anak sa terbaik, walaupun sy bukan lah ibu yg terbaik…
Ads
Ternyata perkongsian ini mengundang respon baik dari warganet. Masing-masing memuji sikap ibu ini sebagai seorang ibu yang baik.
Kurang dua minggu lagi, insya Allah kita akan menyambut bulan Ramadan al Mubarak. Bulan penuh rahmat, bulan keampunan dan penuh keberkatan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam.
Namun dalam menantikan kehadiran bulan Ramadan, terlebih dahulu kita diwajibkan mengqadakan puasa yang tertinggal tahun lalu (jika berkemampuan dan upaya melakukannya). Bahkan bagi yang mengandung dan menyusukan bayi, dibolehkan membayar fidyah. Tapi bagaimana kalau kita diuji dengan ketidakmampuan kewangan atau bolehkah fidyah dibayar kepada ahli keluarga kita yang susah?. Dari page Ustazah Asma’ Harun, penceramah terkenal ini berkongsi kemusykilan berkaitan perkara ini.
"Ustazah, saya dikehendaki membayar fidyah kerana hamil dan risaukan kandungan. Di manakah saya perlu berurusan untuk menjelaskan fidyah tersebut? Bolehkah saya membayar kepada keluarga terdekat memandangkan mereka susah? Bagaimana pula jika saya tidak mampu untuk melunaskan fidyah?"
JAWAPAN:-
Fidyah hanya boleh dilunaskan kepada golongan fakir miskin sahaja. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” (Surah al-Baqarah: 184)
Abdullah bin Abbas menyebutkan dalam satu riwayat:
Maksudnya: “Dan wajib ke atas orang yang tidak terdaya untuk berpuasa memberi makan kepada orang miskin”. Kata Ibnu Abbas, "Ayat ini tidak dimansuhkan. Mereka (yang tidak terdaya) adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mampu berpuasa, maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan."
Maksudnya: “Saluran fidyah adalah kepada fakir miskin, bukan untuk asnaf yang lain, sebagaimana firman-Nya, 'Sebagai makanan orang miskin'. Perkataan miskin ini turut merangkumi golongan fakir, atau orang fakir yang lebih teruk keadaannya berbanding orang miskin, maka orang fakir lebih utama lagi (untuk diberikan fidyah)."
Fidyah adalah hak golongan fakir miskin sahaja. Ia tidak boleh disalurkan kepada orang lain walaupun mereka termasuk dalam kalangan asnaf zakat.
Hukum pengagihan fidyah, adalah berdasarkan hukum pengagihan zakat, kaffarah dan nazar umum. Maka, seseorang itu tidak boleh membayar fidyah kepada orang yang di bawah tanggungannya.
Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan:-
“Sesungguhnya sesiapa yang diwajibkan ke atasnya membayar zakat, tidak sah sekiranya ia menunaikan zakat dengan memberikan zakat kepada sesiapa yang di bawah tanggungan nafkahnya. Sama ada ia daripada isteri, usul (ibu, ayah dan ke atas) dan furu’nya (anak-anak dan ke bawah) walaupun keadaan mereka itu fakir atau miskin.”
Di dalam Kitab al-Muhazzab li al-Syirazi karangan Imam al-Syirazi, beliau menyatakan:
"Tidak diharuskan seseorang itu untuk membayar kepada kaum kerabat dan isterinya yang berada di bawah tanggungan nafkahnya. Ini kerana mereka tidak memerlukan kepadanya (zakat) dan mereka mendapatkan keperluan itu daripada nafkah yang wajib diberikan kepada mereka."
Manakala bagi persolan fidyah bagi orang yang tidak berkemampuan, maka ulama telah membahaskan kepada dua pendapat. Pendapat adalah seperti berikut:-
1. Pendapat Pertama : Sebahagian mazhab Syafieah dan Hanabilah. Pendapat ini mengatakan tidak gugur kewajipan fidyah.
2. Pendapat Kedua : Mazhab Hanafiah, sebahagian Syafieah, dan Hanabilah Pendapat ini mengatakan gugur fidyah bagi orang yang tidak berkemampuan.
Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak mampu membayar fidyah pada awalnya, kemudian setelah itu berkemampuan, adakah menggugurkan kewajipan tersebut?
Maka, Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab “Jika kita mengatakan wajib fidyah ke atas orang tua, pesakit yang putus asa daripada sembuh, tetapi jika dia itu mu`sir (orang susah); adakah dia masih wajib membayar fidyah apabila dia kembali senang, atau sudah gugur apa-apa kewajiban daripadanya?
Dalam isu ini ada dua qoul (pendapat Imam al-Syafie) seperti hukum kaffarah. Pendapat yang asoh (lebih sahih) dalam isu kaffarah ialah kekal liabiliti untuk membayarnya apabila sudah senang kerana fidyah itu wajib sebagai timbal balas akibat jenayah yang dia lakukan (seperti zihar atau jimak waktu siang Ramadhan) seperti hukum balasan bagi orang yang melanggar larangan buruan.
Tetapi sewajarnya di sini hukum yang asohnya ialah bahawa liabiliti fidyah itu gugur (bagi orang mu`sir) dan tidak wajib juga membayarnya apabila sudah senang, sama seperti hukum membayar zakat fitrah, kerana dia lemah semasa keadaan taklif (tidak mampu ketika diberikan tanggungjawab) sedangkan dia tidak dikenakan apa-apa timbal balas kerana suatu perbuatan jenayah, atau seumpamanya.”
RUMUSAN: 1. Berbalik kepada soalan Puan, fidyah boleh dibayar menggunakan duit dan boleh dilunaskan melalui pihak berkuasa zakat negeri sebagai wakil pemudah cara pengurusan fidyah.
2. Puan juga boleh melayari portal rasmi Pusat Pungutan Zakat negeri sebagai medium pengiraan fidyah.
3. Namun sekiranya Puan ingin melunaskan fidyah secara terus kepada ahli keluarga, maka tidak dibolehkan sekiranya mereka tergolong di bawah tanggungan Puan.
4. Walau bagaimanapun, sekiranya bukan di bawah tanggungan, maka dibolehkan membayar fidyah kepada mereka dan ini adalah lebih afdhal dan diutamakan dengan syarat mestilah daripada golongan miskin.
5. Golongan yang berada di bawah tanggungan adalah seperti :- – Ibu ayah dan ke atas seperti datuk dan nenek. – Anak-anak dan ke bawah seperti cucu. – Isteri.
6. Golongan yang tidak berada di bawah tanggungan adalah seperti :- – Adik beradik. – Saudara mara seperti sepupu, makcik dan pak cik.
7. Bagi golongan yang tidak berkemampuan untuk membayar fidyah, maka tidak diwajibkan untuk membayar fidyah puasa sekalipun jika akan datang dia ditaqdirkan sembuh.
8. Hal ini kerana, kewajiban fidyah yang dikenakan bukan kerana kaffarah dosa. Ia adalah kerana keadaan dia yang tidak mampu pada saat wujud sebab taklif.
Wallahua’lam.
Rujukan: 1) Manhaj Fiqh al-Syafi'i oleh Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Syarbaji. 2) Soal Jawab Fiqh Ibadah: Bab Puasa, Haji, Korban & Akikah Jilid 3 oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin. 3) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan https://muftiwp.gov.my/…/3828-al-kafi-1444-bolehkah… https://muftiwp.gov.my/…/4495-irsyad-fatwa-khas… 4. Fidyah bagi orang yang berbuka puasa disebabkan sakit yang tiada harapan sembuh https://www.alukah.net/spotlight/0/88594/ Semoga bermanfaat buat semua. SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. ASMA' BINTI HARUN
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lewat atau cepat jodoh seseorang itu ia bergantung pada ketentuan Allah SAW. Menurut pendakwah bebas, Datok Hassan Mahmood al Hafiz, mereka yang belum diketemukan jodoh tidak bermakna mereka tidak bahagia dan gembira.
Bahagia atau tidak seseorang itu bukan bergantung kepada statusnya. Sebaliknya ia datang daripada diri sendiri.
Tambah beliau lagi, soal kegembiraan seseorang itu bukan ditentukan oleh perkahwinan.
“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.
“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan begitu jugalah sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia.”
Ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu. Oleh itu janganlah bersedih dan rasa terpencil daripada masyarakat.
“Ingat wanita yang masih bujang sebenarnya Allah beri peluang kepada mereka untuk mencari ilmu dan membuat lebih amalan.
“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal kebaikan sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Inilah hikmahnya bila Allah belum menemukan jodoh buat mereka.”
Tambahnya lagi jika kedudukan kewangan kukuh, boleh ambil anak yatim dan pelihara seperti anak sendiri. Dengan cara itu dapat menghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh tatkala usia sudah bertambah jangan sesekali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.
Sumber Kredit: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Namanya cukup disegani. Lebih 20 tahun bergelar anak seni, kebanyakannya manis-manis belaka bagi lagenda Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Keperibadiannya, sikap pemurahnya, akhlak dan ukhwahnya sangat dijaga. Tak hairanlah peminat sentiasa memberikan sokongan padu buatnya tanpa mengenal usia.
Terkini, nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi dikenang membawa kebaikan apabila menubuhkan sebuah sekolah khusus untuk anak-anak di Palestin.
Mengambil keberkatan nama dua orang cahayamatanya iaitu Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah, dirinya memaklumkan telah menyewa sebuah bangunan di negara terbabit dan diberi nama Sekolah Kanak-Kanak Afwa & Aafiyah di Gaza, Palestin.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Dato’ Sri Siti memaklumkan hal ini.
Alhamdulillah, sejak Oktober 2021, sekolah kanak-kanak Afwa & Aafiyah berjaya ditubuhkan di Gaza, Palestin. Sedikit demi sedikit kita bangunkan di bangunan yang disewa serta menggajikan tenaga pengajar dan petugas.
Sekolah ini mengajar hafazan, Al-Quran, akademik serta tentang akhlak/adab. Kita juga menyediakan makanan kepada semua pelajar pada waktu persekolahan.
Ini adalah usaha Siti, suami, Yayasan Nurjiwa serta sumbangan orang ramai yang terus ke Yayasan Nurjiwa dan juga di Tabung Bencana Alam, Palestin dan Covid-19 (ada di linktree di bio instagram @ctdk, boleh klik link untuk membuat sumbangan).
Siti juga melancarkan Music Of The Soul: An Evening Of Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan salah satu tujuannya adalah untuk mengumpul dana bagi pembiayaan sekolah ini. Kepada seluruh pembeli tiket, kami mengharapkan, apa yang anda sumbangkan dirahmati dan dikurniakan keberkatan di atas usaha kita. Sumber : IG @CTDK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.