soal jodoh

‘Umur sudah 30 tahun, tapi belum kahwin.’ Soal jodoh ini kuasa Allah. Jangan disoal tentang Ketentuan Allah, jika belum masanya.

Tidak ada wanita yang ingin hidup bersendirian tanpa pasangan hingga ke hujung nyawa. Namun jika itu adalah jalan hidup yang telah Allah tentukan buatnya, dia reda dan pasrah.

Sebagai manusia biasa jangan tahu menghukum salahkan itu dan ini bila mana kita sudah memiliki pasangan. Percayalah setiap manusia tidak sama jalan hidupnya.

Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin mengapa jangan disoal tentang jodoh orang lain.

Artikel Berkaitan:

‘Masa Tingkatan 4, Start Doa Dapat Jodoh Yang Soleh.’ Ambil Serius Kuasa Doa, Sampai Masa Allah Kabulkan

Umur Sudah 30 Tahun

Wanita itu mulia, mengapa perlu direndahkan martabatnya hanya kerana dia lambat berkahwin.

“Umur sudah 30 tahun,tapi belum kahwin. Tengok orang lain dah anak 3.”

Saya sedih membayangkan apa perasaan wanita yang sering direndahkan kerana lambat berkahwin.

Soal jodoh ini bukan kuasa mereka. Jika bertanya kepada mana-mana wanita sekalipun pasti semua ingin berkahwin dan punya keluarga.

Tapi Belum Kahwin

Namun perlu kita fahami, perjalanan jodoh setiap orang tidak sama.
Ada orang jodoh dia datang awal, ada orang ditunda sebentar jodohnya.

Namun dalam Islam kemuliaan wanita itu bukan dikira melalui status diri.
Kemuliaan seorang wanita itu dikira melalui sejauh mana ketaatan dia kepada perintah agama.

Soal Jodoh Ini Kuasa Allah

Semua wanita berhak bahagia tidak kira apa status dirinya. Oleh itu setiap wanita mesti mencari perkara yang membahagiakan diri.

Jangan biarkan diri hanyut dalam kesedihan kerana kata-kata orang di sekeliling.

Sebab itu juga saya selalu bersemangat untuk perbanyakkan perkongsian tentang jodoh kerana dengan ilmu dan teknik yang betul boleh membantu wanita mendapatkan jodoh yang baik.

Doa Cepat Dapat Jodoh Untuk Wanita

Khas buat para wanita, anda boleh amalkan juga doa ini sebagai usaha untuk mendapatkan bakal suami yang soleh dan terbaik.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Maksudnya : “Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Di samping mengamalkan doa khas untuk mendapatkan jodoh, anda juga perlu membaiki hubungan dengan Allah dengan cara perbanyakkan solat tahajud, segerakan solat lima waktu, banyakkan bersedekah, amalan sunah dan baiki peribadi diri.

Dengan beristiqamah dalam melakukan amalan baik, Allah pasti akan meredhai hamba-Nya dan pasti akan memberikan yang terbaik untuk hidup dan doa juga lebih mudah termakbul.

Baca Di Sini:

‘Kami Bersama Jalankan Dakwah, Berkongsi Matlamat Sama.’ Masyallah Cukup Indah Aturan Jodoh Mizz Nina

Kashoorga: Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. Cuba berusaha dan berikhtiar sebelum berserah sepenuhnya kepada-Nya.

Sumber: Ustazah Asmak Husin, harianpost.my

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI