Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Kata orang tua-tua, darah manis bagi mereka yang sedang dalam tempoh pertunangan. Sebabnya pelbagai cabaran dan rintangan yang akan dilalui.
Namun ia bukan lesen yang membolehkan ke sana ke mari tanpa mahram kerana hubungan belum lagi halal. Di samping itu banyak juga cabaran-cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh pertunangan.
1) Menjaga Batas Pergaulan
Walaupun sudah bertunang, masih ada batasan antara kita dan pasangan. Masing-masing perlu faham tentang agama, adab dan akhlak dalam pergaulan. Tidak semestinya sudah bertunang maka segalanya boleh dilakukan.
Pasangan bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan, kecuali jika ada bersama mereka mahram. Tidak boleh berpegangan tangan dan tidak boleh menayangkan aurat kepada pasangan. Tidak sama sekali!
Ads
Dalam proses pertunangan, seharusnya kita dan pasangan perlu sehabis daya mengelakkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat hatta berbalas pesanan ringkas sekalipun. Setiap batasan agama perlu dijaga, agar kita dan pasangan tidak terjebak dengan fitnah atau berzina yang boleh membinasakan.
2- Mengeratkan Hubungan Dengan Keluarga Pasangan
Kadangkala kita dan pasangan terlupa dek kerana terlalu sibuk bekerja dan sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Ya! terlupa tentang keluarga pasangan.
Ads
Barangkali kita pernah dengar tentang ayat ini;
“Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja mengahwini pasangannya malah mengahwini seluruh isi keluarganya.”
Nah, oleh sebab itu, ketika bertunang, seharusnya kita mengambil peluang untuk mengenali keluarga pasangan dengan lebih dekat dan cuba mengeratkan hubungan silaturahim dengan mereka sebelum mendirikan rumahtangga.
Ads
Sama ada menelefon bertanya khabar ibu bapanya ataupun pergi sendiri menziarahi mereka dengan membawa buah tangan. Sekurang-kurangnya nanti apabila sudah berkahwin, tidaklah berasa janggal atau kekok dengan keluarga mertua.
Mahar adalah pemberian yang wajib diberikan kepada isteri apabila akad nikah sudah termeterai. Hukum mahar atau dipanggil al-Saddaq adalah wajib sebaik sahaja sempurna akad nikah sama ada mas kahwin itu disebut dengan kadar tertentu ataupun tidak semasa akad tersebut.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
Hadis di atas menunjukkan bahawa mahar yang paling bagus dan menjadi mahar terbaik adalah mahar yang paling mudah untuk dipenuhi. Inilah yang dipersiapkan oleh calon suami, hendaklah pihak wanita mudah menerima hal ini. Jika maharnya tinggi dan ‘memberatkan’ pihak suami maka ia tidak mengikut apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.
Lihat sahaja mahar yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW. Mahar yang beliau berikan pada isterinya hanyalah 12,5 uqiyah, ia itu sekitar 500 dirham. Ini mahar di masa silam yang tidak terlalu mahal.
Ada hadis pula dari ‘Urwah, dari ‘Aisyah, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Termasuk berkahnya seorang wanita, yang mudah khitbahnya (melamarnya), yang mudah maharnya, dan yang mudah memiliki keturunan.” (HR. Ahmad, 6: 77.
Mudahnya mahar memiliki manfaat yang begitu besar: *Mengikuti sunnah (ajaran) Nabi Muhammad SAW. *Memudahkan para pemuda untuk berkahwin. *Mudahnya mahar akan menyebabkan cinta dan kasih sayang makin utuh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Istikharah cukup popular di alam para Muslim dan Muslimah kala bercinta. Perkara yang menggeletek jiwa kita adalah Istikharah ini hanya sibuk diperkatakan untuk perkahwinan sahaja.
Sedangkan Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita.
Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati.
Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan men’thabat’kan (tetapkan) hati kita.
Mengapa di nyatakan demikian?
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, Istikharah juga mampu manjadi satu fitnah jika disalah gunakan. Bagaimana?.
Beberapa situasi yang biasa berlaku.
Contoh 1
Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan. Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang. Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya.
Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk Istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2
Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri. Akhirnya dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Namun Fulanah binti Fulan menolak. Bagaimanapun Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama berdalilkan Istikharahnya. Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Contoh 3
Fulanah binti Fulan beristikharah dan ‘nampak’ Fulan bin Fulan. Bagaimanapun Fulan bin Fulan tidak pula dikenalinya. Tidak pula mampu dicapainya. Pada masa yang sama datang pula Fulan bin Fulan yang lain melamarnya. Fulanah bin Fulan ini tangguh dahulu menerima Fulan bin Fulan kedua semata-mata kerana berasakan jodohnya dengan Fulan bin Fulan yang ‘dilihatnya’.
Kesimpulannya jawapan doa Istikharah itu tidal selalunya dalam bentuk mimpi. Kadang-kadamg ia berupa keyakinan dan kemudahan-kemudahan dalam melakukan sesuatu. Kita harus pandai-pandai memahami jawapan atas doa kita sendiri.
Hubungan ibu mertua dan menantu perempuan seringkali tidak harmoni. Pendek kata ada-ada sahaja yang tidak kena.
Hal ini bukanlah sekadar mitos. Kajian membuktikan konflik memang sering ‘tumbuh’ di antara ibu mertua dan juga menantu perempuan.
Sebagai menantu, seharus bijak mengambil hati ibu mertua. Bagaimana caranya? Mungkin tip berikut ini boleh mencuri hati ibu mertua.
TIPS PIKAT MAK MERTUA
1. ANGGUK-ANGGUK
Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat. Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.Tu tanda kita raihkan pendapat dan turun kan ego kita.
2. TUNJUK RAJIN MASAK
Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.Kalau tak pandai pandai, cuba mula kan dialog “ Mak nak masak apa hari ni , saya bantu ?” sekurang-kurangnya kita bersama dengan nya di dapur .
Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?
3. BANYAKKAN BERBUAL
Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja. Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi. Itu penting. Kalau senyap je, kang mertua cakap kita sombong! haaa.
4. JANGAN TUNJUK MALAS
Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama.
5. BERIKAN HADIAH/BUAH TANGAN
Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua. Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan? Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati.
6. CUBA BERGAUL DENGAN IPAR-DUAI
Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.
7. JANGAN BERKEPIT DENGAN SUAMI
Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu.
8. BIARKAN IBU ‘CONQUER‘ ANAK
Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri.
9. TAK PAYAH TUNJUK MANJA
Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu! Buat biasa-biasa sudah.
10. OFFER MAK MERTUA DUDUK DEPAN
Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa.
11. BUAT-BUAT TANYA MAKANAN KEGEMARAN SUAMI
Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favourite suami dari kecil.
12. JANGAN MARAH SUAMI DEPAN MAK MERTUA
Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa? Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expect menantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami.
13. UCAPKAN “SYUKUR DAPAT SUAMI MACAM NI” PADA MAK MERTUA
Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami macam ni. Ini semua kerana didikan mak”. Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Confirm, mak mertua akan kembang.
14. JANGAN BEREBUT SUAMI DENGAN MAK DIA
Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.
15. INGAT BAHAWA ALLAH MAHA ADIL
Jangan sesekali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri? Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik.
P/S : Ingat, kalau kita layan mak mertua macam kita layan mak kita sendiri, kesan dia sangat besar untuk rumah tangga kita. Kalau yang tak ada mak mertua tu, doakan mereka dekat sana. Moga-moga mereka ditempatkan dikangan orang beriman.
Keputihan ketika solat sering menimbulkan rasa waswas dalam kalangan wanita. Ketahui hukum, panduan kebersihan, cara mengurus wuduk dan langkah yang betul agar ibadah lebih tenang dan yakin.