Semalam merupakan Sambutan Maulidur Rasul untuk junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menititpkan ucapan dan berselawat kepada baginda Rasulullah.
Salah seorangnya adalah penyanyi Datin Alyah turul berkongsi tentang kebesaran Yang Maha Esa dan keperibadian baginda Rasulullah menerusi akaun Instagram miliknya.
“Membaca kisah Beliau Membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah swt.Insan yg terpuji dari segala pekara.
Ads
“Dialah utusan Allah swt & Dialah kekasih Allah swt…
“Terima kasih ya Allah swt kau kirimkan seorng insan yg sempurna cara hidupnya,Didikannya,Sunnahnya,tutur katanya dan segala galanya utk kita teladani juga menginsafi…
Laung azan dengan suara lunak dan unik. ‘Ramai ingat orang muda, rupanya bilal berusia 81 tahun.’ Begitulah kurniaan Allah buat lelaki tua ini sehingga ramai yang sangkakan dia masih muda.
Suaranya yang lunak dan mempunyai keunikan tersendiri membuatkan lelaki ini viral di sosial media baru-baru ini. Rupanya lelaki ini ada amalkan petua tertentu sebelum melaungkan azan saban hari.
“Hang (kamu) azan dah (sudah) sedap elok, nanti jagalah masjid ini baik-baik.”
Itu pesanan keramat dilafazkan mantan imam Masjid Jamek Haji Wahab (Simpang Enam), Jalan Macalister, yang masih terngiang-ngiang di telinga Abdul Sukor Maidin, 81, meskipun sudah 42 tahun berlalu.
Kelunakan suara Abdul Sukor melaungkan azan menyebabkan bekas tentera yang berasal dari Kuala Kedah itu cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai bilal paling lama berkhidmat di Pulau Pinang.
Menurut Abdul Sukor, dia mula memegang amanah melaungkan azan di masjid berkenaan sejak tahun 1979 selepas diminta berbuat demikian oleh mantan imam dan bilal masjid berkenaan yang dikenali sebagai Haji Ariffin dan Haji Man.
Jelas peniaga kedai makan itu, pada mulanya dia hanya diberi peluang melaungkan azan namun kedua-dua mantan berkenaan mendakwa suaranya mempunyai kelunakan dan keunikan tersendiri.
Kemudian saya menerima tanggungjawab menjadi bilal secara kekal pada tahun 1981 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) dan pesanan kedua-dua mantan saya ‘pegang’ sehingga kini.
“Banyak kenangan manis sepanjang berkhidmat dan memandangkan masjid ini terletak di tengah bandaraya, pelancong dari dalam dan luar negara serta orang kenamaan turut bersolat di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Terdahulu, video Abdul Sukor melaungkan azan di masjid itu tular di media sosial susulan kelunakan lantunan suaranya selain masih bertenaga meskipun sudah lanjut usia.
Memetik laporan Harian Metro, Abdul Sukor seringkali menerima sapaan lucu daripada jemaah luar yang menyangka laungan azan itu dilantunkan oleh ‘orang muda’.
“Sering kali ada individu masuk ke ruang solat dan mahu berjumpa dengan bilal yang laungkan azan. Apabila saya katakan itu suara saya, mereka terkejut dan menyangka ia dilaungkan orang muda.
“Suara ini anugerah Allah, saya tidak ada amalan khusus menjaganya cuma gemar minum air limau suam sebelum laungkan azan,” kata bapa kepada tiga anak dan 12 cucu itu lagi.
Rutinnya setiap hari Abdul Sukor melaungkan azan subuh di masjid sebelum ke kedai makannya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan kembali berada di masjid sekitar waktu Zohor dengan berjalan kaki kira-kira 300 meter.
Biarpun usia hampir menjengah separuh abad, Abdul Sukor yang juga peniaga kedai makan berkata, dia tidak mempunyai sebarang penyakit selain mengelak makan makanan berkuah serta hanya makan nasi bersama sayur dan ikan.
“Sejak dulu saya amalkan berpuasa selama tiga bulan pada Rejab, Syaaban dan Ramadan manakala selepas waktu Subuh, saya lakukan senaman ringan sama seperti ketika berkhidmat dalam tentera selain mengisi masa terluang dengan berzikir.
“Pada masa depan, saya harap lebih ramai pelapis yang boleh melaungkan azan dengan baik serta mengimarahkan lagi masjid ini,” katanya.
Sementara itu, menurut anak kedua Abdul Sukor, Mariam, 42, bapanya yang tinggal bersama ibu, Aliza Mohamed, 72, di Bandar Baru Farlim, masih kuat melakukan ‘kerja kampung’ termasuk memanjat pokok kelapa dan mengupas buah berkenaan.
“Dua anak saya dilihat mengikut jejak datuknya apabila beberapa kali memenangi pertandingan pencarian bakat cilik azan.
“Semoga kisah bapa saya menjadi inspirasi khususnya kepada golongan muda,” katanya lagi.
‘Usaha sebaik boleh, Allah juga yang Menentukan.’ Isteri masuk embrio matang, Achey mohon doakan mereka kuat. Setiap pasangan yang berumahtangga diuji dengan pelbagai antaranya soal zuriat.
Tidak semua pasangan bertuah dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin. Begitu juga yang dilalui pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah.
Melalui hantarannya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang perkembangan terkini tentang rawatan IVF (proses rawatan persenyawaan in-vitro) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Allahuakhbar! Bismillah, tiada daya dah usaha hamba mu ini tanpa keizinan mu Ya Allah…
Doakan @anne_achey._ kuat dan hari ini bermula FASA PENTING…
Bismillah bermula dari Ogos dan kini proses penting telah tiba memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
Telah masuk fasa yang sangat penting. Mudah-mudahan berjaya. Mohon doakan proses ini berjalan dengan baik.
Tak mudah proses ini. Positif kita jalani, insyallah positiflah kita dapat. Usaha sebaik yang boleh Allah juga yang menentukan.
Berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
Dalam masa yang sama, rata-rata warganet dan juga rakan artis turut mendoakan Achey serta isterinya dipermudahkan urusan di samping mendoakan apa yang pasangan ini usahakan berhasil dan berakhir dengan berita gembira.
Ezzatyabdullah InsyaAllah semoga dipermudahkan dan berjaya sihat semuanya.
fizzfairuzofficial Semoga dipermudahkan.. Insyalah.. dia menunggu papa dan mama dia ok..
Salinasaibi Semoga dipermudahkan “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin”
Ismaliza tanty Ya Allah Kau permudahkan urusan mereka berdua ,Kau berikan kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang perawatan mereka .Amin
Tular di media sosial, seorang suami yang menggelarkan dirinya Abe Pink mengakui hidup bahagia bersama isterinya, Yana biarpun dia mengubah penampilan dirinya sebagai maknyah.
Menggunakan akaun Tik Tok @abe_pink86 lelaki berusia 35 tahun ini mendedahkan dirinya masih bahagia bersama isteri dan turut menceritakan perubahan penampilannya menerusia beberapa buah video di aplikasi berkenaan.
Jelas dari penampilannya, lelaki ini telah mengubah keseluruhan cara berpakaiannya termasuk mengenakan alat solek, berambut blonde malah dirinya dilihat seperti kawan karib kepada isterinya malah mereka juga sering tampil berdua dalam setiap video berkenaan.
Malah pasangan dari Kelantan ini turut mengakui bahawa isterinya Yana tidak pernah terfikir untuk berpisah dan mereka masih menjadi suami isteri yang sah. Malah Yana dilihat tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.Malah pasangan ini dilihat turut menyambut ulangtahun perkahwinan di Tik Tok milik mereka.
KASHOORGA mendapatkan pandangan dari Ketua Penolong Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed mengenai perkara ini.
Menurut Dr Syed Shahridzan dari segi hukum perkahwinan, perkahwinan pasangan ini masih sah kerana perkahwinan mereka itu memenuhi syarat-syarat akad nikah antaranya pasangan ini berlainan jantina. Iaitu masih seorang lelaki dan wanita.
“Biasanya pembubaran perkahwinan atau faraq akan dilakukan oleh hakim jika seorang individu itu didapati murtad, keganasan rumahtangga atau atas sebab lain yang dirasakan sesuai oleh hakim mahkamah syariah.
Dalam kes suami menjadi maknyah dan isteri terus setia, jelas beliau, dari sudut hukum agama, mana-mana lelaki yang menyerupai wanita atau berketerampilan seperti wanita hukumnya adalah haram dan perbuatan begini dilaknat oleh Allah seperti mana yang dinyatakan dalam hadis yang sahih.
“Mengubah kejadian Allah itu hukumnya berdosa besar. Lelaki harus berpenampilan seperti lelaki dan bukan menukar jadi wanita.
“Tapi isterinya juga berdosa besar jika menyetujui perbuatan suami begini (berpenampilan seperti wanita). Redha dan setia dalam perkahwinan itu perkara lain tapi dosa kerana bersetuju suami berpenampilan begitu hukumnya dosa besar. Isteri seharusnya menegur jika perbuatan suami salah dan bukan menyokongnya. Apatah lagi suaminya berpenampilan seperti maknyah. Kita tak mahu perkara begini menjadi budaya. Dikhuatiri ianya menjadi ikutan dalam masyarakat.
Bagaimana dengan hubungan batin? Berapa lama tempoh isteri boleh minta cerai?
Dari sudut fitrah perkahwinan, pastinya wujud hubungan batin antara lelaki dan perempuan. Kalau suami sudah berpenampilan sebagai wanita, masih adakah lagi keinginanan batin?
Bagaimana jika si suami mak nyah tidak lagi bernafsu kepada isterinya sehingga mengabaikan tanggungjawab batin ini? Berapa lama tempoh nafkah batin tidak diberi isteri boleh tuntut cerai?
Menjawap persoalan ini dari pihak Kashoorga, Dr Syed Shahridzan menjelaskan, selama mana seorang isteri itu redha tiada hubungan batin, setahun, dua atau berbulan, ianya tidak jadi masalah. Asalkan ISTERI REDHA.
Tapi kalau isteri tak redha, isteri boleh buat tuntutan fasakh di mahkamah. Jelas beliau lagi, ia samalah seperti suami isteri bekerja hari ini.
“Tanggungjawab itu semuanya di pihak suami. Suami harus bayar bil, beri makan minum, tempat perlindungan dan sebagainya. Tapi hari ini, ramai suami isteri bekerja untuk sama-sama menampung perbelanjaan keluarga. Paling penting isteri redha dengan sumbangannya itu. Kalau isteri redha, tiada masalah. Sama dengan hubungan batin tadi, kalau isteri tiada masalah,” katanya lagi.
Tapi tambah beliau lagi, hukum akan berubah jika isteri melakukan onani secara diam-diam, cari lelaki lain untuk penuhi batinnya kerana ketidakupayaan suami memberi nafkah batin.
“Kalau ini terjadi, maka jelas perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana objektif perkahwinan untuk menghalang perbuatan maksiat. Oleh itu isteri harus pergi ke mahkamah syariah untuk menuntut cerai kerana ketidakupayaan batin suami dari dia terus melakukan dosa besar melakukan perbuatan haram itu,” katanya memberi penjelasan.
Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi keraguan dari masyarakat. Malah diharap ia tidak dibudayakan kerana berdosa mengubah ciptaan Allah.