‘Wajah bersih, tiada kesan terbakar.’ Jenazah 4 beradik selamat dikebumikan dalam 1 liang lahad. Anak syurga, tiada dosa.
Beratnya beban yang ditanggung ibu, bapa mereka apabila kehilangan empat orang anak sekaligus. Namun ternyata Allah lebih menyayangi empat beradik ini.
Pasti ada hikmah di sebalik ujian berat, semoga ibu dan bapa mereka tabah berdepan hari-hari mendatang tanpa keempat-empat anak mereka.
Raut wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor, dikatakan dalam keadaan amat bersih langsung tiada kesan terbakar.
Perkara tersebut didedahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi perkongsian di akaun media sosial miliknya malam tadi.
“Adik kecil Puteri Aisyah, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah, kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.
Ads
“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas,” katanya.
Jenazah 4 Beradik Selamat Dikebumikan
Kejadian pada 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.
Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira 8.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di Muar.
Menceritakan lawatannya itu, jelas Ebit Lew, dia sedih dan menangis selepas menghadiri pengebumian jenazah empat beradik berkenaan.
Ads
Katanya, dia turut sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan pengurusan jenazah di Muar Johor.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini,” katanya.
Dalam 1 Liang Lahad
Menurut Ebit Lew, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barang elektrik dan televisyen.
Malah katanya, wanita itu memaklumkan salah seorang anaknya, Aisyah terlalu ingin menemuinya.
Ads
“Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar,” katanya.
‘Suamilah syurga, susah dan senang biarlah bersama.’ Pengorbanan seorang isteri, sanggup kendong suami naik, turun tangga dari tingkat 4 rumah pangsapuri.
Ternyata tidak semua mampu mengharungi dugaan ini, betapa beratnya bila tempat bergantung iaitu suami sakit dan hilang upaya. Jika tak cukup kuat, pasti hilang pertimbangan. Namun ternyata wanita tabah ini berjaya melaluinya.
Kisah ketulusan kasih sayang seorang isteri kepada suami ini tular di laman sosial telah meruntun hati ramai. Ungkapan pendek yang diungkapnya iaitu, Suamiku syurgaku, juga memberi makna yang mendalam.
Video Nik Junainah Nik Soh, 41, atau mesra disapa June menggendong suami tercinta Mazlan Othman, 48, menuruni rumah pangsapuri mereka yang berada di tingkat empat Pangsapuri Kasawari, Cheras, Selangor mendapat perhatian war ganet.
Malah, rakaman yang dikongsikan aktivis masyarakat, Hamsatul Hamzah tular di laman sosial.
“Suamilah syurga saya, susah senang saya ingin sentiasa bersamanya,” demikian catatan Hamsatul tentang kata-kata June yang menjentik hati warganet.
Menurut June, suaminya Mazlan sakit sejak 12 tahun lalu. Biarpun lebih sedekad diuji, guru tadika itu tetap setia dan cekal menyokong lelaki itu.
“Suami sudah 12 tahun mengalami psoriasis (sakit kulit kronik). Disebabkan itu juga, beliau mengalami masalah sendi.
“Selain itu, beliau juga mengalami masalah hati iaitu hepatitis dan baharu sahaja menamatkan rawatan tibi (tuberkulosis) pada bulan Ogos baru-baru ini,” katanya.
Tambah June, jika sebelum ini, suaminya berupaya berjalan dengan sempurna. Tetapi nasib suaminya, Mazlan, berubah setelah insiden yan g berlaku pada Ogos lalu.
“Awal bulan Ogos 2021, suami saya tidak sedarkan diri di rumah dan terus dibawa ke hospital Serdang. Selepas Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) doktor sahkan ada jangkitan kuman tibi dari paru-paru ke otak dan beliau ‘ditidurkan’ selama dua minggu lebih.
“Selepas keluar dari hospital beliau ada masalah untuk berjalan kerana mengalami kesakitan pada sendi punggung dan paha. Doktor lakukan X-ray dan mendapati sendi-sendi berkenaan berlaga yang menyebabkan suami sakit apabila berjalan.
“27 November 2022 baru-baru ini, suami terjatuh di bilik air hingga luka pada dahi dan patah lengan kanan. Selepas kejadian itu, paha kanannya semakin sakit dan tidak boleh berjalan selama seminggu,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Katanya lagi, kesakitan pada sendi suaminya menjadi kronik selepas kejadian itu. Malah kaki kanan Mazlan sakit tidak boleh berpijak ke lantai apabila berjalan.
“Mungkin disebabkan jatuh terhentak, kami risau ada patah tetapi apabila X-ray , Alhamdulillah tiada kepatahan cuma doktor beritahu ada sedikit kecederaan pada bahagian dalam sendi,” katanya yang memberitahu suaminya terpaksa memakai lampin pakai buang selepas kejadian itu.
Justeru, wanita tabah ini bertindak sebagai pemudah suaminya untuk bergerak dengan cara mengendong lelaki itu untuk ke mana sahaja termasuk menuruni pangsapuri mereka yang tidak dilengkapi lif.
Sementelah kini June perlu membawa suami menghadiri janji temu daripada pakar kulit, pakar sendi, pakar hati dan pakar tulang.
“Dalam sebulan tidak tentu, ada empat kali, ada dua kali. Boleh dikatakan dua kali sebulan dan fisioterapi,” katanya.
Pergerakan Mazlan yang terhad memerlukan lelaki itu dibantu. Wanita tabah itu bersyukur anak-anak remajanya, memahami dan ringan tulang membantu kebajikan si bapa.
“Apabila saya bekerja, anak-anak akan tengokkan bapa mereka. Nur Alya Maisarah, 16 tahun dan Muhammad Rasydan Fahtullah, 13 bergilir-gilir membantu sementelah persekolahan mereka berlainan sesi,” katanya.
Tidak hanya anak-anak, jiran tetangga yang prihatin tidak berkira dalam membantu mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah ALLAH Maha Baik sentiasa mudahkan urusan kami. ALLAH hadirkan jiran dan sahabat yang selalu bantu kami pada saat kami memerlukan.
“Ada juga sahabat yang membantu menggendong suami ketika turun dan naik tangga jika ada pemeriksaan di hospital apabila diminta oleh suami saya.
‘Mohon doakan juga semoga Allah selalu mudahkan urusan insan-insan yang baik ini. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami,” tutur June memetik laporan Sinar Plus.
Biarpun Mazlan yang sebelum ini bertugas sebagai juruteknik dan mendapat pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), June kini menggalas tugas mencari rezeki buat keluarga.
Pendapatannya sebagai guru tadika ‘cukup-cukup sahaja’ untuk menampung perbelanjaan makan minum keluarga, perubatan suami dan persekolahan anak-anak.
Sementelah kos perubatan dan ulang alik ke Hospital Serdang mencecah ratusan ringgit sebulan. Malah menurut June, suaminya sering kehabisan ubat tahan sakit dan perlu membelinya di farmasi.
Pun begitu, June bersyukur anak-anak amat memahami kewangan keluarga dan tidak pernah meminta di luar kemampuan.
Bagi kalian yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan kepada akaun Maybank Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP), 5622 6355 9574.
Kashoorga: Semoga June dan keluarganya terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Amin.
Nelydia mohon maaf, akui masih baru berhijrah. “Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab.’ Itulah luahan hati Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan seterusnya memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Benarlah hati manusia berubah-rubah, begitu juga dengan figura ini. Dirinya juga tak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidupnya seperti orang lain. Manusia mana yang sempurna, begitu juga dia.
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.” [Riwayat Muslim (2643)].
Bila bercakap soal jodoh, kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam kehidupan kita. Namun ada ketikanya, sekuat mana pun kita merancang, pengakhirannya ia sudah ditetapkan oleh Allah jua.
Di media sosial, perkongsian pasangan pengantin baru, Nik Halumatulsaadiah dan pasangannya, Azman bin Zainudin menarik minat warga maya untuk mengetahui kisah cinta pasangan ini kerana jarak usia keduanya.
Dalam pada itu, menjawap bebeberapa pertanyaan wargamaya, Nik hanya meminta agar orang ramai mendoakan jodohnya ini sebaik-baiknya tanpa memaklumkan berapa jarak usia usia mereka. Pasangan ini berasal dari Kuantan, Pahang dan pernikahan mereka ini diwalikan oleh ayahnya sendiri.
Walau ramai menyangka suaminya itu adalah “ayahnya” takdir ini sudah tertulis di luh mahfuz dan video pernikahan pasangan ini sudah ditonton 1.0 juta orang dan masing-masing memberikan pandangan tersendiri.
Apa pun jodoh adalah hak Allah, manusia hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Di saat kita memilih usia muda kerana raut wajah mereka tapi banyak juga perkahwinan yang gagal kerana tiada persefahaman. Namun ramai juga memilih jodoh lebih berusia dan kekal hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru buat pasangan ini.
Semoga till Jannah.