Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, seperti mana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:-

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).(Surah al-Mulk: 2)

Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:-

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah al-Nisa’: 48)

Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

IKLAN

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. Hadith riwayat Abu Daud: (3316).

Pasti kita tertanya-tanya apa petanda kematian yang baik. Berikut ada tujuh petanda tanda-tanda kematian yang baik iaitu :-

1.Keluar keringat (peluh) di dahi. Tanda ini dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia.

IKLAN

2. Keluar air mata. Tanda ini juga dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia kerana air mata tersebut akan kering lama kelamaan.

3. Terpejam matanya. Maksudnya, mata jenazah tersebut tertutup rapat dan tidak perlu ditutup oleh orang lain. Kadang – kadang kita tengok ada jenazah yang tak boleh nak ditutup rapat matanya.

4. Bibir tertutup rapat. Mulutnya tidak ternganga dan tidak ada lelehan air liur.

IKLAN

5. Terukir sedikit senyuman di wajah si mati. Bukanlah senyuman yang terlalu besar hingga sampai ke telinga tetapi nampak manisnya muka si mati.

6. Muka cerah dan berseri. Mukanya tidak berubah dari segi bentuk dan warna. Ada kalanya kita mendengar kisah mayat yang bertukar mukanya menjadi hitam atau kelihatan seperti binatang. Na’uzubillah.

7. Badannya tidak mengeras walaupun telah beberapa jam meninggal. Apabila kita sentuh si mati, kita akan dapati seolah – olah jenazah baru sahaja meninggal. Sendi – sendinya mudah dilentur dan senang untuk dimandikan.

Itulah dia 7 tanda kematian yang baik. InsyaAllah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka kehidupan di akhirat pun pasti baik. Semua tanda – tanda ini terdapat pada Rasulullah semasa kewafatan Baginda.

Manusia sering leka dengan perihal dunia sehingga melupakan perihal kematian. Sedangkan mereka tahu yang mati itu adalah suatu kepastian. Sudah bersediakah kita? Pastinya kita mahu mati dalam keadaan husnul khatimah dan bukannya suul khatimah.

Ayuh! Kita sama-sama berusaha mengumpul bekal untuk akhirat. Tidakkah anda mahu mati dalam keadaan baik seperti ini? Kredit : Pejabat Mufti Wilayah/ Sumber internet.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI