
Situasi ‘dikencing’ rakan mungkin pernah dialami sebahagian dariapda kita tapi hendaknya kita tidak pula dikencing oleh syaitan.
Ia bukanlah cakap kosong tapi manusia dikencing syaitan ini memang ada disebut dalam sebuah hadis masyhur. Demikian kata pendakwah terkenal Ustaz Elyas Ismail.
Diceritakan kepada Rasulullah SAW bahawa terdapat seorang lelaki yang tidur hingga terlajak Subuh.
Lalu, Baginda SAW bersabda: “Lelaki itu telah dikencingkan oleh syaitan di telinganya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menjelaskan maksud ‘dikencingkan oleh syaitan di telinganya’, penceramah itu berkata, para ulama menyatakan, telinga seseorang itu telah tersumbat daripada mendengar laungan azan Subuh.
“Kedua, telinganya menjadi begitu kerana dia seolah-olah telah dipenuhi dengan perkara-perkara batil hingga terhijab daripada mendengar seruan azan.
“Ini bermakna, dirinya begitu nikmat dan sedap tidur sampai tidak bangun (menunaikan) solat Subuh. Itulah yang dimaksudkan kena kencing daripada syaitan. Semoga kita dijauhkan daripada dikencingkan oleh syaitan dan kawan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara syaitan ‘membelit’ manusia dengan tipu dayanya untuk menjayakan misi menyesatkan anak Adam.
Antaranya termasuklah menerusi muncung atau paruhnya yang boleh membuatkan manusia mudah lupa, selain mengincu bibir para pendengar ceramah supaya mereka dapat berbual-bual dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Sumber: Sinar Harian
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Apa Nak Buat Jika Tuan Tanah Hadapan Tak Benarkan Lalu Atas Tanah Miliknya Untuk Ke Tanah Kita?”-Peguam

Samada anda pemilik tanah pusaka atau tuan tanah yang baharu dibeli, itu adalah rezeki yang dikurniakan Allah. Namun pemilikan tanah ini adakalanya hadir dengan pakej ujian apabila ia terletak jauh dari jalan utama.
Tak ada pilihan lain, terpaksa melalui tanah pemilik lain untuk sampai ke tanah milik sendiri.
Sekali sekala melaluinya mungkin tak jadi masalah, namun timbul pertikaian apabila pemilik tanah yang berhampiran jalan utama mula ‘bising’ dan tidak puas hati apabila tanah miliknya menjadi laluan pihak lain.
Artikel berkaitan: Berkali-kali Tanah Ditambah, Kubur Imam Bukhari Tetap Berbau Harum Semerbak
Artikel berkaitan: Jangan Disebabkan Najis Kucing Kita Tak Masuk Syurga!
Sesiapa pun pasti berasa tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Namun apa pun isunya, berbincanglah untuk mencapai kata sepakat. Cuba mudahkan urusan orang lain dan sebaliknya.
Di sini Allah sedang menguji keimanan dan ketakwaan kita apabila perlunya ada konsep mempermudahkan urusan orang lain dan sesungguhnya itu semua adalah ujian kecil daripada Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah)
Walaupun sedikit kebaikan yang kita lakukan tetapi ALLAH memberikan ganjaran sehingga ke akhirat.
Namun begitu, kita baca perkongsian menarik daripada peguam Salkukhairi Abd Sukor , Timbalan Presiden, Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia tentang konflik laluan ke tanah milik kita terhalang oleh tanah milik orang lain.
Ramai pulak yang tanya saya soalan tentang masalah ini.
Biasa terjadi, seorang memiliki sebidang tanah yang mana kedudukannya 2 atau 3 lapis dari jalan.
Ini menyebabkan tuan tanah tersebut terpaksa membuat satu laluan yang mungkin melalui tanah milik orang lain untuk pergi ke tanahnya dan laluan itu digunakan oleh orang awam untuk keluar masuk dari jalan utama ke tanah masing masing.
Yang menjadi masalah nya kadang kala ada pemilik tanah lapisan hadapan tak membenarkan penduduk-penduduk lain melalui laluan tersebut atas alasan ia melalui tanah miliknya.
Bahkan ada pemilik tanah lapisan hadapan yang sanggup membuat halangan di atas laluan tersebut sehingga menyebabkan kesukaran kepada orang lain untuk lalu ke tanah masing- masing.
Jika berlaku situasi di atas, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh penduduk-penduduk yang lain?
- Sebaiknya elok penduduk-penduduk tersebut membuat semakan di pejabat tanah sama ada kawasan yang tuan tanah hadapan buat halangan itu adakah termasuk dalam kawasan tanah beliau atau tidak.
Jika bukan dalam kawasan tanah beliau, penduduk boleh buat laporan polis dan laporan kepada pihak berkuasa tempatan atas alasan halangan tersebut menyebabkan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam.
Walau bagaimanapun, jika benar jalan tersebut dalam kawasan tanah beliau, boleh follow item no 4 dan 5 di bawah.
- Semak juga dengan juru ukur berlesen untuk sahkan ukuran dan keluasan sebenar tanah beliau. Jika kawasan yang beliau buat halangan itu bukanlah termasuk dalam tanah beliau, tindakan dalam item 1 di atas boleh diambil.
- Semak juga dengan pejabat tanah sama ada jalan itu telah digazetkan sebagai jalan kerajaan atau tidak.
Jika sudah digazetkan sebagai jalan kerajaan, tuan tanah tersebut tidak berhak buat halangan di atas jalan tersebut.
Jika buat halangan juga, penduduk boleh ambil tindakan seperti dalam item 1 di atas.

- Jika jalan tersebut tidak digazetkan sebagai jalan kerajaan dan disahkan termasuk dalam tanah tuan tanah tersebut, penduduk boleh berbincang dengan tuan tanah itu untuk dapatkan hak ismen (hak lalu lalang) terhadap laluan tersebut di bawah peruntukan Seksyen 282 Kanun Tanah Negara.
Biasanya hak ismen ini memerlukan pemilik tanah bersebelahan membayar sedikit bayaran sama ada secara bulanan atau tahunan kepada tuan tanah tersebut atas persetujuan bersama kesemua pihak.
Dan setelah dipersetujui bersama, ismen tersebut hendaklah didaftarkan di pejabat tanah.
- Jika tuan tanah tersebut tidak bersetuju untuk memberikan hak ismen kepada penduduk lain, penduduk boleh failkan permohonan di pejabat tanah untuk dapatkan hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) di bawah peruntukan Seksyen 387 Kanun Tanah Negara.
Pejabat tanah akan panggil tuan tanah tersebut dan wakil penduduk untuk perbincangan/ inkuiri.
Pentadbir tanah berhak keluarkan perintah hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) melalui tanah tersebut demi kepentingan penduduk awam.
- Jika perintah LAROW dikeluarkan oleh pejabat tanah, penduduk tanah bersebelahan atau pihak kerajaan tidak perlu bayar sebarang pampasan kepada tuan tanah tersebut.
Ini kerana tanah tersebut masih kekal milik beliau. Ianya hanyalah arahan pejabat tanah kepada tuan tanah untuk membenarkan jalan tersebut digunakan sebagai laluan awam.
Melainkan kerajaan bersetuju untuk ambil tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah, maka kerajaan perlu bayar pampasan kepada tuan tanah tersebut.
- Sekiranya tuan tanah tersebut tidak berpuas hati dengan perintah LAROW yang dikeluarkan oleh pejabat tanah, beliau boleh cabar di mahkamah tinggi. Dan mahkamah akan putuskan kedudukan sebenar.
Di harap panduan dan nasihat ini dapat serba sedikit memberi pencerahan tentang tindakan yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sekian, Terima kasih.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Wanita Tenangkan Bayi Menangis Dalam Pesawat Contoh Kita Jangan Pentingkan Diri

Ada masanya kita perlu mengambil kira keadaan orang lain. Jangan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Hidup kita di dunia ini perlulah bersikap toleransi.
Ikuti perkongsian Hanis Hafizah tentang betapa pentingnya kita tidak hanya mementingkan diri sendiri.
Kalau kita lebih berusaha untuk memahami orang lain, maka dunia akan lebih aman.
Dalam penerbangan domestik dari Istanbul ke Isparta hari tu, aku duduk di kerusi hadapan seorang ibu muda Turki sambil meriba bayinya yang aku agak dalam baru 2 bulan atau kurang. Sebelahnya ada anak perempuannya berumur lebih kurang 4/5 tahun. Suaminya di seberang aisle tapi masih bersebelahan.
Sebelah kiri aku, kak Zila Ahmad.
Dari mula aku masuk dan duduk, bayi kat belakang aku ni dah menangis. Aku dan Kak Zila mulanya takdalah hairan sangat. Bila dah dekat 10 minit, dan kapal terbang belum take off lagi, bayi tu masih tak berhenti-henti menangis. Kau boleh bayang tak bayi yang tengah merah lagi menangis macam mana? Sampai kau boleh dengar suara dia dah menggigil.
Aku intai melalui celahan kerusi. Nampak dia cuba memberi susu. Senyap dalam beberapa saat. Tak jadi. Ibu muda ni cuba pass bayi ni kepada suami dia. Tetap tak jadi. Makin kuat budak ni melalak. Lalu si suami pass balik budak ni dekat isteri dia. Kesian. Dia pun blank tak tau nak buat apa agaknya.
KASIHAN IBU DAN BAYI
“Kesian budak tu kak. Kesian jugak dekat mak dia, mesti dah stress tak tahu dah macam mana nak buat,” aku sembang dengan Kak Zila.
Bayangkan anak menangis macam tu di tengah orang ramai, dalam kapal terbang pulak tu. Dan dia dah cuba untuk senyapkan, tapi tak berjaya. Tak percaya, kau tanya ja mana mak-mak, mesti iyakan.
“Ehhh, kesian. Rasa macam nak tolong mak dia. Dah menggigil-gigil haa budak tu nangis,”
“Cuba jaa kak. Sementara tak take off lagi ni,”
Kak Zila intai celahan kerusi.
“Do you want me to help you calm your baby?”
“Yes, please,” terus si perempuan ni sua bayi dia. Aku agak terkejut jugaklah, sebab dia bagi langsung tak teragak-agak. Mungkin dia dah stress sangat dah tu.
Kak Zila ambil budak ni dengan keadaan muka merah, berpeluh-peluh, dan panas sikit. Terus dibuka dna dihalanya air-cond ke bayi ni. Dalam seminit, suara dia menangis dah makin perlahan.
“Can you give this?” maknya pass botol susu kepada aku, dan aku beri kepada Kak Zila. Disebabkan perempuan ni duduk belakang Kak Zila, dan hanya boleh nampak aku yang duduk sebelahnya.
Bayi tadi mula minum, dan senyap. Muka pun dah tak merah-merah, akhirnya terlelap lena.
Kak Zila ni single. Aku taktau dia pakai magik apa tenangkan budak tu.
Lapar rupanya.
Bila dah lena suasana kembali tenang, bayi tadi diberikan kembali kepada ibunya.
“Thank you very much. You save my day,” mukanya kelihatan sangat lega.

Wowww, adalah sejenis kebahagiaan bila dengar ayat macam tu. Sungguh.
So, kat sini aku nak kata, kita kalau nak buat kebaikan, jangan teragak-agak terutama dekat orang yang kita tak kenal. Terus buat. Kita tak tahu, terkadang besarnya makna pertolongan itu bagi orang yang ditolong walaupun kita rasa, benda tu kecil ja.
JANGAN SERKAP JARANG
Tambah zaman media sosial terutama facebook ni, bersepah sangat manusia-manusia yang kalau tak puas hati sikit dengan manusia lain, terus kau nak viral. Tak puas hati servis pelayan kafe tak layan kau tapi boleh pulak sedap main telefon, terus kau viral.
Padahal, benda macam ni boleh ja nak tegur elok-elok dan settle masalah. Ni contoh.
Bayangkan, kalau dalam situasi Kak Zila dan aku tadi, kami memilih untuk buat tak tahu dan ada persepsi buruk dekat ibu muda tadi, adakah keadaan akan menjadi lebih baik?
Bak kata Stephen Covey, dalam buku dia The 7 Habit of Highly Effective People; “Seek first to understand, then to be understood.”
Hidup ni tak boleh faham diri sendiri sahaja. Dengan faham orang lain makanya akan lebih sabar dan tenang dalam hidup. Gituuu.
Dahlah. Kau banyak sangat gaduh-gaduh dalam facebook ni dapat apa aar?
Sumber kredit: FB: Hanis Hafizah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mustajabnya Doa Al-‘Afiyah, Ayatnya Pendek Tapi POWER. Amalkan Untuk Elak Penyakit & Bala!

Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja.
Walau bagaimana pun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW. Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagi mana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama.
Selain itu juga, kita juga perlu meraikan beberapa adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.”
(Riwayat Abu Daud, no. 5074)
Makna al-‘Afiyah (العافية)
Beberapa makna al-‘Afiyah:
وَقَدْ كَثُرَتِ الْأَحَادِيثُ فِي الْأَمْرِ بِسُؤَالِ الْعَافِيَةِ وَهِيَ مِنَ الْأَلْفَاظِ الْعَامَّةِ الْمُتَنَاوِلَةِ لِدَفْعِ جَمِيعِ الْمَكْرُوهَاتِ فِي الْبَدَنِ وَالْبَاطِنِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Kata Imam al-Nawawi (676 H): “Terlalu banyak hadis-hadis disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin pada agama sama ada di dunia dan juga di akhirat.”

Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hambaNya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.
Al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI