La ilaha illallah wahdahu la syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahua ‘ala kulli syai’in qodiir (dibaca 100 kali setiap mahu tidur)
“Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menjadi tangungjawab seorang isteri untuk patuh kepada segala arahan seorang yang bernama suami.
Walau penat sekalipun, jika arahan dari mulut suami, akan segera dilakukan demi memenuhi tugas sebagai seorang isteri mithali.
Tetapi sejauh mana seorang isteri itu sanggup bertahan jika melakukan kerja menguruskan rumahtangga tanpa henti dan berehat.
Pastinya lelah kerana tiada masa untuk diri sendiri. Dalam hal ini para suami perlu faham dan sedar jika isteri cepat hilang sabar itu tanda mereka sudah terlalu penat dalam mental dan fizikal.
Perkongsian ini memberitahu bagaimana rasa penat yang para isteri itu alami.
Tanda-tanda isteri kita dah penat mental dan emosi…
Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki banyak disebabkan oleh kegunaan anggota badan untuk melakukan sesuatu kerja…itu penat fizikal, penat yang boleh dirawat dgn mendapatkan rehat yg secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yang sihat, penjagaan pemakanan ataupun tidur…
Tapi penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi…
Penat yang mcm ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya…ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yg ada di dalam hati dan akal fikirannya yang berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan utk menjaga hati org lain especially pasangannya…
Memendam perasaan inilah yang menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…
Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara utk kesalahan kecil yg dilakukan oleh anak-anak…contohnya, anak-anak tertumpahkan minuman, anak-anak terjatuhkan barang, anak-anak tersilap buat keje sekolah, anak-anak tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…
Isteri cepat hilang sabar…
Apabila kita dgr isteri dah mula meninggi suara pd anak-anak, ketahuilah yg bukan kesalahan anak-anak itu besar, tapi dirinya dah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak…mungkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dgn anak2…kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil mkn popcorn atau main hp…
Isteri hilang mood untuk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri byk menjauhkan diri dr kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…
Dia cepat sensitive kerana dlm hatinya bergelora, fikirannya serabut, byk perasaan bercampur aduk…
Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yg dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga itu, bwk dia keluar atau bercuti seketika utk menjauhkan dirinya dr persekitaran yg sama yg hari2 dihadapnya…
Jgn biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika kita masih perlukan kehadiran dirinya dlm hidup kita…
Berpantang style makkah, tak boleh 100% ikut cara orang lama. ‘Kalau takut mudaratkan diri, baca bismillahilazi 3 kali sebelum makan sesuatu.’
Maklumlah tinggal berjauhan dari keluarga dan berada di Tanah Suci Makkah membuatkan wanita ini tiada pilihan dan memilih cara berpantang yang tersendiri iaitu ‘Berpantang Style Makkah’.
Bab berpantang ini menjadi isu pendebatan sampai bila-bila. Ada wanita mengamalkan pantang 44 hari dan ada pula 100 hari. Begitu juga dengan makanan, jika sebelah utara, wanita yang baru melahirkan anak perlu berpantang “laksa” selama setahun.
Memang pelbagai jenis pantang selepas bersalin, tapi yang terbaik adalah mengikut keadaan dan badan masing-masing. Ikutlah amalan berpantang dengan keupayaan diri, tak perlu memaksa diri.
Ikuti perkongsian penulis Makkah Kenangan Terindah, Ustazah Salimah yang menjalani proses berpantang di bumi Makkah.
Assalamualaikum semua. Hari ini sudah hari ke-25 dalam pantang selepas melahirkan Marhamah pada 6 Januari 2023 yang lalu.
Alhamdulillah, Allah Maha Baik yang mempermudahkan semua urusan bersalin, ketika dalam pantang, segala urusan ummi dan bayi segalanya rapi dalam jagaan Allah.
Ramai yang prihatin dengan penjagaan saya dalam pantang di Makkah, dalam keadaan berjauhan dari keluarga.
Apa yang saya boleh katakan adalah saya berpantang mengikut kemampuan, keadaan dan kesesuaian diri sendiri. Sesungguhnya apa yang mampu saya buat dan boleh saya buat, saya buat. Apa yang tak mampu, saya tinggalkan.
Setiap kali berpantang, satu sahaja perkara yang saya sangat jaga iaitu sentiasa senyum dan ceria, dan elakkan perkara yang buat saya stres, atau senang cerita, jangan stres.
Kalau dapat tukang urut, kita urut.. alhamdulillah sudah mengurut lega badan dan peranakan.
Ada tungku, kita tungku. Saya pakai beg air panas itu saja, sebab tungku lama entah ke mana, tukang urut yang tungkukan semasa mengurut.
Sapu-sapu ubat, cream param, pakai stokin, bengkung, bab-bab kecantikan dan benda-benda macam ni memang saya rajin dan suka, seminggu ke dua minggu saja. Eh sudah slim balik lah perut, alhamdulillah.
Soal makanan, apa yang berkhasiat dan boleh makan saya makan, apa yang memudharatkan buat saya dan bayi yang menyusu badan, saya elak.
Makanan dalam pantang ni kadang kala ‘try and error’ juga. Kadang orang itu makan okay, kita makan angin pulak. So ikut badan masing-masing.
Soal berehat dan bergerak, saya ikut keadaan badan juga. Hendak baring melunjur kaki 24 jam pun tak mampu, badan jadi lesu, punggung jadi sakit.
Jadi saya akan bahagikan masa antara rehat, baring, berdiri, duduk, berjalan, bergerak, menyapu… Bila badan cergas, rasa lebih cepat sembuh luar dan dalam.
Tapi kita pun berjaga-jaga juga ‘cergas’ orang pantang ini macam mana, tak adalah sampai berlari. Membuat senaman lompat bintang ke atau panjat bukit, buat yang berat-berat.
Kalau Takut Mudarat
Semua masih dalam fasa penyembuhan, lebih-lebih lagi peranakan yang masih ‘fragile’, jadi kita buat semampunya kita, perlahan-lahan sahaja.
Dalam pantang pun sempat buat ‘live, bukan apa, saja menghiburkan diri sendiri dan dapat berinteraksi dengan followers juga.
Setakat satu jam sehari berikan masa, beri manfaat untuk orang lain, buat orang lain terhibur pun dapat rasa diri terhibur dan tak stres. Nanti kalau MKT (Makkah Kenangan Terindah) tak ada live, ramai yang mencari.
Pendek cerita, berpantang ‘style’ Makkah ini maknanya tak dapatlah hendak ikut 100% pantang ‘style’ orang-orang lama, berehat je selama 44 hari.
Kalau ada orang jaga kita macam upah confinement lady ke, atau ada ahli keluarga dapat datang untuk jaga kita, sedap jugak kan. Ada suami dan anak-anak yang dapat membantu sebahagian kerja di rumah ini pun dah cukup bersyukur.
Kalau berpantang ‘style’ Makkah macam sebahagian mak-mak Arab ni, yang jenis semuanya hentam sajalah, payah jugak. Depan mata saya, lepas bersalin, dia mintak nurse “Ada pepsi tak?” Haaa… Pepsi? Dia kata untuk keluarkan angin… I is no comment!
Iyee… Bab makan minum ni orang Arab tak ada pantang-pantang sangat. Sejuk ke, tajam ke angin ke, makan sahaja. Kebanyakanlah… tapi kata tukang urut, ada saja yang sekarang ini pandai menjaga dan pandai panggil orang asia kita untuk mengurut.
Tengok sajalah gambar-gambar bawah ini, makanan hospital untuk orang lepas bersalin. Menu pertama saya tempoh hari Nasi Kabsah Ayam (tak ada dalam gambar) Wallahi sedap.. hehe.
Maknanya saya pun hentam sajalah kan. Masa tu perut dah lapar sangat, kalau tak makan nanti kelaparan pulak, baby dah keluar hendak susukan baby lagi.
Jadi dengan lafaz bismillah + بِسمِ اللهِ الذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرضِ وَلا فِي السّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم tiga kali saya baca, saya makan saja. Tak mahulah susahkan suami kena hantar-hantar ‘nasi putih dan lauk pantang’ setiap kali nak makan. Rumah pun jauh dari hospital.
So… itulah petua saya. Jika ada benda-benda yang ditakuti memudaratkan saya atau baby dari pemakanan, sebelum makan memang saya baca bismillah doa makan, dan bismillahillazi itu 3 kali..
Anda semua kalau tengok makanan hospital untuk orang pantang di Makkah mesti banyak terkejut, air yang dibagi air sejuk, salad hirisan timun, carrot, tomato boleh kata setiap hidangan ada.
Nasi pula tak ada nasi putih, semua nasi arab atau nasi minyak, ayam bakar okay lagi, tapi apa pun semuanya saya ucapkan alhamdulillah atas apa yang terhidang.
Terima kasih sudi baca coretan pantang saya dari Makkah yang panjang ni. Apa yang saya pegang, pantang hanya selama 44 hari tidak menjamin kesihatan dan awet muda bila sudah meningkat usia, tapi badan, rahim, pemakanan semuanya perlu kita jaga seumur hidup kita.
Terima kasih juga buat mak-mak, makcik pakcik, semua followers yang awesome yang mendoakan dan beri peringatan pada saya ketika dalam pantang ni. Moga fatrah pantang ini berakhir dengan selamat sejahtera.
Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (icu, ccu penuh), dll. Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita.
Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia, semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita telah berada di ambang kiamat. Kiamat kecil yang dekat adalah mati.
Firman Allah, Surah AlAnbiyaa’, ayat 35,
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.
Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari sudut ROHANI,
1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Hentikan segala maksiat terangan atau sembunyi, jagalah lidah masing² kerana itulah anggota badan paling berbisa.
2. Usaha perbaiki Solat Fardhu di awal waktu dan khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, Istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi SAW, bacalah alQuran lebih lama, itulah penawar kepada segalanya. Berdoalah dengan lebih yakin dan khusyuk.
3. LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab, penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa. Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.
4. WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf. Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah swt. Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar² kuat untuk berubah. Hadiah terbaikseorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. jadilah solehah, hidup dan mati pasti indah.
5. Dan lain-lain amal Soleh.
Marilah kita kembali kepada Allah saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.
Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita, hidup menjadi lebih tenang dan senang.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.