Banyak persoalan tentang keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak perlu berpuasa. Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, ini penjelasannya.
Soalan: Seseorang yang boleh berbuka kerana musafir, bolehkah dia teruskan makan apabila sudah sampai ke tempat yang dituju ataupun kena tahan diri sehingga waktu berbuka. Macam itu juga bagi yang sakit pada awal hari tapi sembuh sebelum waktu berbuka, bolehkah dia terus makan atau kena tunggu sehingga masuk waktu berbuka?
Jawapan:
1. Para ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa.
Ads
Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian.
Kata Abdullah bin Masud r.a:
مَنْ أَكَلَ أَوَّلَ النَّهَارِ فَلْيَأْكُلْ آخِرَهُ “Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra).
Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan.
Ads
2. Namun hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, namun orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah.
Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan. Islam agama yang berusaha mengelakkan fitnah dan salah sangka dalam kalangan manusia.
3. Maka seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor musafir ini –seperti perbahasan di atas-, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.
Sumber: Dr Maza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jangan terkejut, apabila ada dosa-dosa kita tidak dapat dihapuskan dengan amalan bersolat, bersedekah, melakukan haji, berpuasa dan lain-lain.
Namun Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang mempunyai penyelesaian untuk kita menebus dosa-dosa ’kebal’ itu dengan satu amalan yang mulia. Apakah amalan itu ya?
Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Sesungguhnya di antara dosa-dosa ada yang tidak dapat dihapus (ditebus) dengan pahala solat, sedekah atau haji namun hanya dapat ditebus dengan kepayahan dalam mencari nafkah.” (HR. Ath-Thabrani)
Allah amat suka hambaNya yang rajin berusaha mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga. Dan dengan kesungguhan, keikhlasan dan jujur mencari nafkah, amalan ini akhirnya membantu kita menghapuskan dosa-dosa ‘kebal’.
Bagi kita yang berhempas pulas mencari rezeki halal siang dan malam, tentunya akan menggandakan lagi kegigihan mencari nafkah setelah tahu betapa besarnya kemampuan amalan ini sehingga mengatasi ibadah lain.
Jadi, bekerja sebenarnya merupakan suatu nikmat, anugerah dan ibadah kita juga kepada Allah selama mana pekerjaan kita itu adalah halal dan diredhaiNya.
Jika masih ada yang berasa malas, tidak bersungguh-sungguh dalam bekerja dan sambal lewa, itu merupakan satu kerugian besar. Dibimbangi tiada keberkatan dalam usaha kita mencari nafkah dan menjadi amalan sia-sia.
Jika ini terjadi, jangan berharap kita dapat menghapuskan dosa yang susah untuk diampunkan Allah.
Dalam apa keadaan pun,eloklah kita bekerja bersungguh-sungguh kerana ia akan menjadi senjata penghapus dosa-dosa yang dilakukannya.
Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa di petang harinya merasa keletihan kerana seharian bekerja mencari rezeki untuk keluarga, maka pada petang hari itu juga dia mendapat curahan ampunan dosa.” (HR. Thabrani dari Ibnu Abbas).
Justeru itu, pekerjaan mencari rezeki mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam konteks pengampunan dosa. Janglah kita bermalas-malasan dalam melakukan pekerjaan selepas ini. Jika biasa ‘curi tulang’, maka selepas ini perlu hentikan serta merta.
Setelah mengetahui hal ini seharusnya kita tak lagi bermalas-malasan dalam bekerja, apalagi makan gaji buta dengan bekerja sekadarnya saja jika diawasi oleh perusahaan.
Bermula sekarang, berjanji dan bertekadlah bahawa kita akan bekerja dengan penuh dedikasi dan berintegriti.Moga dengan kesungguhan mencari rezeki halal itu, lebih mudah lagi kita mensucikan diri daripada sebarang dosa ‘degil’.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Muharam datang dan pergi. Dan saban tahun umat Islam menanti kan kehadiran bulan agung ini. Kita telah dibiasakan dengan penganjuran pesta menjelang Tahun Baru pada setiap 1 Januari.
Berbeza kali ini, kita tukar mindset dengan lebih utamakan 1 Muharam bagi permulaan tahun baharu melonjak martabat kita di sisi Allah!
Sebagaimana tahun Masehi, tahun Islam juga mengandungi 12 bulan yang dikenali sebagai Muharram, Safar, Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya’ban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, dan Zulhijjah.
Jumlah bulan demikian ada dijelaskan di dalam Al-Quran, bahwa Allah membahagikan setahun kepada 12 bulan. Di dalam Al-Quran surah At-Taubah ayat 36 disebutkan, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan dalam ketetapan Allah.”
Dari 12 bulan tersebut, Allah juga menjadikan sebahagian bulan lebih utama daripada sebahagian yang lain. Sebagaimana firmannya, “Di antaranya ada empat bulan yang haram, itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan empat itu.” (At-Taubah:36).
Kalender Hijah ini diawali dengan bulan Muharam sebagai bulan pertama. Dengan bulan ini, Allah membuka setiap tahun sesuai sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah membuka tahun dengan bulan haram (bulan Muharam) dan mengakhirinya pula dengan bulan Haram (bulan Zulhijjah). Maka tiada bulan dalam satu tahun lebih agung di sisi Allah setelah bulan Ramadhan daripada bulan Muharam.”
Dengan demikian, bulan Muharam memiliki keutamaan luar biasa bagi kaum Muslimin karena termasuk dari Arba’atun hurum (empat bulan yang diharamkan) dan bulan yang dimuliakan Allah. Dalam bahasa Arab, kata ‘Muharam’ memiliki makna ‘yang diharamkan’. Sebab, di bulan ini dahulu bangsa Arab sepakat untuk mengharamkan peperangan.
Kerana keutamaannya itulah, ada beberapa amalan yang dianjurkan untuk dilakukan di bulan Muharam. Berikut beberapa amalan yang disunnahkan di bulan Muharam, seperti diambil dari buku berjudul “Menggapai Berkah di Bulan-bulan Hijriyah” karya Siti Zamratus Sa’adah:
“Puasa yang paling utama setelah puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Allah yang kalian sebut dengan Muharam.”(Al-Baihaqi)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At-Tirmidzi dari Ali RA, berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, bulan apakah yang layak untuk aku berpuasa setelah bulan Ramadhan?”
Rasulullah menjawab, “Jika kamu ingin berpuasa selama sebulan selain di bulan Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Allah Muharam. Sesungguhnya itu adalah bulan Allah, di sana terdapat suatu hari yang Allah memberi pengampunan kepada sebuah kaum dan juga memberikan pengampunan bagi kaum yang lain.” (HR. Al-Baihaqi)
Hari pertama di bulan Muharam adalah awal tahun. Kerana itu, dianjurkan untuk berpuasa di hari pertama bulan Muharam dan juga berpuasa sehari sebelumnya (akhir tahun).
Hal ini menunjukkan bahwa seorang Mukmin mengawali sesuatu dan mengakhirinya dengan kebaikan.
Al-Hafizh Ibnu Hajar menyebutkan, bahwa Hafshah meriwayatkan suatu hadis dari Rasulullah SAW, beliau bersabda,
“Barangsiapa berpuasa di hari terakhir dari bulan ZulhijJah dan juga hari pertama dari bulan Muharam, maka Allah akan menjadikannya sebagai penghapus atas dosa selama lima puluh tahun, dan puasa sehari di bulan Muharam sebagai penghapus atas dosa selama tiga puluh hari.”
Selanjutnya, pendapat mengatakan dianjurkan untuk berpuasa selama tiga hari di bulan Muharam. Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa tiga hari di bulan Haram, yakni hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu, maka Allah akan mencatat untuknya sebagai ibadah selama tujuh ratus tahun.” Namun, hadis ini masuk dalam kategori hadis lemah.
Sebahagian ulama mengatakan, bahwa bulan Muharam yang paling utama adalah sepuluh hari pertama dari bulan itu. Di bulan Muharam ini, hari yang sangat dianjurkan untuk berpuasa ialah pada hari Asyura (hari kesepuluh dari bulan Muharam).
Hari Asyura memiliki keutamaan yang sangat besar dan kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah. Sebab, di dalamnya terjadi berbagai kejadian bersejarah yang sangat penting dalam Islam. Salah satu hadis yang menyebutkan keutamaannya ialah hadis dari Ibnu Abbas.
Ia berkata, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW sangat bersemangat untuk berpuasa di suatu hari, kecuali di hari ini (hari Asyura) dan di bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda,“Berpuasalah kalian di hari Asyura dan bezakanlah dengan Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sesudahnya.” (Al-Baihaqi)
Bersedekah atau menyenangkan keluarga
Selain berpuasa, umat Muslim juga disunnahkan untuk memperbanyak sedekah dan menyenangkan atau memuliakan keluarga. Dalam sebuah hadis dari Abi Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menyenangkan keluarganya di hari Asyura, maka Allah akan memberikan kesenangan kepadanya (meluaskan rizkinya) di tahun-tahun berikutnya.” (HR. Al-Baihaqi dan Ath-Thabarani)
Dalam hadis lain dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa di hari Asyura, maka seakan-akan berpuasa selama setahun, dan barangsiapa bersedekah di hari ini, maka seakan-akan bersedekah selama satu tahun.”
Dalam hadis lain, Jabir bin Abdullah ra, mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa melapangkan keperluan orang lain pada hari Asyura, Allah akan melapangkan untuknya sepanjang tahun itu.”
Bertaubat kepada Allah dan memperbanyak amal soleh
Di hari Asyura, dianjurkan untuk memperbaharui taubat serta kembali kepada Allah. Meskipun, umat Islam sebenarnya dapat bertaubat bila-bila pun. Sebab di hari Asyura, seperti yang telah disebutkan dalam sebuah hadis, terdapat hari di mana Allah memberikan pengampunan kepada sebuah kaum di bulan Muharam.
Aswad bin Yazid berkata, “Aku bertanya kepada Abin bin Amr tentang puasa Asyura. Dia barkata: Pada bulan Muharam ada hari ketika Adam diberi keampunan. Bila engkau mampu, berpuasalah pada hari itu.” Hal senada dikuatkan oleh Abu Ishaq, yang mengatakan bahawa jika suatu kaum berbuat dosa, lalu mereka bertaubat pada hari itu, maka taubat mereka diterima.
Bila sebut kaki sembang, perkataan ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang suka “bersembang”, ia sama ada untuk bertukar-tukar cerita, berbual kosong dan tentunya paling banyak bersembang adalah orang-orang politik kerana mahu menjaga kebajikan rakyat.
Namun jenis “sembang” ini terdiri dari tiga kategori yang mana ia sebenarnya amat dibenci oleh Rasulullah SAW.
Berikut ada tiga jenis kaki sembang yang Rasulullah SAW paling benci.
1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. . 2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain. . 3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain. . Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: . أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِنيمَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون . “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].
Sumber: Pondok Habib .
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.