SEMPENA Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, baginda menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya akan terus mengekalkan kemakmuran dan perpaduan yang telah dikecapi bersama selama ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah juga mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terbuka hati untuk bersatu memikul peranan membantu kerajaan menjayakan usaha-usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negara yang dicintai bersama.
Ads
Kredit Foto: BERNAMA
Beliau berkata, Seri Paduka turut menyeru rakyat terus bersabar dan berdisplin dengan tatacara serta amalan kebiasaan baharu dan mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam usaha membanteras dan memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Ads
“Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi terhadap komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para petugas keselamatan dan barisan hadapan dalam memerangi wabak ini.
Ads
“Al-Sultan Abdullah mendoakan agar Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman, dirahmati dan diberkati serta dikurniakan dengan kemakmuran dan perpaduan yang berkekalan,” katanya, dalam kenyataan hari ini.
Allah amat menyukai hambaNya yang suka bersedekah. Besar ganjaran pahala bakal kita peroleh daripada amalan bersedekah. Tidak kira lah sebesar mana pun sedekah yang dihulurkan.
Kuantiti dan saiz bukan ukuran, namun keikhlasan kerana mengerjakan amalan mulia kerana Allah Ta’ala yang lebih utama. Bersedekah ini sebenarnya lambang hati budi kita yang ingin membantu orang lain yang dalam kesusahan serta lambang kasih sayang sesama manusia.
Alhamdulillah kepada yang sudah banyak bersedekah semoga sahaja ganjaran pahalanya kita peroleh sehingga hari akhirat. Namun, ada perkara tertentu yang akan menyebabkan pahala sedekah kita itu hilang atau terbatal di sisi Allah?
Apakah perkara tersebut dan bagaimana kita boleh menyelamatkan pahala itu?
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.
“Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Atas sikap cuai kita, dengan merasakan diri telah banyak berbuat jasa kepada penerima sedekah maka ia akan menghilangkan pahala sedekah kita.
Ada tak rasa seperti ini semasa atau selepas bersedekah?
Kita rasa dengan kerana sedekah kita itu orang yang kita bantu dapat nikmatnya. Seolah-olah kita sudah banyak berjasa kepada mereka. Kemudian, tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah menyakiti atau mengguris perasaan penerima sedekah itu.
Selalu kita lihat, yang memberi sedekah menyebut akan sedekahnya di hadapan khalayak ramai sehingga perasaan si penerima tersakiti.
Jadi ketika kita memberi kepada orang miskin, kita jangan sampai menyebut-nyebut sedekah sehingga menyebabkan penerima berasa sakit hati.
Dari Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu dia berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal disertai niat, dan seseorang itu hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya.'” (HR Bukhari dan Muslim)
Allah Ta’ala itu Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Allah Ta’ala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan dari padanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah al-Baqarah : ayat 267)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran : ayat 92)
Allah Ta’ala berfirman : وَلَاتَمْنُنتَسْتَكْثِرُ
“Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Surah al-Muddatstsir :6)
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Baqarah: 271) Namun, dalam kontek kehodupan masa kini, kita seringkali lihat video pemberian sedekah oleh pihak tertentu. Sedekah yang ditunjukkan perlu ada niat pemberinya untuk memberikan contoh teladan kepada orang lain selain untuk menyuntik keinsafan.
Subhanallah! Jemaah wanita lahirkan anak di perkarangan masjid nabawi secara tiba-tiba. Ya Allah, mudah sungguh wanita ini bersalin, sebaik air ketuban pecah, bayi terus keluar.
Seronoknyalah kalau kita pun bersalin semudah itu. Apatah lagi beranak di tempat ibadat iaitu di Masjid Nabawi, Madinah.
Rezeki jemaah ini dan anaknya terpilih untuk melalui proses bersalin “ekspres” di perkarangan Masjid Nabawi. Tidak semua wanita “mudah’ bersalin, wanita ini antara ibu yang bertuah.
Pasukan Bulan Sabit Merah Arab Saudi (SRCA) yang beroperasi di Masjid Nabawi, Madinah menyambut kelahiran seorang bayi selepas salah seorang jemaah wanita mengalami sakit bersalin di pekarangan masjid, lapor akhbar Saudi Gazette beberapa hari lalu.
Ketua Pengarah Cawangan SRCA, Dr. Ahmed bin Ali Al-Zahrani berkata, sepasukan sukarelawannya yang bertugas di pusat ambulans di premis Al-Haram berjaya membantu wanita itu melahirkan anak dengan selamat.
Menurut Ahmed, apabila pasukan itu tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati wanita tersebut mengalami kontraksi yang menandakan dia berada dalam proses bersalin. Air ketubannya pecah dan kepala bayi sudah keluar, jelas pasukan SCRA.
Pasukan itu bertindak mengikut protokol ketat dalam situasi sedemikian dan mula membantu wanita itu melahirkan anak. Seorang pengamal kesihatan yang berada di lokasi tersebut turut menawarkan bantuan.
“Selepas wanita itu melahirkan anak, dia dan bayinya dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jibril untuk pemeriksaan lanjut,” kata Ahmed sambil menambah, kes sedemikian memerlukan rawatan rapi.
Bayi itu berjaya dilahirkan dengan selamat kerana pasukan itu menerima latihan bantuan perubatan khusus sebagai pengamal kesihatan. – Agensi.
Rasa kagum apabila ada dalam kalangan selebriti yang tidak lupa akhirat dengan bersedekah dan melakukan amal kebajikan walaupun sudah berjaya dan nama berada di puncak.
Seperti yang dilakukan oleh pasangan selebriti Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang bakal membina sebuah masjid dengan kapasiti 700 orang di kampung halaman Aeril di Kampung Rengit, Johor.
Menurut Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, pembinaan masjid ini nanti akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic.
“Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan produk berkenaan,” katanya ditemui selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Aeril berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak berikutan perancangan bina masjid itu, sebaliknya mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya nama saya atau Wawa sahaja.
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual.
“Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya memberitahu edisi kosmetik Muslim Bukhari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.