Dalam pada ramai yang sibuk dengan #10yearschallenge, posting isteri kesayangan, Noh Hujan Mizz Nina di laman Instagramnya begitu menyentuh perasaan. Melalui perkongsiannya itu, Mizz Nina berkongsi perubahan hidupnya sejak 10 tahun lepas.
Ujar Nina, pada tahun 2009 dia tidak mengenali (huruf) Alif Ba Ta dan hanya menghafal surah Al-Fatihah dan tiga Qul.
“2009, saya masih tak tahu Alif Ba Ta, hanya menghafal surah Al-Fatihah dan tiga Qul. Saya mula belajar pada usia 33 tahun. Tak pernah terbayangkan, saya berubah luaran dan dalaman, Allah menunjukkan jalan untuk saya mempraktikkan Islam,” ujar Nina.
Ads
MASIH TIDAK TERLAMBAT UNTUK BELAJAR MEMBACA AL-QURAN
Tambah Nina lagi, dia kini sedang mengikuti diploma Ta’leem Al-Quran, berdakwah dan memberikan ceramah. Walau bagaimanapun Nina tidak memuat naik semula fotonya yang tidak berhijab ketika tahun 2009.
Ads
“Pada tahun 2009, saya berusia 29 tahun, solo dan fokus pada kerjaya. Saya hampir berputus asa untuk mencari pasangan hidup tetapi pada hujung tahun itu saya dipertemukan dengan suami saya,” tambahnya.
Pesan Nina lagi, masih tidak terlambat untuk belajar membaca Al-Quran dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Semoga dengan perkongsian dari Mizz Nina ini dapat kita menjaga hubungan dengan Allah. Inshaallah.
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadis yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]
Bagi menjawab pertanyaan pertama di atas, hadis sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadith adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Tambahan pula, hadis ini mempunyai sebab wurudnya (sebab Nabi SAW ucapkan hadis ini) iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi SAW pulang daripada Syam dan melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi sujud kepada pembesar dan ulamak mereka sebagai tanda penghormatan nabi-nabi mereka. Maka sahabat ini berkata bahawa Rasulullah SAW lebih berhak untuk dilakukan sedemikian tetapi Nabi SAW melarang para sahabat melakukan hal tersebut dengan mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini mereka mendustakan serta menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka. [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
MAKNA HADIS
Antara yang boleh difahami daripada hadis ini adalah kewajipan seorang isteri itu mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Ini kerana terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri dan sebahagiannya tidak terlaksana oleh si isteri.
Imam al-Syaukani berkata makna hadis ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sahih li ghairihi]
Kesimpulannya hadis di atas adalah sahih dan ia tidaklah menunjukkan kebolehan seorang isteri itu untuk sujud kepada suaminya. Ini kerana sujud hanya dibenarkan kepada Allah SWT sahaja dan tidak dibenarkan sujud kepada selain daripada Allah SWT sebagaimana larangan jelas daripada Nabi SAW berdasarkan riwayat di dalam Musnad Ahmad di atas.
Akan tetapi hadis ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagi mana apa yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan agama. Semoga Allah SWT mengurniakan suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumahtangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mungkin ada lelaki yang takut berkahwin kerana bimbang belum mampu untuk menyara ‘anak orang.’ Hakikatnya melalui perkahwinan, rezeki akan melimpah ruah asalkan ada usaha ke arah itu.
Selain itu memelihara hubungan yang baik dalam rumah tangga juga antara resepi rezeki datang ‘mendekat’.
Ikuti perkongsian berikut:
Perkahwinan sepatutnya membuka pintu rezeki seluas-luasnya tapi kerana hubungan suami isteri renggang, pintu rezeki menjadi sempit. Mulalah jadi bibit bibit perpisahan apabila banyak musibah berlaku.
Ramai suami isteri berpecah belah kerana dah tak mahu berkepit macam masa mula-mula kahwin dulu. Anak ramai atau tak ramai bukan alasan malu nak berkepit nanti anak-anak pandang.
Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada banyak kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami.
ENAM AMALAN SUAMI ISTERI YANG ADA KEBAIKAN DARI SEGI PSIKOLOGI DAN SAINTIFIK
ISTERI SALAM DAN CIUM TANGAN SUAMI Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan.
Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..
TIDUR BAWAH KETIAK SUAMI Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”.
Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!
JANGAN MALU MANDI BERSAMA Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami.
Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.
JANGAN TAKUT KENTUT DEPAN PASANGAN Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini.
Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.
Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.
SUAMI PELUK DAN CIUM ISTERI Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga.
Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.
SOLAT BERJEMAAH SELALU Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama.
Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA.
Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka.
Jangan terkejut lepas ni isteri jadi SUPERGIRL di rumah, comfirm lepas tu rezeki yang datang pun macam SUPERMAN..
Sumber: Mohd Fhais
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jika mahu mendidik anak-anak, didiklah ketika masih kecil lagi. Cara didikan ibu bapa berlainan. Setiap ibu bapa punya cara tersendiri untuk mendidik anak-anak.
Bagi Ameera Zaini atau pemilik nama sebenar, Nor Ameera Zaini cara dia mendidik anaknya dilakukan secara bersahaja.
Putera sulungnya, Mateen tidak terlalu didedahkan dengan gajet. Hal ini kerana Ameera lebih gemar anaknya itu menikmati zaman kecil secara natural. Walaupun Mateen masih kecil, Ameera telah mula mengajar Mateen untuk membaca surah-surah pendek.
Tidak terlalu ‘memaksa’ Mateen untuk belajar namun Ameera mengambil pendekatan mendidik secara santai. Lihat sahaja cara Ameera mengajar Mateen membaca surah lazim, dalam Mateen bermain-main, sempat juga Ameera mengajar Mateen.
Walau pun Mateen membaca hujung-hujung surah namun ia satu perkembangan yang membanggakan bila dalam usia 18 bulan, Mateen sudah boleh mengingati bait-bait ayat lazim.
Kurang mendedahkan Mateen dengan gajet, Ameera lebih banyak menggalakkan Mateen bereksperimen dengan aktiviti mewarna.
Ramai yang memuji cara Ameera mendidik Mateen termasuklah Fara Hanim Razak yang mempunyai anak kembar.
TIP UNTUK MENGAJAR ANAK KECIL MENGINGATI SURAH LAZIM:
1.Bacakan setiap hari kepada anak-anak. Otak anak-anak kecil adalah seperti span yang mudah menyerap. Ulang dan ulang setiap hari. Dengan cara ini anak-anak akan mudah mengingati.
2.Jangan paksa jika anak tidak mahu. Ajar bila mood anak berada dalam keadaan baik.
3.Berikan penghargaan kepada anak-anak apabila mereka berjaya mengingat sesuatu ayat misalnya. Dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih seronok untuk belajar.
Sumber: Instagram Ameera Zaini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.