‘Kami bersama jalankan dakwah, berkongsi matlamat sama.’ Masyallah cukup indah aturan jodoh Mizz Nina bila Allah temukan kita dengan orang yang benar-benar secocok dan sejiwa.
Tahniah Mizz Nina dan Essam Muhammad, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.
Kami Bersama Jalankan Dakwah
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mengumumkan berita gembira selepas melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Essam Muhammad.
Majlis pernikahan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43 tahun, dilangsungkan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat yang dipercayai diadakan di luar negara.
Berkongsi Matlamat Sama
Nina berkongsi kegembiraannya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagam miliknya semalam.
“Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah. Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalanan hidup baru ini,” katanya dalam kapsyen tersebut.
Ads
Masyallah Cukup Indah Aturan Jodoh Mizz Nina
Dalam hantaran yang dimuat naik itu, turut kelihatan wajah suami Nina sambil memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup.
Kalau duduk serumah dengan abang ipar, wanita memang kena bertudung litup 24 jam ke? Kalau balik sekejap-sekejap, mungkinlah tidak menjadi masalah untuk menutup aurat penuh.
Tetapi bayangkan jika seorang wanita memang tinggal dengan keluarga mentua dan abang ipar. Sudah tentu agak sukar untuk menutup aurat sepanjang masa.
Kalau duduk serumah dengan abang ipar, memang kena tutup litup semua ke, jenuhlah nak pakai stokin tiap masa dalam di dalam rumah bukan.
Tidak dinafikan, dalam mazhab Imam Syafie, kaki perempuan ini masih dikira aurat dalam keadaan apa sekalipun tapi sebenarnya ada jalan keluar untuk masalah ini.
Menurut Dr Abdul Karim Zaidan, dia tarjih pandangan yang paling kuat, kita ini sebenarnya dberikan keringanan untuk singkap aurat semasa bekerja contohnya ketika kita mencuci pinggan.
Namun begitulah tidaklah kesemua, jika bahagian tangan hanyalah dari hujung jari hinggalah ke pangkal lengan dan juga kaki. Jadi kalau abang ipar ternampak aurat kita pada ketika itu dimaafkan pada syarak.
Kaedah fiq ada sebut, ‘kepayahan membawa kepada keringanan’. Tapi jangan pula kita ambil mudah keringanan ini kerana hanya dibenarkan seorang wanita membuka pada bahagian kaki dan lengan sahaja.
Ada pun kepala, rambut, semua ni kita wajib tutup ya seperti kebiasaanya. Elakkan diri daripada berkemban di depan abang ipar sedangkan kita dan abang ipar ialah larangan muaqqat.
Info 1:
Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal. Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada.
Hukum ini dapat dilaksanakan khusus buat mereka yang tinggal serumah saja. Jika abang ipar itu sekadar menyinggah atau ziarah sekali-sekala, kita masih kena tutup aurat, full macam biasa.
Sesungguhnya, ipar-duai turut tidak dibenarkan berkhalwat (berdua-duaan) apatah lagi bersentuhan kulit, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita.
Lalu seorang lelaki Ansar berkata:
Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar?
Baginda bersabda:
Ipar adalah maut,” – Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim (2172).
Wanita perlu lebih berhati-hati menjaga diri dan aurat ketika berada dalam satu rumah dengan ipar lelaki kerana fitnah bersama al-hamwu lebih besar dan berbahaya.
Adapun kalau hanya berdua dengan ipar-duai tanpa ada kehadiran mahram lain adalah dilarang oleh syara’ dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (saddu zara’ii).
Larangan ni sebagai langkah berja-jaga daripada timbul sebarang kerosakan (mafsadah) yang lebih besar pada masa akan datang.
Info 2 : Mahram yang dimaksudkan adalah daripada pihak perempuan bukannya lelaki
Kashoorga: Islam ini memudahkan, tapi jangan pula kita mengambil ringan dalam bab aurat.
Jodoh itu datangnya tak cepat dan tak lambat. Ia datang ‘ngam-ngam’ saat paling sesuai buat kita. Namun, usaha mencari bakal pasangan hidup tetap perlu dilakukan.
Ia tidak akan datang bergolek sama lah halnya dengan rezeki. Dari luh mahfuz lagi Allah telah tetapkan siapa gerangannya yang bakal menjadi pasangan hidup kita. Siapa tahu, mungkin sekarang jodoh kita telah pun berada di depan mata. Mungkin juga, kita rasa yakin si dia adalah jodoh kita, tapi tak yakin.
Cuba lihat sebahagian daripada gambaran ciri-ciri ini. Mungkin ia dapat memberi hint bahawa jodoh sebenarnya dah dekat. Perancangan Allah adalah yang terbaik.
Semoga sahaja jika ada ciri-ciri ini pada si dia, maka kebarangkalian besar itu lah jodoh kita. Bagaimanapun, ini bukan telekan. Ia hanyalah sebagai garis panduan buat kita untuk mengagak.
Perasaan yang timbul ini terasa berlainan berbanding jika kita bersama orang lain. Jodoh bermula dari perasaan yang timbul dalam hati, sehingga kita benar-benar boleh tahu siapa yang faham diri kita. Apabila ia adalah jodohmu, maka tidak akan ada penghalang perasaan yang timbul dalam hati kamu sebab untuk hati yang saling mencintai, maka kita dapat merasakannya baik dari gerak geri dan perasaan yang terbit.
Jika dia adalah jodoh kita, maka dia akan selalu memiliki alasan untuk boleh memaafkan kita sebab perasaan yang hadir itu sangat tulus. Namun itu tidak bermakna kita boleh sewenangnya ambil kesempatan untuk melakukan kesilapan demi kesilapan. Kalau begitu, tiada siapa pun boleh tahan dan bersabar.
Hidup ini umama roda. Ada masa di atas dan ada masa di bawah. Pada saat inilah, kita sangat memerlukan seseorang yang sanggup bersama dan memberi semangat. Bukan semua mahu bersusah payah bersama, kecuali dia memang ada hati dengan kita.
Kehadirannya terasa seperti malaikat yang menyelamatkan kita dan memiliki cara tersendiri untuk memberikan motivasi kerana dia inginkan segala yang baik untuk bersama.
Ke mana sahaja pergi, kita selalu bersama dengan si dia. Tiada rasa bosan saat bersama. Semakin kerap bersama, kita rasa selesa dan gembira. Jika tetiba berjauhan, maka akan terasa sedikit tertekan serta rindu ingin
Tiada kepalsuan dari penampilannya. Jika dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka mungkin saja ini menjadi petanda jika jodohmu sudah dekat. Segala yang ditunjukkan adalah dirinya sebenar.
Jika kita memiliki ketetapan hati pada si dia, maka ini menjadi tanda bahawa dia merupakan jodoh untuk kita. Bagaimanapun ketetapan hati ini harus dimulakan dengan memohon petunjuk dari Allah.
Hubungan yang tak serasi biasanya selalu berakhir dengan pertengkaran. Apabila pertengkaran ini tidak ada penghujungnya dan membuat kita tidak tenang serta gelisah, maka singkirkan harapanmu pada orang tersebut meskipun dilihat dari segi material, fizikal dan inteleknya adalah baik.
Sebaliknya, jika orang tersebut memberikan ketenangan jiwa yang selalu membuat kamu serasa damai seperti pada Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [QS.A-Ruum : 21]
Nampaknya jodoh menghampiri apabila kita dapat lihat semua tutur kata dan juga akhlaknya selalu positif dan si dia kerap membuatkan kita dekat kepada Allah SWT. Orang tersebut akan mengubah semua perasaan galau, sedih yang kamu rasakan menjadi sumber kebahagiaan. Mustahil untuk si dia berlakon untuk kekal menjaga akhlak dan baik tutur kata sepanjang bersama.
Kalau bertemu orang yang memiliki iman serta kebaikan yang tidak terlalu jauh berbeza, maka inilah dia jodoh yang dicari. Sudah tertulis pada ayat Al-Quran jika wanita-wanita baik untuk laki-laki baik dan begitu pun sebaliknya. Dari sini, kita dah boleh lihat dan mengukur jodoh kita yang baik.
Jika kita sudah ada rasa yakin si dia pandai menjaga rahsia dan kita pun rasa selamat dan selesa bercerita dengan dia, maka ini boleh jadi satu tanda si dia mungkin jodoh kita. Boleh jadi juga kita sampai tahap tidak mampu untuk merahsiakan apa-apa lagi daripadanya. Jika yang terjadi sebaliknya, maka tolak orang tersebut dengan cara yang baik.
Orang yang tidak peduli dengan masa silam kita, terima keluarga kita seadanya dan juga tidak peduli dengan siapa kita bercinta masa lalu, ini boleh menjadi salah satu tanda jika Allah sudah mendekatkan orang tersebut sebagai jodoh kita.
Andai orang tersebut membuat kita berhenti mencari pasangan lain, walaupun dia tidak sempurna mana, namun kita merasa hidup tidak lengkap tanpa kehadiran orang tersebut sekaligus menjadi yakin jika dialah orang tepat yang diberikan Allah pada kita, maka ini mungkin bermaksud jodoh kita dah dekat.
Jika keperibadian si dia menepati ekspektasi keluarga kita; disenangi dan mereka juga dapat merasakan adanya chemistry, mungkin ini petanda si dia adalah jodoh kita.
Tatkala bersama dengan si dia, kita dapat rasa, segalanya berjalan lancar, dan urusan dipermudahkan. Tiada berbahasan atau pertikaian timbul yang akan merosakkan hubungan. InsyaAllah, mungkin itu tanda jodoh dah dekat. Pucuk pangkalnya, segala sesuatu urusan semakin dipermudah oleh Allah SWT.
Apabila diminta untuk melakukan sesuatu bersama dan dia memberikan kerjasama baik maka ini juga petanda jodoh kita sudah dekat.
Segala ketentuan daripada Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya merancang. Allah akan memberikan kita beberapa petunjuk iaitu dengan cara Istikharah dan tawakal untuk meminta petunjuk dariNya, sehingga jodoh yang kita dapatkan akan selalu baik menurut Allah SWT.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Jodoh kita dengan siapa semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kalau boleh kita memang mengharapkan agar dipertemukan dengan seorang lelaki bukan saja yang menyayangi, tetapi mencintai kita sepenuh hati.
Tetapi bagaimana jika kita tersalah memilih suami yang betul-betul sesuai dengan kita. Ketika bercinta, sikapnya lain dan selepas berkahwin barulah sikap sebenar dirinya terserlah.
Mungkin dia jenis kaki pukul atau yang tidak mementingkan agama terutama bab solat. Alangkah malangnya mendapat lelaki begini, seperti kata Prof Dr Muhaya.
“Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.
“Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
“Nampak remeh hal ini, tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha Hebat.
“Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah,” ujarnya.
Jadi dalam soal memilih jodoh, janganlah sampai tersalah pilih. Kenal dulu hati budi insan yang ditemui sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Jangan menilai dari segi luaran sahaja, misalnya dari segi pakaian, tutur kata ataupun penampilan yang sentiasa kemas.
Kadang-kadang penampilan menarik tidak mencerminkan sikap sebenar mereka. Jadi untuk mengelakkan tersalah pilih, mungkin ada boleh menguji mereka terutama bab solat apabila mengajaknya keluar.
Jika dia mengelak untuk bersolat, itu tandanya si dia bukanlah seorang lelaki yang mengutamakan suruhan Allah yang wajib itu. Anda boleh membuat keputusan untuk menerimanya atau tidak sebelum segalanya berlaku.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Jamak Takdim: Ketahui hukum bercakap antara dua solat jamak takdim menurut Mazhab Syafie, syarat muwalah serta situasi yang boleh menyebabkan jamak tidak dapat diteruskan.