
“JAGA-JAGA AIR MATA TU, JANGAN SAMPAI TERKENA JENAZAH DAN KAIN KAFAN NYA..SEKSA JENAZAH TU..BERAT DIA NAK PERGI”…..
Sorang makcik ‘sound’ pada si suami jenazah….
Jenazah isteri telah selesai dikafankan…
Giliran suami nak cium….dia mencium dahi isterinya…air mata mengalir ke pipi jenazah….di peluk isteri lama…mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah…
Seorang makcik bersuara
“Angkat suami dia tu…jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu…jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah…kesian dia..berat dia nak pergi….”…maka si suami dipapah oleh anak lelakinya keluar rumah….
Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu Islam kita…sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir…kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan x mengapa…tiada hadis atau nas yg mengatakan x boleh…disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya….
Ingat…yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung di hadapan jenazah atau sewaktu kematian nya…dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam
Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini…
Kredit: Amina Jasmine
Doa Menjelang Masuk Waktu Subuh; Dipermudahkan Beribadah

Bacalah doa ini di kala menjelang subuh agar Allah permudahkan kita beribadah. Setelah selesai tunaikan solat tahajud dan mahu menanti azan subuh, sudah tentu kita akan bertasbih, berzikir, tahmid, bermunajat dan tidak lupa berdoa.
Doa yang dipohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan kehidupan harian dan memohon pertolongan agar sentiasa sihat dan kuat untuk beribadah kepadaNya.
Dalam kitab Al-Riqqoh wa Al-Buka’, Ibnu Abi Al-Dunya menyebutkan bahawa di antara munajat dan doa para salafus soleh saat menjelang terbit fajar agar mereka selalu mendapat kemudahan dan pertolongan untuk senantiasa senang beribadah kepada Allah adalah sebagai berikut;
مَوْلَايَ عَبْدُكَ يُحِبُّ الِاتِّصَالَ بِطَاعَتِكَ فَأَعِنْهُ عَلَيْهَا بِتَوْفِيقِكَ أَيُّهَا الْمَنَّانُ مَوْلَايَ عَبْدُكَ يُحِبُّ اجْتِنَابَ سَخَطِكَ فَأَعِنْهُ عَلَى ذَلِكَ بِمَنِّكَ عَلَيْهِ أَيُّهَا الْمَنَّانُ مَوْلَايَ عَبْدُكَ عَظِيمُ الرَّجَاءِ لِخَيْرِكَ فَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَهُ يَوْمَ يَفْرَحُ بِخَيْرِكَ الْفَائِزُونَ
Mawlaaya, ‘abduka yuhibbul ittishoola bithoo’atika fa a’inhu ‘alaiha bi taufiiqika ayyuhal mannan. Mawlaaya, ‘abduka yuhibbu ijtinaaba sakhothika fa a’inhu ‘alaa dzaalika bi mannika ‘alaihi ayyuhal mannaan. Mawlaaya, ‘abduka ‘azhiimur rojaa-i li khoirika falaa taqthoo’ rojaa-ahuu yawma yafrohul faa-izuun.
Wahai Tuhanku, hambaMu senang menyatu dengan taat kepadaMu, maka bantulah dia dengan pertolonganMu, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu senang menjauhi murkaMu, maka bantulah dia atas itu dengan anugerahMu padanya, wahai zat Pemberi Nikmat. Wahai Tuhanku, hambaMu sangat mengharap kebaikanMu, maka jangan putus harapannya pada hari di mana orang-orang beruntung mendapat kebahagiaan.
Artikel berkaitan: Baru Tiga Hari Jadi Bilal, Meninggal Dunia Ketika Laungkan Azan Subuh, Sempat Ucapkan Dua Rangkap Kalimah Mulia
Artikel berkaitan: Rasulullah Baca Doa Al-Mu’awwidzaat, Lindung Diri, Anak-anak Cucu Dari Gangguan Syaitan
Kashoorga: Amalan berdoa merupakan salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Memohon pertolongan melalui doa boleh sahaja dilakukan ketika di atas sejadah usai solat fardhu dan sunat atau walau di mana kita berada dan bila-bila masa sekalipun.
Bangunlah untuk bersolat tahajud kemudian berdoa lah merendahkan diri kepada Allah. kita memohon apa sahaja yang diinginkan atau diharapkan.
Malaikat yang turut sama bertahajud akan mengangkat doa-doa kita agar diterima Allah SWT. InsyaAllah agar segalanya dimakbulkanNya.
Sumber : bincangsyariah
‘Mak Kandung, Baik Buruk Anak Tetap Disayang.’ TAPI Mak Angkat, Sekali Anak Tersilap Langkah Terus Dibuang

‘Mak kandung, baik buruk anak tetap disayang.’ Tapi mak angkat, sekali anak tersilap langkah terus dibuang. Tidaklah semua mak angkat begitulah, tapi ini adalah kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita.
Bila anak anak angkat buruk perangai dan tersalah langkah, dipulangkan semula anak angkat kepada kepada keluarga kandung. Padahal anak ini ibarat kain putih, dia membesar mengikut corak kita.
Ikuti perkongsian Baitus Solehah ini yang kecewa dengan sikap segelintir keluarga angkat yang mengabaikan dan memulangkan semula anak angkat setelah anak ini membesar tidak mengikut apa yang mereka inginkan.
Artikel Berkaitan:
Mak Kandung
Masa mohon anak dari bayi beria-ia, kemudian bila sudah besar, perangai tidak memenuhi impian, pulangkan semula.
Gadis ini diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak punya anak. Merupakan anak ke 11 dari 12 orang adik-beradik. Yang memohon merayu minta anak itu kata,
“Kamu ada ramai anak, tak terbela sempurna. Berilah anak seorang ini kepada saya. Saya sunyi. Berilah peluang saya jadi emak. Kamu ada ramai anak lain, insyallah yang lain-lain itu boleh kamu bela.”
Baik Buruk Anak Tetap Disayang
Kebetulan ibu ini selepas melahirkan anak, mengalami meroyan. Jadi anak itu diserahkan kepada keluarga yang merayu-rayu tadi. Diambil kesempatan merayu waktu orang dalam kesusahan. Pernahlah jumpa sekali-sekala.
23 tahun kemudian, gadis ini didapati mengandung tanpa suami. Ibu angkat halau suruh balik ke rumah keluarga kandung.
Mak kandung yang tidak berapa rapat, tetap terima. Darah dagingnya sendiri. Buruk bagaimana pun perangai anak, tetap diterima.
TAPI Mak Angkat
Mak ini pelihara 11 orang, walaupun susah mereka terjaga akhlak dan agama. Anak yang diserahkan, mak angkat cuma pelihara seorang sahaja pun.
Bila sudah mengandung, mak kandung yang susah payah cari tempat perlindungan. Mak kandung hantar, serahkan anak untuk mohon dididik dan diberi tunjuk ajar mana yang tersilap langkah.
Itulah emak kandung, buruk baik anak tetap disayang tidak dibuang. Sekali pun anak itu tersilap langkah, bukan bermakna selamanya anak itu silap. Masih ada usaha untuk dibetulkan jalan hidupnya.
Sekali Anak Tersilap Langkah
Tapi mak angkat, mudah sahaja pulangkan semula. Bukan seorang dua yang masuk Baitus Solehah terdiri dari anak angkat dibuang keluarga angkat, ramai.
Memang tidak semua mak angkat begitu, segelintir sahaja. Ketika masih bayi, ambil bukan main suka. Sudah tidak menjadi hasil jagaan, terus buang.
Jadi saya mengingatkan kepada keluarga angkat, buruk baik anak yang dijaga tu, jagalah sampai hujung nyawa. Tak usah diungkit, ‘Kau ikut perangai mak bapa kau lah ini.’
Sedangkan anak itu ibarat kain putih, siapa yang menjaga itu yang mewarnakan. Jangan dikaitkan keturunan mana asal anak itu. Sudah ambil, jaga elok-elok. Buruk, baik atas jagaan masing-masing.
Terus Dibuang
Betulkan niat memohon anak angkat. Jadikan ia sebagai ladang untuk beramal, bersedekah. Asuh dan jaga anak itu baik baik. Jika terjadi sesuatu musibah, muhasabah diri. Anak tu amanah, kamu yang merayu meminta.
.
Setakat ini sudah lebih 10 orang berstatus anak angkat saya nikah setelah tidak ada waris hendak ambil mereka setelah keluar daripada Baitus Solehah.
Keluarga angkat tidak mahu ambil, kata mereka anak itu membawa aib dan sial kepada keluarga angkat. Jadi setelah bernikah, suami yang menjadi waris.
Menikahkan anak angkat lebih mudah urusan, tambah jika status tidak sah taraf, terus mohon wali hakim di Mahkamah Syariah.
Baca Di Sini:
Hukum Berwalikan Adik Angkat Tanpa Sengaja. ‘Lepas 3 Tahun Nikah Baru Tahu, Bimbang Status Anak.’
Kashoorga: Anak angkat bukanlah barang, bila suka ambil dan bila tak suka pulangkan.
Sumber: Baitus Solehah
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Berwuduk Tanpa Buka Tudung, Bagaimana Caranya?

Mungkin dalam beberapa keadaan memerlukan Muslimah perlu mengambil wuduk tanpa membuka tudung.
Contohnya tempat mengambil wuduk wanita terbuka bimbang aurat dilihat oleh bukan mahram.
Jadi bagaimana mahu mengambil wuduk dalam keadaan begini dan apa hukumnya? Baca penjelasan berikut.
Boleh ke ambil wuduk tanpa buka tudung
Dalam hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan Tirmidzi, disebutkan bahawa Rasulullah SAW memberi contoh cara menyapu kepala iaitu dengan tapak tangan yang telah dibasahi air.
Kemudian dia menghalakan telapak tangannya dari depan kepalanya ke belakang lehernya, kemudian kembali lagi ke depan kepalanya.
Jadi, bagaimana pula dengan wanita yang bertudung, jika bimbang auratnya kelihatan ketika berwuduk di tempat awam? Mengenai syarat ini, Abdul Syukur Al-Azizi menjelaskan bahawa dibolehkan bagi wanita berwuduk tanpa menanggalkan hijab.
Ini berdasarkan beberapa riwayat:
1. Dalam sebuah riwayat ada menyatakan bahawa salah seorang isteri Nabi Muhammad iaitu Ummu Salamah RA pernah berwuduk dalam keadaan masih bertudung.
2. Dalam riwayat lain, Bilal RA berkata bahawa Nabi Muhammad SAW menyapu kedua-dua khuf (kasut) dan serbannya. (HR Muslim)
Abdul Syukur Al-Azizi menyimpulkan bahawa boleh berwuduk tanpa perlu menanggalkan tudung jika sukar. Contohnya udara sangat sejuk dan tudungnya sukar ditanggalkan serta sukar dipakai semula.
Selain itu, jika berada dalam keadaan tidak boleh menanggalkan tudung kerana dikhuatiri orang lain dapat melihat auratnya. Namun, jika masih boleh menanggalkan tudung, lebih penting membukanya supaya boleh terus menggosok kepala.
Abdul Syukur Al-Azizi menyatakan terdapat dua cara menurut pendapat yang kuat mengenai hukum menyapu tudung sebagai pengganti menyapu kepala ketika berwuduk iaitu:
– Lap tudung yang dipakai (boleh lap semua atau sebahagian besar).
– Sapu bahagian depan kepala (hujung kepala) kemudian sapu tudung.
Hal ini juga diriwayatkan dalam sebuah hadis, Anas bin Malik RA berkata
“Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk, sedang baginda memakai serban dari Qatar. Maka baginda menyelitkan tangannya dari bawah serban untuk menyapu bahagian hadapan kepalanya, tanpa menanggalkan serban.” (HR Abu Dawud)
Sumber: Rumah Fiqh & Sirap Limau