Nampaknya lebih banyak kematian berlaku hari ini akibat penularan virus COVID-19. Kebanyakannya dikaitkan dengan mereka yang hadir di perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling hujung Februari lalu.

Justeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru jemaah tabligh ini supaya hadir ke hospital untuk membuat saringan kesihatan. Ada yang pergi dan ini antara pengalaman dari seorang jemaah berkenaan.

Menurut Bakri Che Muhamad, 57 tahun, sebaik mengetahui gesaan KKM, dia segera pergi untuk melakukan saringan kerana rasa bertanggungjawab untuk melakukannya.

“Saya menaiki Grab datang dari Taman Maluri ke masjid ini yang diberitahu ujian saringan akan dibuat di sini.

“Alhamdulillah, hasil ujian sudah diketahui dan saya negatif virus berkenaan berdasarkan beberapa ujian dilakukan doktor,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan hari ini.

IKLAN

Dikatakan ‘Lari’ Buat Pemeriksaan, Jemaah Tabligh Ini Kongsi Pengalaman Buat Saringan Kerana Bertanggungjawab

Katanya, ramai dalam kalangan jemaah yang dihubunginya menunaikan tanggungjawab masing-masing pergi ke klinik kesihatan daerah terdekat untuk membuat saringan.

“Orang ramai jangan risau, kami tahu tanggungjawab dan datang untuk membuat saringan kesihatan.

IKLAN

“Tiada siapa akan melarikan diri, contoh seperti hari ini ramai yang datang melakukan ujian kesihatan,” katanya.

Katanya, ramai rakannya yang hadir hari ini disahkan negatif Covid-19.

IKLAN

“Alhamdulillah semoga Allah memelihara kami daripada sebarang penyakit berbahaya,” katanya yang juga seorang peniaga.

Menurutnya, majlis ijtimak itu adalah program tahunan yang dihadiri lebih 10,000 jemaah Malaysia.

“Kebanyakan yang datang adalah orang Malaysia tetapi penceramah terdiri daripada maulana dari luar.

“Kebanyakan jemaah yang datang menggunakan pembiayaan sendiri dan aktiviti dilakukan adalah mendengar ceramah serta memantapkan ilmu agama kami,” katanya kepada Harian Metro.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI